Tercipta satu lagi rekod SeminarTuisyen.Com 6 Jun 2010

Share

Salam muhibbah pembaca sekalian.

Pertamanya saya dahulukan dengan ucapan syukur pada tuhan yang tidak putus-putus mengizinkan saya mengutip rezki-rezkiNya yang bertaburan dimuka bumi ini. Apa yang boleh saya lakukan adalah untuk terus menyujudkan diri dan sentiasa bermuhasabah diri yang hina ini.

Semalam, Ahad 6 Jun 2010 bertempat di IQ Bistari Learning Centre, saya diizinkan tuhan untuk bertemu dengan 25 orang kenalan baru. Mereka datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk bersama-sama berdiskusi dan berkongsi pengalaman dalam bidang tuisyen.

Saya amat bertuah dan beruntung dapat bersua muka dan mengenali mereka dalam tempoh waktu yang amat singkat iaitu sekitar 5 jam lebih. Namun dengan pertemuan yang singkat inilah bakal memanjangkan usia perkenalan antara kami semua. Apa yang menariknya, kami semua mempunyai minat yang sama iaitu mengajar tuisyen.

Walaupun ada yang hadir sudah bergelar guru dan telah berpengalaman luas dalam industri pendidikan ini, saya tidak nafikan yang saya sendiri nak juga belajar daripada mereka. Apa yang telah saya lalui, saya kongsikan LIVE dengan mereka. Dan pastinya perbincangan 2 hala lebih memberikan kepuasan kepada semua yang hadir.

Pada SeminarTuisyen.Com kali ini, saya berbesar hati menjemput 3 orang protege iaitu Cikgu Bashier (www.CikguBashier.com), Cikgu Nizam Sa’adon dan Cikgu Hazar (www.tunassaujana.com). Mereka telah berkongsi pengalaman masing-masing dalam mengendalikan dan mengajar kelas tuisyen.

Cikgu Bashier berkongsi pengalaman beliau memulakan tuisyen diawal usia 20 tahun dan kini beliau telah mempunyai beberapa orang pelajar yang sedang dibimbing. Beliau juga berkongsi pengalaman bagaimana beliau menguruskan masa sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya dan sebagai seorang Cikgu Tuisyen. Peserta sungguh teruja dengan apa yang beliau kongsikan sehinggakan ada antara peserta yang tidak percaya bahawa umur beliau baru setahun jagung dalam industri ini. Saya tersenyum apabila beliau menyatakan salah seorang pelajar beliau (diploma) yang sama usia dengannya :)

Cikgu Nizam pula dengan gaya seorang jejaka macho, berkongsi pengalaman beliau yang begitu teruja ketika diperingkat awal menerima pelajar. Beliau yang seorang Jurutera dan masih lagi berkhidmat di salah sebuah syarikat Jepun, berkongsi bagaimana untuk mendapatkan pelajar dan pengurusan masa antara berkerja dengan mengajar tuisyen. Saya paling suka ayat beliau “Dalam masa 2 minggu saya join SeminarTuisyen, saya dah dapat balik modal yuran seminar RM250 malah lebih lagi saya dapat”, ujar beliau.

Cikgu Hazar pula tidak dapat disangkal lagi kebolehan beliau menguruskan beberapa perkara. Beliau adalah protege saya yang berjaya hingga hari ini. Siang  sebagai seorang Jurutera, malam sebagai pengusaha pusat tuisyen. Hujung minggu pula mengajar tuisyen. Inilah realiti kehidupan beliau yang puas dengan apa yang beliau capai hari ini. Saya ‘tabik spring’ apabila gelagat Cikgu Hazar menyatakan yang beliau memang seorang yang ‘tamak’ dan sentiasa dahagakan kejayaan demi kejayaan.

Tujuan saya menjemput mereka bertiga bagi membuktikan bahawa sesiapa sahaja layak untuk menjadi Cikgu Tuisyen dan mendapat faedah daripadanya.

Kehadiran peserta kali ini sungguh bertuah kerana mereka semua adalah antara yang pertama dapat melihat dan memegang sendiri buku ke-2 saya yang baru sahaja masuk ke pasaran kedai-kedai buku utama. Buku ‘Rahsia Usahawan Tuisyen‘ mendapat sambutan yang amat menggalakkan hingga saya terpaksa untuk mengambil lagi stok daripada pihak penerbit (True Wealth Sdn Bhd).

SeminarTuisyen.Com berakhir agak lewat kerana peserta seperti tidak mahu balik dengan soalan yang bertalu-talu diajukan kepada saya. Namun dengan ikhlasnya, saya amat puas hati dapat berkongsi apa yang sepatutnya mereka perlu tahu terhadap industri ini. Selepas sesi selesai, peserta tidak melepaskan peluang untuk membina networking sesama mereka, bertukar kad perniagaan dan bertegur sapa.

Semoga ukhwah yang terbina akan kekal antara peserta yang hadir. Saya doakan agar semua pihak yang terlibat akan memperoleh manfaat dan faedah untuk kita kembalikan semula kepada bakal-bakal pelajar kita nanti. Kepada protege-protege yang baru ini, jika terserempak antara kita diluar nanti, tegur-tegurlah ya! :)

Saya dedikasikan kepada pembaca semua, komen dan pendapat serta gambar-gambar yang sempat krew kami ambil daripada peserta yang hadir.

Atikah– Guru (Semenyih) – Great job, mampu memberi dan membuka minda dan laluan untuk mengembangkan kebolehan di industri ini.

Roziah– Eksekutif (Sg.Besi) – Bagus dan menarik untuk membantu menjana pendapatan.

Farabi– Jurutera  (Shah Alam) – Alhamdulilah, pelbagai input yang saya dapat dan suka sekiranya saya kalau Master Yus dapat memaklumkan pada saya berkenaan usahawan pusat tuisyen pada masa akan datang. Moga hubungan kita terus berkekalan. Amin

Kamal Bahari– Guru ( Kota Bharu, Kelantan) – Seminar ini dapat menambah pengetahuan saya untuk mengajar tuisyen dengan lebih berkesan.

Nor Diyana– ( Kuala Berang, Terengganu) – Sangat best!

Siti Suraya– Akauntan (Putrajaya) – “Upgrade skill as best tutor and upgrade current knowlegde to adapt with current market demand”.

Zulkiplee– (Masai, Johor) – Seminar ini sangat berguna, bermanfaat dan banyak ilmu yang saya dapat.

Mohd Izmar– Peniaga (Seri Kembangan) – Bagus, cuma rasa masa terlalu cepat berlalu.

Abdul Azim– Student ( Seri Kembangan) – Seminar ini sangat berkesan dan banyak mengupas teknik-teknik tuisyen. Memang berbaloi.

Fatin Farhanah– Jurutera (Johor Bharu) – Sangat menarik dan banyak info yang diberikan. Membuatkan saya rasa begitu teruja untuk mengajar tuisyen.

Hisham– Guru (Sg. Buloh) – Amat menarik dan padat pengisiannya.

Razif– Juruteknik Komputer (Merlimau, Melaka) – Penerangan daripada Master Yus amat jelas dan berkesan. Terima kasih juga kerana membawa sekali protege-protege yang telah berjaya bagi memberi motivasi kepada kami.

Jamaliah– Guru (Seremban) – Best, cuma tiada waktu rehat. Saya seronok kerana mengalami pengalaman yang lain dari yang lain.

Zaizul Naida– Jururawat (Nibong tebal,P.Pinang) – Best tapi masa tidak cukup.

Aznizan – Koordinator (Klang) – Tiada Komen.

Haslina – Guru (Seremban) – Best.

Norhafidzah– Penganggur (Jengka, Pahang ) – Best, Buka kepada lebih ramai orang lagi.

Saidatina Hadijah– Penolong Pengurus (Johor Bharu) – Alhamdulillah, ilmu yang disampaikan akan memberikan manfaat kepada saya dan keluarga.

Rosyatimah – Guru (Puchong) – Memberikan panduan yang teratur untuk menjalankan tuisyen sendiri.

Wan Nor Hartini – Jurukur Bahan (Puchong) – Saya mendapat lebih banyak pengetahuan tentang ilmu tuisyen dan nampak matlamat untuk meneruskan bidang ini secara serius. TQ MY

Raja Jaafar – (Ampang) – Sangat bagus dan memotivasikan.

Syarusaid – Penolong Pengarah ( Kajang ) – Seminar yang banyak membantu orang baru.

Naili Husna – (Seremban) – Alhamdulilah, dapat ilmu. Tinggal nak praktikkan saja.

Mohd Shukri -Instractor( Kuala Terengganu ) –  Masa tidak cukup.

Ragavan – Tutor (Bangsar) – Ok

Penulis ;
MasterYus.Com

Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.