PEDAGANG MINYAK TERKEMUKA MENJANGKAKAN HARGA KOMODITI TERSEBUT AKAN LEBIH TINGGI DALAM TAHUN INI.

Share

Pedagang komoditi bebas terbesar di dunia melihat harga minyak meningkat lebih jauh tahun ini kerana permintaan terus meningkat dan penawaran masih terkawal. Eksekutif tertinggi dari Vitol Group, Trafigura Group & Glencore Plc. bersetuju bahawa pasaran minyak mentah akan meningkat tetapi mereka juga berbeza pendapat mengenai tahap dan jangka masa lonjakkan harga tersebut.

Minyak mentah Brent, yang telah mencapai paras tertinggi dua tahun pada $73 setong, boleh meningkat sebanyak $5 dalam beberapa bulan mendatang, menurut peniaga minyak terkemuka Vitol Group. Namun peniaga kedua terbesar, Trafigura Group meramalkan komoditi baru “super-cycle” yang menjangkakan harga minyak mampu mencecah sehingga $100 setong.

Perbezaan pendapat mereka menjadi inti perbahasan mengenai keadaan ekonomi global. Di mana beberapa pemerhati melihat era baru inflasi yang tinggi disebabkan oleh penggunaan bahan mentah yang tinggi. Melihat ketidakseimbangan sementara dalam penawaran dan permintaan yang berpandukan kadar jangkitan pandemik Covid-19 dan pemulihan yang seterusnya.

“Ini bukan kitaran super,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vitol Group (Russell Hardy) pada Sidang Kemuncak Global FT Commodities pada hari Selasa.
“Peralihan tenaga memberitahu kami permintaan akan meningkat dan menurun.” Tambahnya lagi.

“Penilaian yang jauh lebih tinggi”. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Trafigura Group (Jeremy Weir), yang meramalkan harga bertahun-tahun akan tinggi untuk pelbagai sektor komoditi, termasuk kemungkinan minyak mentah $100 setong kerana kekurangan bekalan.

“Ini bukan fenomena satu atau dua tahun,” kata Weir pada acara yang sama. “Ini satu dekad atau lebih lama.”

Pasaran komoditi global baru saja melalui tahun yang paling bergolak dalam sejarah mereka disebabkan oleh wabak covid-19. Walaupun kejayaan pemberian vaksin membolehkan aktiviti ekonomi kembali normal seperti di banyak negara maju, harga tidak mungkin meningkat mendadak, kata para peniaga.

“Pemulihan penggunaan minyak yang tidak stabil, kekurangan pelaburan di sektor minyak yang baru dan gangguan yang disebabkan oleh peralihan ke tenaga rendah karbon cenderung memacu perubahan harga minyak mentah”, kata Alex Sanna, ketua pemasaran minyak dan gas di Glencore Plc .”Saya percaya pada lonjakan permintaan dan perubahan peraturan, dan itu akan menimbulkan turun naik harga pasaran,” katanya lagi.

Vitol’s Hardy meramalkan bahawa penggunaan minyak akan terus meningkat untuk tahun-tahun yang akan datang, mencapai 105 juta hingga 110 juta tong sehari pada tahun 2030. Pelaburan yang disebabkan oleh kejatuhan harga tahun lalu bermaksud akan ada jurang antara 2025 dan 2035 ke atas penawaran dan permintaan.

Walaupun begitu, minyak mentah hanya akan mencapai $100 setong jika Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) dan sekutunya memilih untuk memaksanya setinggi itu, kata Hardy. Itu adalah hasil yang tidak mungkin selagi mana OPEC+ tidak mengawal pemotongan bekalan atas faktor keseimbangan penawaran dan permintaan. Kata Marco Dunand, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercuria Energy Group Ltd. Minyak mentah mesti melebihi $75 setong, katanya lagi.

Kredit kepada #TengkuNaemah CPMT9

https://finance.yahoo.com/news/top-oil-traders-predict-higher-173038131.html

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment