Salam muhibbah semua,
Dalam dunia pendidikan cabangnya amat luas. Suka untuk saya kongsikan beberapa idea yang mungkin boleh memberikan gambaran dengan lebih jelas kepada mereka yang berada diluar sana. Saya merasakan idea ini tidaklah terhad dan tidak juga wajib dilaksanakan, ianya lebih kepada pilihan yang terletak ditangan masing-masing.
Saya akui, sejak dibangku sekolah lagi, saya bercita-cita untuk menjadi pendidik. Cita-cita ini tidak pernah pudar hingga ke hari ini. Saya seronok dan puas apabila dapat berkongsi ilmu kepada pelajar-pelajar. Walaupun pemberian yang tidak seberapa hanya sebagai seorang cikgu tuisyen, namun jelas ianya memberikan kepuasan kepada diri saya sendiri.
Impian saya sedikit lari daripada landasan awal dimana semasa di matrik (KMPP Kolej Matrikulasi Pulau Pinang), saya telah memilih jurusan IT dan UM sebagai pilihan pertama borang UPU. Dan tuhan telah takdirkan saya dicampak dan mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaya dengan pilihan utama tersebut. Pada waktu itu saya tak tahu kenapa.
Rupa-rupanya cita-cita saya memang ke arah pendidikan apabila saya mula berjinak-jinak dengan dunia tuisyen. Minat yang tak boleh dibelah bahagi lagi. Saya hanya cukupkan syarat sebagai mahasiswa UM dengan jurusan IT walaupun hati pada menjadi guru. Noktah..
Tuhan benar-benar membuka pintu peluang untuk saya teruskan cita-cita menjadi pendidik dan dengan gelaran ‘Cikgu Tuisyen‘, saya merasakan ianya sudah memadai.
Baiklah kawan-kawan, itu serba sedikit pengalaman awal saya dalam bidang pendidikan ini. Saya nak kongsikan disini, apa peluang lain yang boleh kita lakukan selain hanya menjadi cikgu tuisyen sahaja. Nak ke kita jadi cikgu tuisyen seumur hidup? Tepuk dada, tanya hati masing-masing.
Daripada cikgu tuisyen, saya pernah ditawarkan menjadi jurulatih (trainer) oleh salah sebuah syarikat konsultan pendidikan iaitu Harmony Excellence. Selepas itu beberapa lagi konsultan melamar saya dengan jawatan yang sama. Saya hanya terima sebagai jurulatih ‘freelancer’ sahaja dan ketika itu masih lagi berada di UM. Jika ada program/bengkel/seminar hujung minggu dan cuti sekolah, saya akan dipanggil untuk kendalikannya. Ianya bergantung juga dengan masa semester saya.
Daripada jurulatih, saya mula belajar dan berjinak-jinak untuk menjadi seorang speaker memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah. Juga saya belajar daripada guru pakar untuk mengajar subjek di sekolah-sekolah dengan bilangan pelajar yang berjumlah 100 pelajar dan keatas. Sehingga hari ini, jemputan masih ada lagi, alhamdulillah. Saya terpaksa tak terlalu ‘expose’kan hal ini kerana saya ni jenis ‘Low Profile’ 🙂
Saya juga pernah menjadi pensyarah sambilan di kolej-kolej swasta. Protege-protege SeminarTuisyen.Com tahu berkenaan hal ini. Dan hingga hari ini (blog ini ditulis), saya masih lagi sebagai ‘freelance lecturer’. Ianya bergantung kepada subjek dan semester. Mereka akan panggil sekiranya diperlukan.
Apa yang saya kongsikan diatas ini adalah pengalaman saya sendiri. Ianya pengalaman benar yang telah saya lalui. Ini apa yang boleh kita jadi, selain sebagai cikgu tuisyen. Kawan-kawan dah dapat idea daripada kisah ini?
Baiklah, saya nak kongsikan lebih lagi daripada apa yang kita boleh jadi kepada bisnes apa yang boleh kita jalankan.
Daripada seorang cikgu tuisyen, kita boleh jalankan perniagaan;
1. Â Sudah tentunya membuka pusat tuisyen sendiri. Namun ilmu perniagaan perlu dikuasai terlebih dahulu ya. Jangan membunuh diri dengan terus terjun dalam bisnes tanpa ada panduan dan ilmu yang mencukupi. Dalam bisnes tuisyen, kita boleh bermula dari bawah atau cara pantas memulakan bisnes tuisyen dengan membeli bisnes tuisyen daripada orang lain. pssstt kawan….saya ada kongsikan berkenaan hal ini di buku ke-2 saya bertajuk ‘Rahsia Usahawan Tuisyen‘. Boleh dapatkan dikedai-kedai buku utama Malaysia seperti MPH, Kinokuniya, Popular dan lain-lain.
2. Konsultan pendidikan dengan menjalankan program-program motivasi, khemah ibadah, bengkel belajar, seminar subjek dan banyak lagi.
3. Membuka kelas-kelas belajar kepada dewasa seperti ‘English Conversation’, dan kanak-kanak seperti belajar membaca dan lain-lain.
4. Menjalankan bengkel dan seminar-seminar korporat serta orang awam.
5. Menjadi pengedar buku-buku sekolah, alat tulis, cenderamata dan banyak lagi yang diperlukan oleh sektor pendidikan.
Wahai kawan-kawan, apa yang saya kongsikan ini adalah idea yang boleh dikembangkan lagi. Yang penting ianya masih lagi dalam sektor pendidikan. Dan yang lebih penting, adakah anda minat untuk jalankannya dengan serius. Bagi saya, jika minat menjadi faktor utama, maka bisnes apa sekalipun ianya akan dilakukan dengan penuh komitmen dan serius.
Sekiranya ada sebarang idea lain dan ingin berkongsi pandangan kawan-kawan, saya amat alu-alukan. Dan artikel ini boleh dikongsikan kepada orang lain dengan syarat isi kandungannya mesti dikekalkan dan menjadi hak milik MasterYus.com sepenuhnya. Sebarang komen boleh ditinggalkan diruangan dibawah blog ini.
Semoga kawan-kawanku semua beroleh manfaat dan berjaya dengan apa yang sedang dilakukan.
Penulis,
MasterYus.Com
Klu seorang jejaka, tuanfadzilah mungkin seorang jejaka hensem 🙂 kita berada di university yang sama rupanya pada masa dulu dan akak juga pernah terlibat sebagai fasilitator dengan konsultan masa zaman2 belajar dulu
Oh tak sangka pula kita keluaran dari tempat yang sama :). Saya terlibat dengan konsultan sejak hujung tahun pertama, seingat saya 2002-2003. Hingga hari ini masih buat lagi namun tak seaktif masa muda-muda dulu 🙂
wah..menarik komen di sini..bole apply jugak ke idea neh 🙂
Ya amat menarik idea ini. Saya pernah laksanakannya. Saya plan untuk kongsikan di post yang lain, namun Cikgu Suhaily telah sentuh mengenainya. Sangat bermanfaat.
p/s: Pada awalnya, saya sangkakan tuanfadzilah seorang jejaka, namun saya tersilap 🙂
Terima kasih Cikgu Suhaily kerana berkongsi idea yang sangat hebat dan praktikal. Saya suka dengan pendedahan ikhlas ini. Inilah idea marvelous yang dinanti-nantikan oleh ramai orang diluar sana.
Nampaknya, impian saya untuk melihat pendedahan eksklusif seperti ini telah tercapai dan saya percaya ada lebih banyak lagi idea-idea hebat daripada Cikgu Suhaily dan cikgu-cikgu yang lain. Inilah kebaikan yang kita boleh nampak daripada industri yang hebat ini.
Saya alu-alukan sebarang idea, pendapat dan pandangan untuk manfaat bersama. Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, yang rapat dinikahkan.
Yang gelap dinampakkan, yang kabur diperjelaskan, yang kurang dilebihkan dan yang belajar dipandaikan.
Selamat maju jaya Cikgu Suhaily!
Salam MY, Saya setuju seperti yg saudara katakan, seorang yg sudah lama dlm bidang tuisyen. Syabas batey! Pelbagai kaedah dan cara untuk menghasilkan pendapatan sekiranya kita memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang diidamkan bagi melahirkan golongan cendiakawan dalam bidang tuisyen.
Dengan kemahiran yg kita miliki nyata kita boleh mempelbagaikan kaedah mendapat RM sebagai seorang penceramah, guru tuisyen, motivator, trainer dll.
Mungkin saya ingin berkongsi jika boleh ya…MY. Bagaimana menggunakan kemahiran utk adaptasikannya kepada tunai melalui FREE TALKS.
Apa jenis produk anda pun, ia sememangnya boleh buat duit yang penting ‘perlu mahir mengenai produk dan tahu kepentingan dan faedah yang perlu dimiliki oleh pelanggan tentang produk yang anda tawarkan, maknanya apa yang anda tawarkan adalah ’solution’ kepada mereka. Pendapatan melalui ‘ free talk’ atau free seminar mengenai produk anda bukan sia-sia sekiranya anda tahu bagaimana strategi yang betul, sedar atau tidak kita sebenarnya sentiasa menjual setiap hari.
Jika anda sealiran dengan saya yang lebih kepada training,coaching,motivasi,ICT dan sebagainya, mungkin panduan boleh kita kongsikan bersama. Bagaimana jika saya bermula dengan sebuah sekolah untuk memasarkan produk untuk pelajar?boleh ke?bagaimana caranya? sebenarnya banyak lagi organisasi yang boleh anda jadikan sebagai sasaran tetapi disiplin dan step by step sangat penting dalam apa juga projek yang anda jalankan. Jadi lebih baik bermula dengan angka satu(1) atau lebih jelas bagaimana menjadikan angka RM1 kepada RM1000 dengan no 1.
Apa yang perlu anda sediakan?
1. of course yang pertama adalah surat permohonan – mana boleh main masuk sajakan..
Ada dua pilihan anda -hantar surat rasmi kepada kaunselor dan cc kepada pengetua sekolah atau hantarkan profil serta proposal anda terus kepada pengetua sekolah dan pastikan apa yang ingin ditawarkan semestinya ‘FREE’
2. Iklan/flyer – buatkan dua iklan satu untuk main produk for school dan satu lagi produk sampingan. sebab apa? kita tidak pernah terlepas apabila orang bertanya, ini saja ke? bila ditanya ini saja ke then baru keluarkan produk sampingan anda. Ini adalah antara anda dengan sekolah! bukannya sekolah datang ke organisasi anda seperti ‘open day’ dan membuatkan anda mengeluarkan setiap produk dari peti anda.
3. Sediakan slide presentation mengenai program yang ingin anda berikan pada pelajar ketika itu. Terpulang dengan tajuk program yang anda persembahkan. Saya bagi contoh: STRATEGI BELAJAR UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN. Saya perlu jelaskan walaupun produk anda berlainan dari saya tetapi konsep yang saya ketengahkan tetap sama, so jangan risau sekiranya produk anda dan saya berlainan.
Bila anda memberikan secara percuma dengan pihak sekolah mereka akan menyambutnya dengan tangan terbuka lebih-lebih lagi apa program yang anda tawarkan memberikan kebaikan antara pelajar serta guru dan ianya percuma. So, bukan kah ini menarik minat pihak sekolah? Anda boleh berikan satu program jangka pendek FREE kepada pihak guru, contohnya:
1. Training mengenai soft skills
2. Training mengenai ICT
3. Perniagaan dalam pendidikan
4. Perniagaan dalam latihan
5. Pendapatan tambahan melalui tuisyen
6. Perniagaan internet – kelebihan dan kekurangan
berikan satu skill pada organisasi tersebut berpandukan kemahiran anda!
Apabila anda membentangkan persembahan kepada pelajar, elakkan menjual tetapi promosikan kelebihan, kredibiliti, kemahiran dan kemampuan serta berikan solution atau penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Anda akan dilihat seorang yang mantap dan pakar dengan bidang yang anda cuba ketengahkan.
Jika sudah berjaya, bagaimana pendapatan boleh tercipta?
1. Bila saya dilihat seorang yang pakar, adakah pelajar mencari saya kembali bertanyakan soalan? ya sudah pasti! so saya telah mencadangkan pada pelajar agar menyertai khidmat kaunseling secara online dengan yuran ahli RM2.00 sebulan. Jika servis yang saya berikan memang terbaik, adakah pelajar ini akan menjadi ahli untuk bulan berikutnya?
Jika seorang RM2.00, jika satu sekolah menyertai program ini dari form 1 ke form 5 bagaimana? jika ianya percuma saya pasti pihak sekolah tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk semua pelajar. Bagaimana jika satu sekolah mempunyai 3000 pelajar dan seribu pelajar telah menyertai sesi kaunseling saya. RM2.00 X 1000 pelajar = RM2000 sebulan. Adakah talk free saya sia-sia?
2. Selepas tamat persembahan saya telah keluarkan ebook mengenai teknik belajar cara berkesan dan telah menawarkan dengan harga promosi RM5.00. Satu talk yang saya jalankan seramai 100 orang, 40 – 60 orang telah membelinya. Jadi.. RM5.00 x 60 orang = RM300. Jadi saya datang ke sekolah bawa idea, saya balik bawa RM300 duit poket. Adakah talk free saya sia-sia?
3. Ada yang kata saya tidak ada ebook, jangan risau. Cari ebook free dari internet yang mempunyai hak jualan semula. Buat kemaskini dengan lebih kemas dan jual harga promosi. So..adakah talk free anda sia-sia?
4. Masih ada yang kata, saya tak dapat cari ebook lesen PLR atau MRR, apa yang perlu anda buat?
Deal dengan IM yang mempunyai produk sama dengan kemahiran anda, anda jadilah offline affiliates. Berapa komisyen yang anda dapat sekiranya dapat menjual satu ebook, paling kurang pun RM10 kan…so kalau ada pelajar membelinya paling kurang pun 20 orang dari seratus, berapa yang anda dapat? RM10 x 20 orang = RM200. So..adakah talk free anda sia-sia?
Maaf MY kerana menjadikan ulasan ini jadi serabai…
Terima kasih cikgu…idea yang sangat mantap dan akan saya laksanakan…terima kasih…
salam
terima kasih cikgu, ini adalah idea yg sgt2 hebat. sy suka.
W’slm. Terima kasih. Saya juga suka 🙂
Setuju…saya pun bermula dari menjadi Home Tuition Tutor dan sekarang berjaya membuka empayar perniagaan sendiri…sedang menyusun strategi untuk menambahkan port folio perniagaan seterusnya…doa-doakan…insyaALLAH…
Walaubagaimanapun, tahniah kepada Master Yus!!!
Syabas Cikgu Hazar. Teruskan usaha dan komitmen kepada yang lebih smart. Saya percaya hasilnya akan nampak sedikit masa lagi.
Selamat maju jaya!
saya baru nak buat permohonan untuk mendapatkan lesen tuisyen.apakah syarat yang diperlukan?ada x sesiapa boleh bantu?