Nama saya Yusnizam Yusoff a.k.a Master Yus. Graduan Universiti Malaya dalam badang bidang Teknologi Maklumat (IT). Walaupun saya bukan dalam bidang pendidikan namun sebenarnya semua orang boleh bergelar ciku Cikgu Tuisyen (kerana bidang ini tidak pernah ditawarkan di universiti seluruh Malaysia).
Saya memang suka berkongsi ilmu kepada orang lain. Berkongsi cerita, berkongsi ilmu kepada pelajar dan apabila orang mendapat manfaat daripadanya, maka kepuasan datang dalam diri saya.
Blog MasterYus.Com ini diwujudkan untuk berkongsi kepada pembaca semua tentang hebatnya industri tuisyen, keusahawanan dan pelaburan saham. Masih ramai lagi orang di luar sana yang masih kabur dengan kekuatan industri ini. Anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan mulakan tuisyen?
Saya mulakan tuisyen secara sambilan sejak tahun 2000 yang lalu, semasa saya belajar di matrikulasi. Namun pada waktu itu saya tak sedar pun, saya sedang lakukan tuisyen. Kerana masa tu saya mengajar anak-anak pensyarah mengaji secara sukarela untuk kongsi ilmu yang pernah saya pelajari di zaman sekolah. Dengan opah upah yang dibayar maka dapatlah menampung perbelanjaan bulanan di kolej. Walaupun tidaklah selumayan seperti hari ini.
Apa yang menariknya, saya langsung tidak pernah terfikir untuk serius dalam kerjaya ini. Sehinggalah ketika belajar di UM, saya teruskan dengan tuisyen ini dan saya dapati simpanan saya semakin bertambah. Sedangkan waktu itu masih lagi buat tuisyen secara sambilan. Ya kawan, saving account saya makin bertambah dan bertambah. Dan saya sedar, income daripada tuisyen sambilan yang banyak membantu dalam peningkatan akaun simpanan saya.
Yang lebih menarik, dengan hanya pendapatan tuisyen yang saya lakukan secara sambilan, saya mampu untuk ke junjung jinjang pelamin dengan hantaran (RM 10,000). Hakikatnya memang benar. Saya tak berniat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi saya nak buktikan bahawa tuisyen telah membantu dalam pengumpulan jumlah sebesar ini. Mak, abah pun terkejut ketika itu, mereka tahu saya belum ada kerja tetap dan masih belum konvo lagi. Tetapi mampu untuk kumpul duit berkahwin. (Belanja makan kahwin sekarang bukannya sikit).
Kawan, saya lakukan tuisyen bermula petang selepas pelajar balik daripada sekolah. Hanya 4 jam sahaja sehari. Pagi saya jaga anak-anak kesayangan saya. Puas lihat anak-anak membesar depan mata. Sabtu Ahad saya tak ada kelas.
Saya juga lakukan tuisyen dari rumah. Inilah amal jariah yang boleh saya lakukan. Ye la kawan, bila dah tau tua nanti, inilah kerja yang boleh saya lakukan daripada termenung di kerusi malas.
Dan kini, saya kebas bebas dengan masa yang saya uruskan sendiri tanpa rasa tertekan dikongkong oleh majikan. Gaji? Saya tidak ada gaji, tetapi pendapatan saya memang sangat lumayan hasil kerja tuisyen sepenuh masa sehingga hari ini. Malah mampu membuat pinjaman kereta dengan bank statement sahaja. Kini saya mampu menampung seorang permaisuri dan 2 orang puteri kesayangan saya hanya dengan pendapatan tuisyen. Belanja rumah, bil-bil, minyak kereta, dan segala perbelanjaan mampu ditanggung tanpa ada bebanan hutang. Dan yang paling menggembirakan dapat melihat anak-anak membesar didepan mata tanpa ada orang gaji.
Bukan niat saya untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberitahu bahawa industri tuisyen memang sangat berbaloi dan memberi pulangan yang sangat lebat lumayan. Dan telah masuk tahun keempat SeminarTuisyen.Com telah saya jalankan hasil permohonan permintaan yang tinggi di luar sana untuk mencuba lakukan tuisyen. Ramai yang telah mendapat manfaat daripadanya. Dan ada juga protege seminar saya yang telah mengambil langkah berhenti kerja makan gaji setelah rasa berbaloi memulakan tuisyen.
Saya amat bersyukur, dengan usaha pertama saya untuk memberitahu seluruh Rakyat Malaysia tentang potensi tuisyen melalui SeminarTuisyen.Com yang masih bertahan di tahun ke-empat, kini saya telah berjaya mengketengahkan karya saya melalui buku fizikal yang bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘. Anda boleh mendapatkan buku hebat tentang tuisyen ini melalui saya atau pihak penerbit iaitu True Wealth Sdn Bhd secara online di http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=96
Gambar saya bersama Boss True Wealth Sdn Bhd, Mahaguru Azizi Ali Mentor Jutawan Hartanah. Gambar ini dirakam ketika saya mengambil buku pertama saya di Pejabat True Wealth.
Hai kawan, anda tidak tersilap. Anda berada ditempat yang betul sekarang ini. Setiap hari anda perlu datang ke blog ini untuk dapatkan Tips, Panduan, Rahsia, Teknik, Berita Terbaru & Terhangat tentang tuisyen. Selamat Datang ke Dunia Baru Anda!!
Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni! 🙂
Salam kenal Master Yus, pertama kali jejak ke blog bro ni. Banyak maklumat yang boleh diperolehi kat blog ni. Terima kasih. Walaupun aku bukan seorang guru tuisyen, tapi boleh guna jugak tip2 kat blog ni sbb aku freelancer web designer n web consultant (ada bagi personal coaching).
Teruskan usaha murni MY utk sebarkan dan berkongsi maklumat. 🙂
W’slm. Terima kasih sudi singgah di teratak buruk ini.
Wah, nampaknya ada sesuatu yang saya nampak pada diri tuan Baloot ini. InsyaAllah saya akan hubungi tuan nanti 🙂
Sebelum ini hanya perasan di facebook sahaja. Rupanya lebih daripada itu.
Selamat maju jaya! Besh!
Assalamualaikum MY.
Hi, ingat saya lagi? Pernah menghadiri seminar MY pada bulan 4, 2009. Saya dari Penang dan bekerja sebagai Head of Dealing dlm Stock Market.
Selepas menghadiri seminar MY hari itu saya tak pernah serious utk mencari peluang utk cuba mengajar krn kesibukan kerja. Saya masih tidak merasa puas dgn kerjaya saya sekarang. Saya teringin utk mengajar, mendekati pelajar dan berbakti (sambil menambah income).. Pada tahun ini 2010 saya teringin sangat2 untuk mula mengajar!!,. kalau ada protage MY atau contact MY di Penang.., tolong la hbgi saya dan mencapai impian saya pada tahun ini. Mungkin jiwa saya lebih tenang dan tenteram dengan kerjaya ini… HP saya 019-5479572 atau opis 04-2279762. Saya akhiri dgn ucapan terima kasih pada MY..
Waalaikumussalam Cikgu Khairol. Ya saya masih ingat lagi cikgu yang juga otai dalam dunia Stock Market 🙂 .
Boleh mulakan seperti yang pernah saya kongsikan di seminar. Ingat lagi? Mulakan langkah pertama sekarang, saya percaya cikgu mampu lakukan dan market tuisyen di Penang boleh tahan juga. Tak cuba maka tak dapat rasa nikmatnya. Tak gitu?
Selamat maju jaya! Sebarang berita terkini boleh share dengan saya dan pembaca blog ini.
assalammualaikum…
saya salah sorg peserta seminar ujung thn 2010 master yus… sejak january 2011, saya memulakan langkah mngajar home tuition pada 2 org murid dlu.. mmg income mula2x utk 2 org baru rm400 utk bulan january tu.. tu pon kene tolak setengah sbb bayaq kat agent.. masa tu pon dh rasa give up la pulak.. tp saya pegang pada prinsip “blom coba,blom tauuu aaa”…so saya teruskn jugak.. masuk bulan april 2011, ad 5 org students home tuition dgn income rm1k .. rate kt penang ne 8x lesson-rm200…so mmg xble nk nego dah..huhuhuhu.. tapi….masa saya mngajar dlm sejam setengah je sehari..yg lain dok umah,main ngn anak2x… hehehehe…ok la tu.utk rm1k kan.. masuk tengah thun… anak2x jiran mula dtg umah nk tuition..mula2x bukak satu kelas mlm.. saya x caj mahal… rm100 je satu kepala… 2 org jadi 5 org… 5 orang jd 10 org utk bulan sterusnya… skrg student yg mai tuition umah saya mncecah 30 org tp time devided.. 2 jam je shari..kelas malam… satu kelas 10 org je..xlebih dr tu… bilik stadi dah renovate mcm library dah…seb bek umah besor..leh muat la 10 org tu… so saya stop ajar home tuition,sbb bg saya baik dok umah je….. income saya rm3k utk 2 jam sehari je keje…. alhamdulillah… tgh kumpul modal..klu ada rezki lebih… saya nk berguru lagik ngan master yus n nk belaja cara bukak center lak..insyallah…pokok nye kt sini..hendak seribu daya… :)))))))))
Assalamualaikum YM. Agak2nye bils pula bengkel tusyen akan di adakan lagi untuk tahun 2010??? kalau dah ada schdulenye blh la paparkan di blog MY ni. teringin sngt nak sertai. Harap2 tahun depan ada la rezeki saya untuk join pada hujung minggu. Bngkel ni hnya perlu disertai sekali sahaja kan YM?
Terima kasih Annissa.
Wahh, panjang betul komen saudari. Apa pun semoga berjaya dengan study. Tarikh baru boleh lihat di web SeminarTuisyen.Com. Saudari boleh tinggalkan nama & emel di web tersebut dan saya berikan info dari masa ke semasa.
Terima kasih.
Pin..pon…pin..pon… pembetulan. Ayat saya “Dan kalau ada rezeki, nak ngajar d mana2 tution centre…” sebenarnya. Saya baru bc 10 kesilapan utama bidang tuyen. MY, apa BEZAnya antara tuon cntre denan home tution? hurm… unuk pnetahuan MY saya prnah tusyen di rumah orang untuk subjek Arab dan MUET. dan selebihya di pusat tusyen smasa saya d zaman sekolah menengah dulu. Dan untuk makuman, salah satu kjayaan saya ialah tusyen selain blajar di sekolah. Sepanjang di UPSI, saya ambil jurusan Geografi dn Peng Am. Tlg lah saya MY. beri panduan.
saya ni plajar dari UPsI. awal bulan feb 2010 saya mula praktikal di satu skolah area Sepang. Saya berangan2 nak ngajar tusyen. Saya nak buat home tution. Dan kalau ada rezeki, nak ngajar d mana2 hometution la. Ape bezanya ngajar di sekola dengan d tusyen ya? Selama saya blajar di skolah menengah, dari tgkatan 2 hingga 6 atas, saya tela diberi tusyen oleh iu bapa saya lbh kurang dalam 7-8 buah. konsepnya ialah ‘latihan..latihan..latihan’.tapi saya masih perlukan penerngan MY tntg beza skill ngajar di skolah dan tsyen. Harap sangt dapat bantu. Saya amat minat mndidik. ini emel saya, jika ada apa2, sila hubungi d cahayawanitaku@yahoo.com
Hai Assalamualaikum Master Yus
Pertama kali nya saya jumpa seorang cikgu tusyen yang komit dalam bidang tusyen. Syabas…Teruskan sebar ilmu cikgu..
Terima kasih Bro sudi singgah di blog kapcai ini. Sempat saya jenguk blog Bro penuh dengan informasi berguna. Selamat maju jaya Bro!
BAGUS TU. SEORANG CIKGU MEMPUNYAI BANYAK PELUANG UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN. SAYA SEORANG GURU, DAN MEMBUAT KERJA SAMPINGAN YANG UNIK. LAYARI WEBSITE SAYA http://WWW.AHNAFKHAT.COM
Jazakallah Ust Zuhud krn sudi singgah di blog ini. Semoga perjuangan Ustaz dalam bidang seni Khat dan Design membuka mata umat Islam dan rakyat Malaysia. Tahniah!
saya berminat untuk melanggan buku, bagaimana menjadi cikgu tuisyen berjaya melalui maybank2u, jadi saya memerlukan maklumat email en. yus untuk sy transfer duit. tq
wah ramai nye yang meyokong saya nih…tengah menulis la nih…he he he…sekarang ni sedang buat banyak bacaan…tak caya tanya MY…he he he…insyaALLAH
Mesti comel buku cikgu hazar tu nanti kan.hehe.
Tajuk baguz tuh. Pasti ramai yang sedang menanti buku Hazar. Buatlah satu! Kita karang bersama ke? Cepat la siap.
Sekarang saya sedang membaca buku Azizi Ali “Lahirnya Sorang Jutawan, Bagaimana Untuk Kekal Sebagai Pekerja Dan menjadi Jutawan”…
Saya pula akan mengarang buku “Lahirnya Seorang Cikgu Tusyen, bagaimana Untuk Kekal Sebagai Pekerja dan Menjadi Cikgu Tusyen Berjaya”…Boleh ke MY??? he he he…