Bagaimana Nak Buka Akaun Saham di Bursa Malaysia (CDS Account).
Soalan paling peveret, “Camna nak buka akaun saham?”
Ok camni kak. Senang jer. Ramai jer yang dah tahu.
Akak jer yang ketinggalan jauh kebelakang ni.
Lepas baca posting ni, cepat-cepat sediakan dokumen
dan terus bertindak kejap lagi. Jangan bertangguh dah.
Akaun saham juga wong Jowo panggil CDS Account.
CDS aka Central Depository System.
Akak tak boleh jual beli saham tanpa CDS Acc.
“Tau ke nak buka akaun CDS dekat mana?”
Buka kat mana-mana Investment Bank. Contoh Maybank Investment Bank.
Bank tu kena ada perkataan (Investment) kat signboard dia.
Atau boleh gak buka dengan Broker yang sah.
Akak boleh tengok senarai lengkap kat sini.
Syarat nak buka akaun CDS mesti berumur 18 tahun ke atas.
Kosnya proses cuma RM10.60 sahaja (termasuk GST).
Kadang ada broker yang bagi FREE. Tu akak kena tanya dorang dulu.
Dorang yang tanggung kos RM10.60 tuh. Call dorang tanya dulu.
Akaun CDS ini takda yuran lain. Ni bukan kredit card
yang ada yuran bulanan atau tahunan. Ni macam akak buka
Saving/Current Akaun kat bank. Senang jer..
Lepas call dorang tanya pasal RM10.60 tadi, tanya juga
apa dokumen yang diperlukan nak buka CDS Akaun.
Biasanya Syarikat Broker / Investment Bank,
mintak bawa 2 dokumen ini :
1) 7 salinan kad pengenalan (depan/belakang).
2) 3 salinan penyata bank terkini (baki kat akaun RM10 pun takdehal).
Boleh juga print statement dari Maybank2U/cimbclicks
dan dapatkan cop pengesahan dari bank.
Dorang akan bagi FORM yang akak kena isi.
Isi terus kat depan Remiser/Dealer. Senang
akak nak tanya pape.
Biasanya ada 2 jenis akaun CDS:
1. Direct CDS atau Cash Akaun.
Akaun ini akan berdaftar atas nama akak.
Maksudnya bila akak beli saham, so itu akak punya.
Bukan bank/broker punya.
Lagi satu akak akan beli saham bila ada duit.
Tak guna margin bank. Ni lebih selamat. Kita
nak melabur guna duit sendiri bukan pinjam bank.
Tu Boxxx namanya. (Tak paham takpe).
Akaun direct ni antara kelebihannya, akak layak untuk
datang mesyuarat agung tahunan syarikat(AGM) biasanya
setahun sekali. Syok woo dapat makan FREE.
Sedap-sedap makanan dia. Yang datang tu pelabur-pelabur
yang banyak duit sama cam akak. (Walaupun kita beli 100 unit jer).
Then bila syarikat bagi dividen daripada saham yang akak beli,
akan dimasukkan terus ke dalam saving akaun akak (takde nominees charges).
Laporan tahunan kewangan syarikat (Annual report) juga
akan dihantar ke alamat akak. Boleh tengok prestasi bisnes kita.
Dan akak layak untuk memohon IPO (Initial Public Offering)
bila ada saham baru nanti.
2. Nominees CDS
Akaun ini tidak didaftarkan atas nama akak. Bank/broker sebagai wakil. Tak besh.
Akaun CDS Nominees ni boleh jual beli saham kat platform.
Tapi tak boleh digunakan untuk memohon IPO sama ada kat MITI atau thru bank.
Contoh Investment Bank & Broker yang sah di Bursa Malaysia.
Maybank Investment Bank Berhad
CIMB Investment Bank Berhad
RHB Investment Bank Berhad
AmInvestment Bank Berhad
BIMB Securities Sdn Bhd
Hong Leong Investment Bank
Kenanga Investment Bank Berhad
Affin Hwang Investment Bank Berhad
Jupiter Securities Sdn Bhd
Malacca Securities Sdn Bhd
TA Securities Holding Bhd
Macam mana cara join saham