PASARAN SEDANG MEMBUAT SELF-CORRECTING.. DARIPADA KRIPTO KE SAHAM2 YANG PALING TERLEBIH NILAI

Share

Anda kena baca ni sampai habis!

PASARAN SEDANG MEMBUAT SELF-CORRECTING.. DARIPADA KRIPTO KE SAHAM2 YANG PALING TERLEBIH NILAI

  • Tong’s Portfolio

Harga Aset yang dipengaruhi emosi dan momentum telah ‘meletops ke bulan’ (sebagaimana yang digambarkan oleh pengikut Reddit & Robinhood). Mungkin anda juga hampir terjebak kerana fikirkan harga akan terus menaik dan juga sebab FOMO.

Tidak dapat dinafikan aset ‘meme’ ini – termasuk stocks, SPAC, kripto dan non-fungible tokens (NFT) telah menunjukkan prestasi yang luar biasa, sebahagian besarnya disebabkan pelabur runcit yang memiliki masa dan wang stimulus di dalam poket mereka. Trading platform tanpa cas dan media sosial juga menyemarakkan kegilaaan ini.

.
Tidak ramai (itupun kalau ada) peduli tentang fundamental dan metriks asas seperti penilaian, keberuntungan, penyata imbangan ataupun model perniagaan. Ramai yang menyamakan mengejar aset2 ini umpama ‘game’, contohnya percubaan untuk menolak harga Dogecoin ke US$1.. seolah2 target ini merupakan matlamat yang jika dicapai akan memberikan ‘kemenangan’ kepada pemain game tersebut.

Kami percaya sekarang ini ramai yang ‘tewas’.. terciduk dek penjualan yang berterusan, lebih2 lagi TBNU yang ‘lewat ke parti’. Aset yang paling berisiko – termasuk Bitcoin dan saham yang diberikan penilaian terlalu tinggi, sekarang ini mengalami kejatuhan besar daripada ketinggian rekod mereka. Aset2 ini merupakan sumber kerisauan dimana mereka dilihat sebagai ‘growing bubble’ dan kejatuhan mereka yang tidak dapat dielakkan akan memberi impak kepada pasaran yang lebih besar.

.
Aset2 yang diberikan penilaian terlalu tinggi ini popular dengan pelabur runcit, walaupun setelah mengalami ‘price correction’ yang agak banyak. Separuh daripada syarikat2 ini adalah syarikat2 rugi dan ada juga yang langsung tiada jualan.
Berserta dengan 5 kripto bernilai terbesar, kenaikan aset2 ini telah didorong terutamanya oleh kelebihan cairan dan kemudahan mendapatkan wang.

Justeru, adalah logik untuk pelabur2 ini mula merasa takut jika kecairan dan kadar faedah yang sangat rendah ini tidak lagi akan menjadi sesuatu yang pasti, disebabkan kadar inflasi yang semakin bertambah.

.
Pasaran cenderung untuk naik atau turun secara berlebihan, terutamanya apabila didorong oleh emosi. Tetapi dalan jangka masa yang panjang, pasaran secara am adalah efisyen dan akan membuat pembetulan dengan sendirinya – seperti yang sedang berlaku sekarang.

Sememangnya, ‘correction’ ini mengurangkan kerisauan terhadap risiko sistemik, iaitu market crash hasil daripada spekulasi yang disebabkan oleh kecairan berlebihan dan juga tindakan tidak rasional.

.
Kebanyakan syarikat akan terkesan (oleh ‘correction’ ini) dan ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan. (Table 3 dalam artikel ni) menyenaraikan beberapa syarikat teknologi yang harganya terkesan oleh ‘correction’ ini walaupun selepas melapurkan keuntungan yang mantap dan lebih bagus daripada jangkaan dalam lapuran perolehan 1Q2021. Tetapi ternyata kejatuhan mereka agak kecil. (Syarikat2 yang dimaksudkan adalah FAANG, Microsoft, Nvidia, Paypal, ASML, Adobe, Intel dan Broadcom Inc)

.
Harga saham dan penilaian adalah sesuatu yang relatif. Dan bila saham spekulatif dan saham terlampau harga mengalami kejatuhan.. ia akan menyeret keseluruhan pasaran untuk sementara waktu. Akan ada kemerosotan kekayaan – pedagang akan merasa lebih miskin, kurang positif semasa cut loss dan/ataupun pelangsain posisi margin akan mengurangkan wang untuk membeli saham2 lain.

Ini pula akan mengakibatkan sentimen ‘kurang mahu mengambil risiko’ dan mengakibatkan kelemahan di keseluruhan pasaran. Ini adalah efek yang berlawanan dengan pasaran yang lebih tinggi sebelumnya.

.
Kami berpendapat pelabur akan terus tertarik kepada ‘growth stocks’ selepas membetulkan semula tanggapan mereka dimana 2021 merupakan tahun titik perubahan terhadap inflasi dan kadar faedah.

Pelabur2 bijak perlulah lebih arif dalam memilih ‘winners’, walaupun sudah memilih aset yang betul berdasarkan trend dan sektor.

Sebagai contoh, walaupun kenderaan elektrik (EV) mungkin merupakan kenderaan masa hadapan tetapi tidak semua syarikat EV akan bertahan didalam persaingan.

‘Pelaburan bukanlah hanya sekadar mengharapkan ada orang lain yang sanggup membayar harga yang lebih tinggi daripada harga yang kita bayar.’

Credit kepada Pn Yasmin CPMT8.

Channel saham : https://t.me/kisstrader

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment