Satu rahsia tersembunyi yang anda kena tahu. Ada buaya tembaga yang sedang ternganga disebelah anda.
Bila anda buka akaun saham, anda ditawarkan LIMIT.
Anda letak duit RM2,000 dalam trust acc tapi anda boleh tekan buy sampai RM4,000.
Ada extra RM2,000 kannn…
Anda letak duit RM10,000 dalam trust acc tapi anda boleh tekan buy sampai RM20,000.
Ada extra RM10,000 kannn…
Haaa… camner boleh tekan BUY lebih dari modal anda?
Yang lebih tu lah BUAYA Tembaga.
Bila-bila masa dia boleh ngap tangan anda.
Tangan saya sendiri masih berbekas dengan gigitan teruk. Itu suatu masa dulu. Ketika bergelar TBNU.
Bila anda guna LIMIT, anda kena setelkan jualan dalam masa 4 hari (T3).
Kalau anda untung, akan tertulis ‘Contra Gain’ dalam akaun anda.
Tapi kalau anda kantoi, akan tertulis ‘Contra Loss’ dalam akaun anda.
Pastu siap kena Top Up lagi kalau anda guna duit extra tadi.
Anda kena minta Remiser/Dealer anda explain benda ni. Mereka wajib advice anda.
Dalam keadaan market kanggaroo skang ni, amat bahaya Trade guna limit. Harini naik, esok boleh tergolek. Lusa boleh tergolek pastu naik balik.
Saya sendiri dah tengok depan mata kepala lutut saya sendiri, ramai kekawan trader tumbang mati katak sebab BUAYA nih.
Saya taknak lah tengok anda pun bakal tumbang jugak.
So caranya senang, bagitau remiser/dealer anda, “Saya nak tukar ke CASH AKAUN.” Setel…
Anda yang baru nak buka akaun saham pun cakap, “Saya nak buka CASH AKAUN.” Setel…
Cash Akaun, maksudnya anda ada RM2,000 dalam trust, maka boleh Buy RM2,000 saja. Anda ada RM10,000 dalam trust, maka boleh Buy RM10,000 saja.
Cukuplah… usah letak tangan anda dalam mulut buaya lagi. Tangan tu lama nak guna.
Ingatlah orang yang tersayang. Dengan tangan yang ada ni, mampu bahagiakan orang yang anda sayang. Bukan hampakan mereka.
Boleh ke boleh?
Share jika anda kata boleh!
Yang menulis,
#MY❤️
Muka ganas tapi hati penyayang.