Bertempat di Soluxe Hotel, Kota Kinabalu Sabah berhimpunnya ratusan pedagang baru Bursa Malaysia.
3 hari mereka berkampung bermula 5 hingga 7 Disember 2015. Sesi yang dikendali penuh oleh mentor pelaburan saham, Tuan Hj. Mohd Asri dan di support oleh ramai alumni yang hadir dari sekitar Borneo.
Aku juga tak ketinggalan sama untuk meraikan kedatangan kawan baru dalam dunia pelaburan saham.
Energy warga Sabahan memang luar biasa. Respon yang diberikan sangat bagus. Aku bangga melihat kebangkitan mereka.
Moga semua yang hadir beroleh manfaat dan seterusnya mencetak wang besar dari litar bursa. Siapa yang praktis mereka pasti berasa manis.
– MY –