Warren Buffet derma RM13.62 bilion!

Share

“JANGAN JADI KAYA RAYA NANTI KENA BANYAK DERMA!!”

NEW YORK: Billionaire, Warren Buffett semalam, mengumumkan beliau akan menderma kira-kira AS$3.17 bilion (RM13.62 bilion) pegangan sahamnya dalam Berkshire Hathaway Inc (Berkshire) kepada Yayasan Bill & Melinda Gates dan empat lagi badan amal. 

Pengumuman itu adalah yang tertinggi dalam tempoh lebih satu dekad pelan pengagihan kekayaannya. 

Jumlah derma tahunan bagi kali ke-12 kepada lima badan amal itu membabitkan 18.63 juta saham kelas B di Berkshire yang bernilai AS$170.25 (RM731.48) setiap satu ketika pasaran saham ditutup, semalam. 

Berkshire berkata, Buffett, 86, sudah menderma sebanyak AS$27.54 bilion (RM118.33 bilion) sejak 2006 kepada lima badan amal, termasuk kira-kira AS$21.9 bilion (RM94.09 bilion) kepada Yayasan Gates. 

Difahamkan, Buffett masih memiliki kira-kira 17 peratus saham Berkshire, yang berpangkalan di Omaha, Nebraska yang diasaskannya pada 1965, walaupun sudah menderma lebih 40 peratus daripada pegangannya. 

Sementara itu, Yayasan Gates yang memberi tumpuan kepada program penambahbaikan aspek kesihatan, mengurangkan kemiskinan dan menyalurkan bantuan pendidikan, akan menerima kira-kira AS$2.42 bilion (RM10.4 bilion) daripada jumlah derma yang diumumkan, semalam. 

Yang turut menerima sumbangan, Yayasan Susan Thomson Buffett yang dinamakan sempena mendiang isterinya; Yayasan Howard G Buffett, Sherwood and NoVo, yang diuruskan oleh tiga anaknya, Howard, Susan dan Peter. 

Menurut majalah Forbes, sumbangan itu tidak menjejaskan kedudukan Buffett sebagai individu keempat terkaya di dunia. 

Sebelum pengumuman sumbangan itu dibuat, Forbes menganggarkan nilai kekayaan billionaire itu sebanyak AS$76.3 bilion (RM327.82 bilion) berbanding pengasas Microsoft Corp, Bill Gates iaitu sebanyak AS$89.4 billion (RM384.11 bilion); pengasas Amazon.com Inc, Jeff Bezos’ (AS$84.8 billion/RM364.34 bilion) dan ahli perniagaan Sepanyol, Amancio Ortega (AS$81.8 bilion/RM351.45 bilion). 

Gates adalah rakan karib Buffett dan salah seorang pengarah di Berkshire. – Reuters

Sumber selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/300979?m=1

#MY
Wartawan Tak Bernama

#PelaburanSaham

#BursaMalaysia

#WarrenBuffet

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment