Buku Tuisyen
April 6, 2009 by admin
Buku fizikal yang bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ baru sahaja berada di pasaran sejak April 2009. Buku ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah MPH iaitu YB Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 17-26 April 2009.
Buku ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh pengunjung Pesta Buku ‘09 tersebut. Ini kerana buku ini akan memberikan Panduan dan Kaedah Mudah dan Cepat untuk memulakan tuisyen walaupun secara sambilan. Idea-idea yang dilampirkan adalah amat praktikal kepada pembaca untuk menceburkan diri dalam bidang tuisyen.
Buku ini menerokai industri tuisyen yang berpotensi tinggi dan berupaya menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu bekerja secara konvensional. Antara topik yang mendapat liputan di dalam buku ini adalah Rahsia dan Keistimewaan menjadi Cikgu Tuisyen, Strategi Mempromosi Pantas dan Jimat, Teknik dan Kemahiran Mengajar yang Magis dan Luar Biasa dan Persiapan/Persediaan untuk mula mengajar tuisyen.
Antara kandungan yang mesti anda baca adalah:
Bab 1 - Gambaran awal tentang tuisyen
Bab 2 - Apakah itu tuisyen
Bab 3 - Bingkisan seorang cikgu tuisyen daripada sambilan ke sepenuh masa
Bab 4 - 10 peluang bagaimana membuat duit sampingan
Bab 5 - 5 sebab mengapa anda perlu lakukan tuisyen
Bab 6 - 10 perkara yang melayakkan anda bergelar cikgu tuisyen
Bab 7 - Perbezaan home tuition dengan tuition centre
Bab 8 - Pendapatan cikgu tuisyen sambilan atau sepenuh masa
Bab 9 - 10 rahsia dan keistimewaan menjadi cikgu tuisyen
Bab 10 - 10 rahsia bagaimana anda akan diterima untuk mengajar tuisyen
Bab 11 - Tip membuat profil yang menarik perhatian pasaran tuisyen
Bab 12 - Strategi promosi berkesan lagi unik
Bab 13 - 8+1 rahsia kaedah pemasaran hebat dan berkesan
Bab 14 - Persiapan sebelum mengajar tuisyen
Bab 15 - 10 rahsia cara menarik perhatian ibubapa dan pelajar (pelanggan)
Bab 16 - Pengurusan kelas yang sistematik dan cara pembayaran
Bab 17 - 8 cabaran dan tekanan yang perlu anda ketahui sebagai cikgu tuisyen
Bab 18 - 7 langkah cara set-up pusat tuisyen
Bab 19 - Kesimpulan tentang bagaimana untuk menjadi cikgu tuisyen yang mampu menjana pendapatan lumayan
Anda boleh mendapatkan buku ini daripada saya. Tak perlu pergi ke MPH/Kinokuniya/Popular dll, tak perlu bersesak nak bayar di kaunter, tak perlu bayar tol dan parking dan jimat minyak kereta anda. Anda boleh membuat tempahan hanya dihujung jari dan didepan PC anda.
Caranya:
- Buat pembayaran RM29 (harga pasaran RM29.90) secara online transfer/cash deposit ke akaun berikut: Maybank2u 164258378946 / CIMBClicks 14091364108527 (Yusnizam Mohamad Yusoff)
- Selepas membuat pembayaran, sila sms ke 016-3772901 dan isi borang berikut:
- Saya akan semak pembayaran tersebut, dan penghantaran akan saya lakukan dalam masa 48jam menggunakan Pos Express. Kos penghantaran adalah Percuma. Sila berikan nama dan alamat penuh berserta nombor handphone anda bagi mengelakkan masalah semasa penghantaran.
- Buku akan sampai didepan rumah anda. Mudah bukan?
Sila klik Borang Tempahan Buku Tuisyen
Semoga anda dapat manfaat daripada buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ yang telah terbukti amat praktikal, kerana saya menulis berdasarkan pengalaman real saya sebagai Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa.
![]()
Comments (17)










saya dah ada sebuah…anda bagaimana??? bagus giler buku nih…
Beza buku ini dengan buku lain, saya menulis terus berdasarkan pengalaman saya yang bermula daripada bawah. Betul tak Cikgu Hazar?
Betul tu…saya dah khatam buku ni dah 3 kali dah…baca lagi dan lagi, sebagia motivasi..sekarang ni , isteri saya plak tgh baca buku tu…insyaALLAH dia pun nak jadi cikgu tusyen lepas berpindah ke KL nanti…bertambah la pendapatan kami sekeluarga…insyaALLAH
Nanti bagi anak Hazar pula baca :-). Buku ini untuk semua. Banyak isi tersirat yang perlu diketahui umum. Anak saya dah mula belek-belek buku ini untuk dibaca. “Buku Abbi”, kata Balqis.
[...] Kenali MYBuku TuisyenSeminarTuisyen.ComHubungi [...]
saya berminat nak dapatkan buku ini. saya nak dapat on the spot di melaka. macamana?
Terima kasih dengan minat tersebut. Boleh dapatkan buku tersebut di MPH. Jika kehabisan stok, boleh dapatkan disini. Terima kasih.
Assalamualaikum
Tak mahu buat ‘Cara pembayaran dengan kad kredit ‘ ke Encik Yus. ?
Waalaikumussalam Saudari Hanizah. Buat masa sekarang, kad kredit masih belum diterima. InsyaAllah akan ditambahbaik dimasa akan datang. Lagipun hanya RM25 sahaja
[...] Kenali MYBuku TuisyenSeminarTuisyen.ComHubungi [...]
adakah penghantaran percuma termasuk ke luar negara seperti united kingdom?
Untuk penghantaran ke luar negara, saya perlukan caj tambahan mengikut kadar semasa kos penghantaran. Terima kasih dengan pertanyaan ini.
[...] Kenali MYBuku TuisyenSeminarTuisyen.ComHubungi [...]
Pagi ini saya ada membuat transfer akaun melalui cimbclicks sebanyak rm29 untuk pembelian buku tuesyen tuan. Tp sy tidak mendapat apa2 tindak balas dari pihak tuan. Jadi sy tertanya2 samaada pihak tuan ada terima atau tidak request pembelian buku dari sy. Jadi, amatlah berbesar hati saya klu pihak tuan dapat membalas emel atau mesej menandakan pihak tuan ada menerima bayaran sy. Terima kasih.
Terima kasih kerana telah mendapatkan buku tersebut. Pembayaran telah diterima. Proses penghantaran akan pihak kami uruskan dalam keadaan segera. Harap bersabar ya.
Selamat maju jaya!
saya dah lama nk beli,tp duk tgh2 skrg master yus dh buat promosi beli terusla…memang niat nk jd ckgu tuisyen,,,jd ckgu betul xsampai hajat lg hehe
Buku anda telah diproses, terima kasih dan tahniah kerana telah mendapatkan buku tersebut. Semoga ianya bermanfaat kepada lebih ramai orang yang membacanya.