Pelancaran Buku True Wealth Sdn Bhd

Share

Saya berkesempatan untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 yang bertempat di PWTC. Pesta buku ini bermula pada 17 – 26 April 2009.

Pada tahun 2009 ini, sejarah baru dalam kalender hidup saya. Saya diberi peluang untuk bersama-sama meraikan dan memeriahkan Pesta buku ini yang telah menjadi acara tahunan di Malaysia.

Penyertaan saya pada kali amat bermakna. Ini kerana saya hadir untuk memberi penghargaan kepada Baby Sulung saya. Bukannya Noor Balqis Sofiyyah, mahupun Noor Marissa Mya Zara. Baby sulung yang saya baru ini saya berikan nama ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘.

Ya kawan, anak saya memang dah 2 orang. Tetapi kali ini adalah anak saya sebelah Bapa Kandung Isteri Belah Mentua Dua Pupu saya. Saya amat excited dan teruja dengan kelahirannya pada April 2009 lepas.

Hehe..senang cerita buku pertama saya lah..Susah sangat nak berbunga-bunga sastera nih.

Sangat best, puas, seronok bertukar pandangan dan pendapat dengan individu yang telah berjaya dalam bidang mereka.

Azizi Ali, Irwan Dahnil, Eruwan Gerry Norsen, Gobala Krishnan dan ramai lagi sempat saya sembang dan minta petua.  Mereka ini tak perlu saya perkenalkan lagi. Bila lihat dari luaran, sempoi je macam tak ada apa-apa. Hakikatnya, ilmu mereka sememangnya tinggi dengan pencapaian yang mereka telah hasilkan.

Ini antara koleksi kenangan terindah yang sempat saya kongsi bersama anda semua.

1) Bersama rakan-rakan penulis sebelum majlis pelancaran.

2) 14 buah buku-buku terbaru terbitan True Wealth Sdn Bhd yang dilancarkan oleh Pengarah MPH, YB Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman.

3) Saya menerima replika frame buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ yang ditandatangani oleh YB Datuk Dr Abdullah.

4) Gambar kenangan bersama YB Datuk, Bos True Wealth & rakan-rakan penulis SUPER yang lain.

5) Sempat bersembang dengan Dr Norman, penulis ‘Nak Tak Berhenti Merokok’.

6) Dari kiri, Bos Azizi Ali, YB Datuk Dr Abdullah, Yusnizam Yusoff aka Master Yus dan My Honey Dr Noorizan.

7) Bersama individu yang tak asing lagi di dunia internet, Bro Gobala Krishnan.

8)  Penulis-penulis Super. Dari kiri Irwan Dahnil, Zahrul Azua, MY, Gobala Krishnan, Quincy Kandoh dan Eruwan Gerry Norsen.

9) MY ditemuramah oleh wakil media EduWebTV. Boleh layari www.eduwebtv.com

10) Bersama orang kuat True Wealth, Bos Azizi Ali & Madam Azlynn Azizi.

Saya akan ulas lagi dikeluaran beberapa hari lagi. Saya amat teruja untuk berkongsi cerita-cerita menarik sepanjang berlangsungnya Book Fair 09 ini berlangsung.

Jika anda masih belum jejakkan kaki ke Book Fair ini, saya nasihatkan berbuatlah demikian walaupun hanya sehari. Tentu terlalu banyak pilihan buku yang bermanfaat yang anda boleh perolehi dengan harga diskaun yang hebat.

Saya akan berada lagi di PWTC pada Jumaat 24hb dan Ahad 26 hb ini. Anda boleh lihat jadual saya disini:

http://www.millionairesplanet.com/bookfair09.htm

Jumpa nanti anda disana…disana…disana…..

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment