Bagaimana status kewangan kita selepas raya?

Share

Pertamanya, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang Maha Esa dengan segala limpah rahmat dan nikmatNya, saya masih lagi diberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus menulis dan menulis untuk berkongsi kepada pembaca setia sekalian.

Post terakhir yang saya tulis adalah ucapan sebelum sambutan hari raya yang lalu. Dan saya sedar, hampir sebulan juga blog ini beraya (tanpa di update). Hari ini sudah masuk ke bulan Oktober. Sangat cepat, sangat pantas, sangat sekejap masa berlalu. Inilah kehebatan masa, dia akan tinggalkan kita dengan kejam. Tanpa kita bersiap sedia, kita akan ketinggalan jauh kebelakang. Namun jika kita menjaganya dengan baik, maka dia akan menjamin masa depan kita. Inilah MASA.

Saya menulis post ini masih dalam mood raya. 4 Oktober 2010 bersamaan 25 Syawal 1431. Semangat raya masih belum pudar. ‘Open house/office’ masih ramai yang buat. Kan raya sebulan?

Pastinya raya tahun ini memberi nafas baru dan cerita menarik kepada setiap daripada kita. Begitu juga dengan saya serta keluarga. Ini tahun ke-4 saya beraya bersama isteri dan anak-anak. Tahun genap adalah tahun Kedah. Maknanya tahun ini giliran kampung isteri saya untuk menyambut Syawal. Selepas raya ke-4 baru pulang ke sebelah saya pula.

Disini Cerita Raya 2009 🙂

Tahun ini juga amat bermakna, kerana saya dan keluarga berkesempatan untuk mengadakan ‘Rumah Terbuka‘. Ada 3 tujuan utama saya mengadakannya. Pertama, bersempena rumah baru kami (saya ada apartment lain tapi bagi tujuan investment). Kedua, majlis kesyukuran ada rezki lebih. Dan yang terakhir, mengeratkan ukhwah dengan seluruh kenalan-kenalan saya dan isteri.

Sedarkah kita persediaan untuk meraikan hari lebaran memerlukan komitmen yang besar dari segi masa, tenaga dan kewangan? Mungkin ramai yang dah terasa sakitnya, namun saya percaya ramai juga antara kita yang tak sedar duit telah habis walaupun baru berusia setengah bulan (tengah bulan dah pokai).

Saya nak kongsikan kepada pembaca semua, perancangan kewangan saya bersempena sambutan raya. Saya bukanlah orang layak untuk memberikan tip kewangan, saya juga bukan seorang pakar kewangan. Namun tak salah kan jika seorang penganggur kehormat seperti saya ini untuk berkongsi pengalaman? (Lagi pun ini blog saya, maka suka hati saya lah apa yang saya nak tulis. Tak gitu? ) Saya telah amalkan sejak bertahun-tahun yang lalu. Apa yang saya lakukan? Jom, korek rahsia besar saya (^_^)

Saya telah rancang berapa perbelanjaan yang perlu saya keluarkan sejak minggu pertama di bulan Ramadhan lagi. Perancangan tersebut meliputi kos untuk baju raya keluarga, kelengkapan dan kuih muih dan terakhir sudah tentu bajet untuk ‘Duit Raya’ kepada anak-anak buah dan saudara mara. Saya akan senaraikan seluruh keperluan yang bakal mengakibatkan poket saya ‘keluar asap’.

Saya akan pastikan perbelanjaan saya tidak melebihi bajet yang telah diperuntukkan. Jika ianya hampir melebihi bajet, saya akan merasa sedih dan bersalah pada diri sendiri.

Baiklah kawan, itu cerita keluar duit dan saya yakin ramai di luar sana yang sedang tersenyum dalam berduka ketika ini. Almaklumlah duit simpanan telah habis, duit gaji telah sengkek disebabkan belanja yang tidak terkawal. Persoalan disini, bagaimana untuk ‘cover’ semula segala perbelanjaan yang telah keluar tersebut? Ada ke cara buat duit cara pantas dan besar? Pasti ada, cuma kita sahaja yang masih belum jumpa dengan cara tersebut.

Bagi saya, tak lain tak bukan adalah tuisyen. Minggu ini PMR akan berlangsung. Saya masih ada kelas untuk ‘Last Minute Class’. Saya hanya datang untuk bantu pelajar saya ulangkaji dan semakan secara pantas. Dan inilah waktu untuk saya pastikan emosi mereka stabil dan semangat mereka berkobar-kobar untuk keluarkan segala ilmu yang telah dipelajari selama 3 tahun.

Selain tuisyen, saya berjinak-jinak dengan perniagaan internet yang semakin meriah hari ini. Ramai usahawan-usahawan internet yang muncul (yang bagus, muda-muda belaka). Bermacam-macam portfolio bisnes internet yang mereka lakukan. Saya amat suka dengan perkembangan yang positif ini. Perniagaan internet telah memberi jalan dan sumbangan dalam menjana pendapatan sampingan/pasif.

Untuk lebih lanjut bagi mempelajari perniagaan internet yang sebenar, terdapat ramai usahawan-usahawan internet berjaya yang boleh kita belajar daripada mereka. Saya amat sarankan blog-blog seperti Dr Irfan Khairi, SmartZul, Zamri Nanyan, SaifulSham, Labanon, Amirol, Jamal, Irwan Dahnil, Noorizam Shah, Shuth, Eruwan Gerry, Ammar Zahar, Rohaizad, Zaki Yusof, Razif Yusof, Mazlie Nadzri, Catzer, Rahman Basri, Mawardee dan ramai lagi. (taip sahaja usahawan internet di search engine maka akan keluarlah sumber blog yang boleh dirujuk)

Saya banyak belajar secara ‘Silent Reader’ daripada blog-blog mereka. Dan saya aplikasikan sedikit demi sedikit. Saya percaya, dengan tindakan yang sedikit, saya akan banyak belajar perkara baru dan akan melihat hasilnya di depan mata. Cuba kawan-kawan lihat banner disebelah kanan ‘side bar’ ini. Tanpa saya pelajarinya, maka tidak akan muncul banner-banner tersebut 🙂 .

Saya nak simpulkan disini, perancangan kewangan amat penting. Ini bermaksud, sebelum kita lakukan sesuatu, rancang bajet terlebih dahulu. Kenali status kewangan semasa kita.

Kemudian, kita perlu ada ‘sumber pendapatan‘ yang boleh memberikan kita akan tersenyum setiap bulan. Ianya penting sebagai salah satu sumber ‘pendapatan pasif‘ kita. Disamping dapat membantu peningkatan status kewangan, ianya juga dapat ‘cover’ semula perbelanjaan yang keluar. Jadi kita tak perlu usik gaji atau pendapatan tetap kita setiap bulan.

Sebarang pendapat, cadangan dan komen boleh dikongsikan untuk kebaikan bersama. Semoga kawan-kawan yang membaca akan memberi jalan penyelesaian dan idea yang ‘marvelous’.

Penulis,
MasterYus.com

p/s: Kepada pelajar dan calon PMR 2010, saya doakan semoga kalian diberikan kemudahan untuk menjawab soalan, ditenangkan hati dan fikiran daripada segala gangguan dan diberikan kesihatan yang maksima untuk menghadapi minggu peperiksaan ini. Selamat maju jaya! Besh…

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment