Aku amat malu padaMu Ya Rabb!
Aku malu, sepanjang 30 tahun hidup dimuka bumiMu ini, belum banyak jasa dan pengorbananku kepadaMu.
Aku malu baru 2 buah buku yang mampu aku salurkan kepada anak bangsaku. ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’ dan ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’ sahaja yang mampu aku tulis. Aku banyak buang masa menulis di Facebook tanpa sedikit pun memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia diluar sana.
Aku amat segan padaMu Ya Rabb, aku hanya tahu menulis tetapi aku tidak ajarkan kepada oranglain bagaimana untuk menulis buku-buku mereka. Aku tahu mereka bukan menulis untuk diri mereka tetapi untuk kebaikan bangsa mereka. Namun aku abaikan mereka Ya Rabb.
Aku juga amat malu Ya Rabb, sejak tahun 2007 aku hanya mampu bercakap dan berkongsi pengalaman cetek yang aku ada kepada ratusan manusia sahaja sedangkan ribuan puluhan malah ratusan ribu manusia lagi diluar sana yang masih belum aku beritahu kepada mereka.
Aku lebih malu Ya Rabb, banyak negara yang telah Kau izinkan untuk aku sampai. Kau juga telah izinkan aku pijak Bumi SuciMu Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Namun suaraku tidak sedikit pun mengajak lebih ramai manusia seluruh dunia ke bumi suciMu. Aku dapat menikmati keindahan ciptaanMu namun aku tidak menzahirkan kehebatan ciptaanMu kepada makhluk lain. Oh hinanya diriku ini.
Berikanlah aku kekuatan dan peluang kedua untuk aku buktikan padaMu. Aku amat sayang agamaMu, bangsaku dan keluarga besarku. Aku berjanji setiap hela nafas dan kerdipan mata ini akan aku manfaatkan sepenuhnya.
Izinkanlah setiap perincian hidup aku ini adalah semata-mata untuk diriMu.
Aku malu padaMu Ya Rabb, betapa aku lebih mementingkan diri sendiri daripada berkongsi ilmu dan pengalaman yang aku ada. Selagi aku hidup, aku berjanji untuk terus menerus berbakti kepada AgamaMu. Amin…
-Master Yus-
Benar, dalam hidup ni kita kena ada rasa untuk meningkatkan diri dalam mendekatkan diri padaNYA, kerja harian pun jadi amal ibadah jika disertai niat yang benar..