Saya akan berada di MPH Alamanda Putrajaya Sabtu 4 Julai 2009

Share

Saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah Rahim dan keizinanNya, buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’ telah berjaya mendapat tempat dan sambutan oleh rakyat Malaysia. Buku yang telah diterbitkan pada April lalu dan baru berusia 2 bulan ini diberitakan telah membuka mata dan minda pembaca serta membantu individu di luar sana untuk cuba menceburi bidang tuisyen.

Buktinya, pada Sabtu ini 4 Julai 2009 bermula jam 3 petang, saya akan berada di MPH Alamanda Putrajaya untuk memberikan ‘Talk’ bagi memperkenalkan buku ini kepada umum. Dengan masa lebih kurang 1 jam sehingga jam 4 petang, saya diberi ruang dan peluang untuk bertemu dengan pengunjung MPH Alamanda bagi berkongsi idea, pandangan, pengalaman saya dalam bidang tuisyen.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPH Alamanda, Putrajaya dan pihak Penerbit buku True Wealth Sdn Bhd kerana memberi peluang untuk saya berkongsi idea dan pengalaman saya kepada umum.

Ini adalah kali pertama saya memberikan ‘talk’ untuk menerangkan apa yang saya tulis dan kongsikan dalam buku saya. Jadi saya amat teruja untuk berkongsi kepada hadirin yang hadir nanti. Sudah tentu saya akan memberikan ‘Free Gift’ yang Istimewa kepada pembeli buku saya pada hari tersebut selain ‘signature’ eksklusif dari Master Yus :-).

Kepada anda yang mempunyai kelapangan masa, saya menjemput anda untuk bersama-sama saya memeriahkan ‘Author’s Talk‘ tersebut. Jika anda hendak mengenali saya lebih dekat dan bertanyakan tentang Rahsia, Tips, Teknik Tuisyen jom jumpa saya di MPH Alamanda, Sabtu ini bermula jam 3 petang tau! Yang pastinya ‘Free of Charge’ a.k.a Penyertaan Percuma. Malah boleh dapat buku Percuma lagi! Tengok mood saya pada hari tu 🙂

InsyaAllah segala persoalan anda tentang tuisyen, saya akan kongsikan disana. Dan saya akan adakan ‘Lucky Draw’ kepada hadirin yang hadir. Sesiapa yang bertuah akan saya berikan hadiah Istimewa iaitu ‘Tempat Percuma ke SeminarTuisyen.Com‘ keesokan harinya iaitu pada Ahad 5 Julai 2009. Wow…saya sedang teruja sekarang nih (itu sebab saya berbesar hati untuk memberikan tempat duduk Percuma kepada anda yang bertuah pada hari tersebut 🙂

Wahai kawan, jika anda tak dapat hadir pada hari tersebut tak apa. Saya tak paksa pun. Tapi saya memang jemput anda datang 🙂  Ajak adik beradik, sedara mara, kawan-kawan, jiran tetangga datang sekali. Anda mungkin bertuah dan berpeluang untuk memenangi hadiah & Free Gift yang saya sediakan. Mana tahu anda dapat ‘Tempat Percuma‘ ke SeminarTuisyen.Com ? Jom datang beramai-ramai pada Sabtu 4 Julai 2009, bermula jam 3 – 4 petang bertempat di MPH Alamanda, Putrajaya.

Wish me Luck! 🙂

p/s: Jika anda ada ‘Special Request’ dan sebarang cadangan, boleh tinggalkan komen dibawah ini. Saya juga difahamkan ada Diskaun Hebat pada hari tersebut!

Jumpa anda Sabtu ini. Datang jangan tak datang….datang jangan tak datang! …- skrip Senario 🙂

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

16 Comments

Add Comment