SeminarTuisyen.Com 2009 mencipta sejarah tersendiri.

Share

Syukur kehadrat Illahi kerana mengizinkan perjalanan SeminarTuisyen.Com pada tahun 2009 ini dengan penuh gemilang. Hanya tuhan yang layak mengatur segalanya.

Semalam satu lagi sejarah berlaku dimana MODUL BARU SeminarTuisyen.Com telah berjaya diperkenalkan. Modul pada kali ini sungguh memberikan kesan yang sangat positif dan sungguh membantu. Apa modulnya tu Master Yus?

1. LIVE, bagaimana seorang pelajar universiti memulakan bisnes tuisyen cara pantas. Modul ini dikongsikan penuh oleh Cikgu Saufi protege SeminarTuisyen.Com yang berjaya membuka perniagaan pusat tuisyen beliau hasil daripada simpanan pendapatan tuisyen.

2. LIVE & EKSKLUSIF, bagaimana seorang pekerja makan gaji disiang hari melakukan tuisyen diwaktu malam dan hujung minggu. Bagaimana beliau menguruskan masanya dengan amat baik. Perkongsian yang sangat hebat oleh Cikgu Hazar, beliau mengajarkan Teknik Log Masa yang amat praktikal. Dan hari ini beliau juga berjaya membuka pusat tuisyen sendiri. Teknik yang sama, iaitu mulakan bisnes tuisyen cara pantas hasil daripada pendapatan tuisyen.

3. LIVE, EKSKLUSIF & PRAKTIKAL, bagaimana menjadikan tuisyen merupakan sumber pendapatan utama. Masih dikategorikan sebagai ‘Penganggur Kehormat’ kerana tidak pernah kerja makan gaji. Segala ilmu tuisyen berada digenggamannya. Bak kata ‘Kunci lubuk tuisyen berada dalam poket beliau’, siapakah beliau? :-), insan kerdil yang hina iaitu Yusnizam Yusoff aka Master Yus.

Alhamdulillah SeminarTuisyen.Com akan melabuhkan tirainya pada 2009 ini dengan kejayaan menjalankan 8 kali seminar pada tahun ini. Bagaimana pula dengan perkembangan 2010? Sama-sama kita nantikan kemunculan terbaru SeminarTuisyen.Com.

Berikut adalah komen dan gambar-gambar seminar yang berlangsung semalam, 20 Disember 2009:

Nama: Ahmad Bashier Bin Muhammad Afifi

Jawatan: Mahasiswa Universiti Malaya

Komen: “Bagus ”.

Nama: Sharani Bin Wahab

Jawatan: Guru

Komen: “Memberi pendedahan dan ilmu mengenai industri tuisyen serta perkembangannya” .

Nama: Hariza Binti Haimi

Jawatan: Layout Design Engineer

Komen: “Bagus kerana memberi banyak tips-tips untuk memulakan kerjaya sebagai guru tuisyen dan mendedahkan peluang yang luas dalam bidang Home Tuisyen “.

Nama: Rismawati Binti Ismail

Jawatan: Guru

Komen: “ok”.

Nama: Rosmawati Binti Mohd Kamal

Jawatan: Executive

Komen: “Sungguh bernilai dalam ilmu, tidak rugi datang ke seminar tuisyen ini”

Nama: Nornuzaihan Binti Mohd Usman

Jawatan: GSTT

Komen: “ Seminar yang bagus untuk “beginner” seperti saya. Banyak maklumat yang didapati daripada seminar ini”.

Nama: Mazila Binti Mamat

Jawatan: Training Executive

Komen: “ Dapat membuka peluang untuk menambahkan side income, disamping kurangkan stress bekerja makan gaji “.

Share

Related Posts

About The Author

6 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.