Selepas menghadiri Seminarebook.com di Quality Hotel

Share

Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk menghadiri satu seminar tentang bagaimana menjalankan perniagaan ebook atau buku elektronik. Seminar ini dijalankan di Quality Hotel KL dan disampaikan oleh Otai Internet Marketing yang tak asing lagi iaitu Saudara Suhaimy aka Shuth. Anda boleh lihat di SeminarEbook.Com

Saya memang mempunyai perancangan untuk menghasilkan ebook dan saya menghadiri seminar ini kerana saya hendakkan maklumat lebih lanjut untuk mengetahui secara mendalam tentang perniagaan ebook. Siapa yang mengikuti perkembangan saya sejak awal penglibatan dalam bidang tuisyen ini, saya pernah menghasilkan satu ebook yang bertajuk ‘Buat Duit Dengan Tuisyen‘ di www.CikguTuisyen.Com (yang masih dalam perancangan ebook baru, nantikannya!). Dan daripada ebook inilah maka terbitnya buku fizikal pertama saya yang telah ditukar tajuk menjadi ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ seperti yang ramai telah maklum.

Sangat banyak maklumat, ilmu, trik, panduan, kaedah yang tak pernah saya tahu tentang perniagaan ebook ini. Sungguh bermanfaat saya hadir seminar ini. Saya percaya penyampainya iaitu Saudara Shuth memang sangat berpengalaman dalam bidang ini. 4 tahun beliau telah menjalankan perniagaan ebook ini. Pulangannya sungguh lumayan. Anda boleh lihat dan baca profail beliau di blog www.mohdsuhaimy.com (dah pernah keluar TV sesi temubual Respons TV1).

Seramai 20 orang lebih yang hadir daripada pelbagai bidang dan golongan. Saya amat kagum ada beberapa orang yang mungkin boleh saya kategorikan sebagai warga veteran yang datang untuk belajar sesuatu bidang yang sungguh bermanfaat. Sebenarnya memang telah terbukti industri ebook ini sebenarnya memang boleh menghasilkan income pasif. Saya kata begini kerana saya sendiri pernah menghasilkan jualan ebook ‘Buat Duit Dengan Tuisyen‘ sebanyak 200 copy. Dan waktu itu saya hanya buat single marketing tanpa ada sistem affiliate dan dalam masa 4-5 bulan sahaja saya boleh buat jualan 200 lebih salinan.

Terbukti industri perniagaan ebook sedang diterima oleh masyarakat Malaysia.

Saudara Shuth juga ada menawarkan projek JV untuk menghasilkan karya ebook kepada protege beliau. Saya amat tertarik dengan tawaran tersebut. Memang bagus apa yang bakal beliau usahakan. Saya cukup tabik spring dengan komitmen yang beliau berikan.

Sehubungan dengan ini (semangat yang masih fresh lagi ni), saya mempunyai beberapa perancangan untuk menghasilkan beberapa karya tentang tuisyen. Tajuk dah ada, point juga dah sedia cuma perlukan masa untuk menaip sahaja. Saya terfikir untuk mencari rakan ‘Penulis Bersama‘. Perancangan awal saya untuk menghasilkan ebook dalam masa terdekat (insyaAllah jika sempat). Dan seterusnya projek penulisan buku kedua saya (insyaAllah juga). Ye la saya hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Doakan saya ya!

Sesiapa yang berminat untuk join projek penulisan dengan saya, amat saya alu-alukan. Jika anda ada idea dan masih simpan bakat menulis, jangan sampai jadi harta karun. Keluarkannya dan kongsikan kepada Rakyat Malaysia yang tercari-cari maklumat daripada anda. Jika tak ada idea, jangan risau saya boleh bantu. Cuma saya perlukan orang yang komited sahaja untuk menjana wang melalui hasil penulisan (pasif income).

Jika anda berminat dengan tawaran saya, boleh tinggalkan komen dibawah serta bidang kepakaran/pengalaman yang anda ada. Tak salah jika anda daripada bidang lain tetapi berminat untuk cuba ceburi bidang tuisyen. Dan tak salah juga anda yang baru dan sangat berminat untuk menghasilkan karya dalam bentuk penulisan. Point disini, yang penting adalah KOMITED.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

11 Comments

Add Comment