Salam ceria pembaca sekalian,
Alhamdulillah sekali lagi saya diberi kesempatan untuk mengadakan SeminarTuisyen.Com pada 1 Ogos 2010 yang bertempat di IQ Bestari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur. Untuk makluman anda semua, seminar ini adalah seminar terakhir sebelum kita sama-sama didatangi bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.
Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan syukur di dalam hati kerana peluang saya untuk meneruskan hajat dan niat saya untuk menyebarkan ilmu dan berkongsi pengalaman bersama teman-teman baru. Seramai 10 orang peserta yang datang dari tempat yang berlainan daripada 15 orang yang telah mendaftarkan diri. Yang tak dapat hadir (atas urusan yang tak dapat elak), jangan khuatir seminar akan datang boleh hadiri dengan percuma sahaja tanpa apa-apa bayaran terselindung lain.
Mungkin anda tidak percaya, peserta yang datang kali ini 50% daripadanya adalah guru sekolah. Tidak saya nafikan yang saya sendiri juga sempat belajar sesuatu berharga daripada mereka. Apa yang telah saya lalui, saya kongsikan secara langsung dengan mereka. Apa yang saya tak pasti, inilah masanya untuk dapatkan info daripada mereka.
Cukup dengan memenuhi 10 tempat terawal, peserta kali ini benar-benar selesa dan berpuas hati apabila niat saya membuktikan kepada peserta-peserta, seorang protege SeminarTuisyen.Com lalu yang masih bergelar mahasiswa telah berjaya dalam impiannya menjadi seorang cikgu tuisyen yang berjaya.
Saya telah menjemput Cikgu Bashier untuk bersama-sama berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan waktu belajar dan mengajar. Anda semua tahu tanggungjawab seorang pelajar adalah berat. Apatah lagi tanggungjawab untuk menjadi seorang guru. Akan tetapi beliau sanggup dan berjaya memikulnya. Fikirkanlah jika seorang mahasiswa masih mampu memikul tanggungjawab sebagai guru, mengapa tidak anda?
Sememangnya perbincangan dua hala yang membuatkan sesuatu diskusi itu menarik dan saling bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Keterujaan peserta lebih jelas dan ketara lagi apabila topik pulangan yang lumayan bakal diterima pada setiap hujung bulan mahupun setiap kali habis mengajar. Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh peserta kepada Cikgu Bashier. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman yang dilalui, beliau dapat menerangkan dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik. Tahniah Cikgu Bashier!
Untuk anda semua saya dedikasikan komentar-komentar yang diberikan oleh peserta SeminarTuisyen.Com kali ini.
Nama : Widad Fitriah Bt Aris
Tempat tinggal : Johor Bahru
Jawatan : Pelajar
Komen : Bagus dan patut diteruskan.
Nama : Mohd Farid Asyraf B Rafei
Tempat tinggal : Kota Bahru, Kelantan
Jawatan : Master Student
Komen : Bagus, semua harus tahu tentang tuisyen.
Nama : Norathirah Binti Mohd Azmal
Tempat tinggal : Putrajaya
Jawatan : Fresh graduate
Komen : I think that is a very good Seminar. I have gain much knowledge out of this.I would surely apply what I’ve learn. It’s all worth it. Thank you SeminarTuisyen.Com. Thank you Master Yus!
Nama : Muhammad Zahir B Sorudin
Tempat tinggal : Kem
Jawatan : Pengurus Tuisyen
Komen : Bagus!
Nama : Sivanyaneswari a/p Arumugam
Tempat tinggal : Ulu Tiram, Johor Bahru
Jawatan : Guru
Komen : Sesuatu yang manfaat dan gambaran yang jelas telah diberikan.
Nama :Adibah Binti Aman
Tempat tinggal : Ulu Tiram, Johor Bahru
Jawatan : Guru
Komen : Memberi idea yang berguna untuk saya memulakan tuisyen di tempat sendiri.
Nama : Sharifah Fauziah Bt Syed Basri
Tempat tinggal : Bandar Baru Bangi
Jawatan : Guru
Komen : Perlu lebih banyak contoh dan teknik berkesan.
Nama : Muhamad Merican Bin Zainudin Merican
Tempat tinggal : Putrajaya
Jawatan : Student
Komen : Bagus!
Nama : Mohd Kamarul Ariffin Bin Abdul Razak
Tempat tinggal : Shah Alam, Selangor
Jawatan : Project Engineer
Komen : Ilmu yang berguna. Terima kasih Master Yus.
Nama : Fauziah Binti Hashim
Tempat tinggal : Kajang
Jawatan : Guru
Komen : Banyak input baru! Tq Master Yus.
Semoga apa yang telah dikongsikan akan dilaksanakan dengan jayanya. Saya merasa puas dapat berkongsi pengalaman dan input kepada yang hadir. Dan respon, pertanyaan, perbincangan daripada peserta sangat memberikan kesan dalam sesi tersebut.
Saya doakan semoga semuanya berjaya dengan apa yang telah diimpikan. Saya percaya, setiap daripada kita ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Dan pergunakanlah kelebihan tersebut untuk manfaat bersama.
Selamat maju jaya semua!
Penulis : MasterYus.com
– relation / Coins
After you accumulation the allowance that you deposited will become story or coins in the online
slot gambling. balance or coin is what you can highly developed use to
bet and usually balance or coin can be found in the degrade
left corner of the robot or online slot screen.
– Jackpot
The biggest prize you can get in the same way as you win a slot is
called the jackpot. Usually players can win the jackpot next
betting maximum on each round. instruction on the number of winning
jackpots can be seen in the paytable / payment table.
– Pay table
In every online gambling, you will find pages or sections
that describe what he can acquire in the slot game. in video slots usually upon the
screen, the payment table will do its stuff you how to trigger bonuses or how other betting features exploit behind scatter or wild symbols.
– highly developed Jackpot
Progressive jackpots single-handedly exist on a number of specific machines and are owned by one provider.
The provider will pay the dealer or agent where the game is creature marketed.
A well ahead jackpot will slowly mass subsequently won by the player.
That’s how many terms you have in slot games that you should know about, you can look in more detail
in the suggestion center in the online slot games that you play.
There is certainly a lot to find out about this issue.
I really like all the points you made.
List of Alternative Linksbo Links
Today is significantly developing, so that it is simpler for people to entry
computerized networks. Till now there are numerous on the internet gambling games that may be played by anyone online.
Therefore, wagering lovers no extended require to typically the casino to try out betting, this
is quite easy for them in order to play anytime and anywhere without restrictions.
Assalamua’alaikum Master Yus,
Saya seorang pengusaha pusat tuisyen sejak setahun yang lalu…tetapi saya menghadapi masalah mengekalkan pelajar dan juga tutor yang mengajar di pusat tuisyen saya. Ini menyebabkan saya gagal mendapat pulangan yang setimpal dan menjejaskan pembayaran kos bulanan saya. Saya ingin mendapatkan nasihat dan panduan bagaimana untuk mengatasi masalah ini…dan bagaimana saya boleh mendapatkan modal tanpa membuat pinjaman..
Waalaikumussalam Cikgu Nor.
Dalam bisnes, selain produk/servis yang bagus, kita perlu istiqomah untuk lakukan promosi dan pemasaran. Terlalu banyak cara untuk kekalkan momentum promosi dan pemasaran. Ya, dalam bisnes ada produk bagus tapi tiada promosi ianya tak mendatangkan hasil. Point disini, promosi dan pemasaran kita perlu kreatif, fresh dan bermanfaat kepada pelanggan.
Saya perhatikan, bisnes yang berjaya adalah bisnes yang tak lekang dengan promosi dan pemasaran yang berterusan. Ini bagi menyatakan bahawa bisnes kita steady dan masih lagi diterima masyarakat.
Untuk dapatkan modal pinjaman dan pusingan, hanya perlu nayatakan ‘track record’ dan operasi terkini bisnes. InsyaAllah dengan itu, boleh dibantu oleh pihak yang terbabit.
Selamat maju jaya! Besh!
Terima kasih,
Baiklah ,saya akan menunggu tarikh untuk GuruTuisyen.com seminar.
Sama-sama 🙂
Salam Master Yus,
Saya masih dalam perancangan dan kajian untuk membuka pusat tuisyen.Bilakan seminar ini akan di adakan lagi?
Terima Kasih.
W’slm. http://www.SeminarTuisyen.com akan diadakan pada 31 Oktober nanti. Ianya lebih tertumpu kepada Bagaimana Memulakan Kerjaya Sebagai Seorang Cikgu Tuisyen yang Profesional.
http://www.GuruTuisyen.com lebih memfokuskan kepada Memulakan Bisnes Pusat Tuisyen. Tarikhnya akan saya maklumkan di website dan di emel. Harap maklum.
Terima kasih dengan minat dan perancangan tersebut.
Selamat maju jaya!
Tahniah semua…maaf tak dapat hadir coz bercuti…InsyaALLAH, bagi sesiapa yang bekerja dan mahu membuat tuisyen tetapi masih buntu untuk mencari jalan…insyaALLAH, saya boleh bantu…
Tahniah juga kepada peserta yang hadir kerana bertanya bertubi-tubi soalan kepada saya. Seronok bila pengalaman kita dikongsi bersama mereka. Sebenarnya semua pengalaman saya melakukan tuisyen ada dibukukan di dalam sebuah ebook iaitu Ebook Rahsia Mahasiswa Tuisyen di http://www.siswatuisyen.com
Sekiranya sesiapa yang berminat anda boleh mendapatkannya di laman web tersebut. Insyaallah saya akan terus menjadi speaker jemputan untuk seminar tuisyen dot com ini. Terima kasih MY kerana menjemput. 🙂
Terima kasih juga sudi berkongsi pengalaman dan tip kepada peserta. Mereka kagum dan berkata “Wah, muda-muda dah nampak jalan kejayaan. Dan tak boleh tahan, baju batik biru tu, encem 🙂 ”
p/s: http://SiswaTuisyen.com saya dah pantau dan terbukti ianya memang berisi dengan maklumat ‘LIVE’ 100%, bagaimana kehidupan mahasiswa mampu untuk belajar dan mengajar tuisyen. Terbukti tanpa ada sebarang omongan kosong.
Tahniah kepada peserta seminartuisyen.com. Semoga dapat mengaplikasikan dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari
Terima kasih Cikgu Farhan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Cikgu Farhan telah aplikasikan apa yang telah dikongsikan dalam SeminarTuisyen.com. Hasilnya boleh lihat http://TuisyenMalaya.com
Suka saya kongsikan kata-kata hikmat ini ‘Usahawan Yang Cemerlang Tidak Akan Gemilang Dengan Hanya Membaca Buku Bagaimana Menjadi Usahawan Terbilang’. Kepada protege, pasti ingat dengan ungkapan azimat tersebut kan? 🙂