Tonton Bijak Wang di TV3 bersama Hos Nurin Mastura dan Azizi Ali

Share

Sejak adanya 2nd wife (new laptop) ni, semangat saya semakin meningkat untuk buat semula kerja-kerja internet yang telah lama bertangguh.

Banyak lagi projek-projek tertangguh yang tak menang tangan nak uruskan. Dengan kelas tuisyen lagi, yang makin pack, fuhh…cukup mencabar kehidupan ini.

Hari Khamis lepas (28hb Mei), saya dijemput untuk memberikan ceramah ‘Kepimpinan’ kepada pelajar-pelajar Sekolah ATAH (Akademi Tahfiz Al-Hidayah) di Kem Sri Raudhah, Gombak. Malam tu saya tidur di Sri Gombak, rumah makcik wife.

Sempatlah juga melayan Gol jaringan E’to & Messi yang mengecewakan MU pagi tu. Kepada peminat fanatik MU, redha lah dengan keputusan tersebut. Alhamdulillah ceramah saya bermula jam 9pagi dapat dikongsikan kepada pengawas-pengawas dengan jayanya.

Aktiviti Sabtu saya, seperti biasa hanya beristirehat di rumah sambil bersantai dengan kerja-kerja yang tak pernah henti.

8 malam tadi saya dan wife menghadiri jemputan perkahwinan kawan sekerja wife saya di Tropicana Golf Resort, Kelana Jaya. Sebelum saya nak kongsikan tenttang Wedding ceremony ini, saya nak share kepada anda tentang tajuk post kali ini.

Sedang kami bersiap nak ke majlis malam tadi, di TV3 ada rancangan ‘Bijak Wang‘ yang di hoskan oleh Nurin Mastura. Saya pun mengadap sebentar di depan kaca TV.

Program yang keudara setiap Sabtu jam 7malam ini membincangkan tentang pengurusan kewangan. Program yang berlangsung selama setengah jam ini yang telah bermula sejak 23 Mei lalu amat tepat masanya. Program bual bicara tentang kewangan ini telah menjemput En Azizi Ali sebagai panel perunding.

Azizi Ali bukanlah seorang yang perlu diperkenalkan lagi. Pemilihan beliau sebagai orang yang bercakap tentang ‘Pengurusan Kewangan‘ adalah sememangnya amat tepat. Penulis ‘Best Seller’ dan merupakan seorang Pakar dan Perunding Kewangan yang bertauliah.

Saya taknak melepaskan peluang yang terhidang didepan mata ini, kerana bila cakap tentang hal kewangan, ia merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi orang yang bercakap tentangnya adalah sememangnya mempunyai kredebiliti.

Azizi Ali juga merupakan idola saya, selepas saya membaca dan menghabiskan beberapa buah buku kewangan tulisan beliau. Saya pernah meletakkan impian untuk ada buku saya sendiri kerana pada waktu itu saya amat jeles lihat buku beliau yang amat laris dan banyak tajuk dipasaran.

Saya cuba praktikkan ilmu dalam buku beliau dan hasilnya memang terbukti. Saya berjaya menguruskan kewangan saya dengan amat bagus. Banyak yang telah saya berjaya lakukan dalam kehidupan harian dengan pengurusan kewangan yang baik.

Salah satu yang saya boleh saya kongsikan kepada pembaca semua adalah saya mempunyai satu ‘Buku Log’ yang mencatatkan segala urusan kewangan saya setiap hari. Saya akan mencatatkan segala wang yang masuk dan wang yang keluar. Saya pernah tuliskan tentang post ini di http://masteryus.com/panduan-tuisyen/pengurusan-kewangan/

Jadi daripada ‘Buku Log’ ini saya dapat tahu kemana dan berapa duit yang keluar setiap bulan. Dan yang paling bestnya, saya dapat tahu berapa pendapatan bersih saya :-)

Saya amat menyarankan anda pembaca semua menonton program bual bicara ini. Syabas saya ucapkan kepada TV3 kerana amat prihatin untuk menerbitkan program seumpama ini. Saya cadangkan perbanyakkanlah program-program seperti ini dengan tujuan mendidik masyarakat Malaysia tentang kewangan. Dan saya percaya, sedikit sebanyak akan membantu kita semua menyelesaikan masalah paling kritikal dalam kehidupan kita iaitu masalah kewangan.

Selepas sahaja tamat rancangan ‘Bijak Wang‘ ini, kami terus menuju Tropicana Golf Resort untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan sekerja wife saya. Memang grand dan meriah majlis tersebut. Dihadiri oleh VVIP, VIP yang berpangkat Dato’, Doktor, Ir dan ramai lagi. Kami ni hanya berstatus kawan sahaja di meja hidangan.

Anda nak tahu berapa hantaran perkahwinan mereka? RM20,000 wowo hoho @#$%… Wife saya yang bagitau daripada mulut pengantin perempuan. Ala-ala artis la plak..

Tentunya lepas majlis seperti ini, si ‘Pengantin Baru’ akan pening kepala nak cover semula perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Saya cakap sebab saya dah lalui detik-detik ini (walaupun saya kahwin sewaktu belum kerja lagi).

Namun apa-apa pun, kepada bakal pengantin diluar sana, rancanglah kewangan dengan sebaik mungkin. Pastikan anda ada simpanan yang kuat sebelum berkahwin, kerana banyak wang akan digunakan untuk majlis tersebut. Tiada cara lain, selain daripada anda perlu menyimpan wang yang banyak dalam tangki simpanan duit anda.

Bagaimana nak simpan duit yang banyak? Anda tanya saya? Nak simpan duit banyak, kenalah ada income banyak. Nak income banyak, salah satu caranya dengan lakukan TUISYEN. Tuisyen boleh menjanjikan pulangan wang yang besar setiap bulan. Percayalah…..

Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.