Bagaimana hendak wujudkan ‘Self Confident’ yang tinggi?

Share

Hampir seminggu juga saya tak kemaskini blog ini. Ye la, sekarang ini saya rasa masa makin kurang je. Buat sesuatu kerja sikit, dah nak malam. Bila malam, lain pula aktiviti menjadi keutamaan iaitu TV. Memang dahsyat betul tarikan TV. Jika boleh nak juga rasa 48 jam dalam sehari. Namun inilah yang dikatakan ‘Fitrah‘ iaitu ketetapan. Namun saya masih perlu bersyukur kerana dalam kesibukan sekarang, sempat jugalah meluangkan masa dengan keluarga (anak-anak dan isteri).

Semalam sewaktu saya membawa keluarga bersantai di ‘Mines’ Serdang, ada seorang yang call saya bertanyakan tentang masalah yang berlaku kepada beliau untuk memulakan tuisyen. Jika anda terlepas post saya yang lepas berkenaan memulakan tuisyen, sila baca disini : http://masteryus.com/motivasi/bagaimana-nak-mulakan-tuisyen-bahagian-1/

“Saya masih lagi tak berapa konfiden untuk start tuisyen. Saya takut ajar student nanti dia fail, habis saya kena marah dengan parent. Nak ke mereka terima saya yang tak berapa bagus result masa periksa kat sekolah dulu?”. Ini antara soalan killer (walaupun tak killer sangat pun) yang ditanya oleh orang yang call saya tu (Azmah namanya).

Saya dapat 2 poin utama disini. Pertama berkenaan ‘Confident’ dan kedua berkenaan Penerimaan Pelajar/Parents.

Wahai pembaca yang setia. Saya nak tegaskan dan jelaskan disini, ‘Self Confident‘ memang amat penting dan perlu ada dalam diri setiap orang. Saya faham ia agak susah nak pupuk dan bukan boleh datang dengan sendirinya. Kita akan cepat gelabah dan hilang kawalan diri.

Cuba anda cabar diri anda! “Orang lain boleh buat kenapa aku tidak?”. “Selagi aku tak cuba, mana aku nak tau aku berjaya atau gagal?”. Ini 2 ungkapan azimat saya dalam setiap apa yang saya lakukan. Saya tahu, yang saya bukannya mahir dalam semua bidang, tetapi sifat ‘Ingin Tahu’ dan ‘Ingin Cuba’ yang ada dalam diri saya amat tinggi. Dan saya juga tahu, setiap perkara baru yang saya bakal lakukan belum tentu berjaya. Apa yang penting ‘Do It’, baru kita boleh nilai kemampuan sebenar kita.

Sewaktu saya ditemubual oleh pihak Astro Awani minggu lepas, Self Confident saya juga merosot kerna tetiba gabra bila berdepan camera. Oh..tarik nafas panjang-panjang…lepaasss..inilah yang saya lakukan di atas stage depan camera :-)

Point kedua, jika anda telah konfiden dengan diri maka pelajar/parents juga akan konfiden dengan cikgunya. Anda jangan terlalu merendah diri yang boleh memakan konfiden diri sendiri. Penerimaan adalah bergantung kepada diri anda. Jika anda lakukan yang terbaik, maka pasti mereka akan terus menerima anda. Anda tak boleh terus letakkan natijah (keputusan) pelajar selagi anda belum mengajar mereka. Mana tahu, anda mengajar dan mereka terus dapat A? Betul tak? Jangan cepat melatah ya!

Sebelum saya buat kesimpulan, saya nak kongsikan satu kandungan YM (Yahoo Messenger) saya dengan seorang protege SeminarTuisyen.Com. Sambil saya menulis blog ini, sambil berchatiing dengan beliau (Cikgu Rohani) :-)

**********************************************************

anie kambing: salam MY…cikgu ani ni,,,cikgu..petang ni pukul 6 saya first time ajar tuisyen pelajar cina untuk subjek sejarah spm..mak dia call untuk bantu anak dia dalam trial exam ni…saya agak takut nak berhadapan dengan student pandai.sebab dia stdent aminudin baki..semua subjek A kecuali sejarah.markah selalu dapat dalam 70 -75..

Master Yus: w’slm ani..

Master Yus: tahniah dengan job tu

Master Yus: jangan takut

Master Yus: ini adalah peluang terbaik ani

Master Yus: ajar budak pandai

anie kambing: macam mana MY untuk saya bina keyakinan diri dan cara saya nak berhadapan dan masuk rumah parents cina ni…dia bayar saya tinggi…rm50 sejam..dan dia tak kisah saya nak ajar berapa jam pun.duit pada dia takde maslaah

anie kambing: mulanya dia nak hari2..saya tak boleh.so ani kata 3 hari je boleh…

Master Yus: tuk peringkat ini, duit bukan ukuran

Master Yus: ini peluang ani utk bantu dia

Master Yus: jangan letak takut dihadapan

Master Yus: cuba yg terbaik adalah yang paling bagus

Master Yus: coz besar impak jika pelajar tersebut ada peningkatan

Master Yus: saya penah ajar budak best student dulu

Master Yus: memang 1st rasa xkonfiden n rasa rendah diri

Master Yus: tp bila ajar mmg die ada maslah dgn subjek tersebut

Master Yus: so bila dia naik, fuh..mmg best dia jaja nama saya

Master Yus: sdgkn dia naik sikit jer

Master Yus: coz die mmg bagus

Master Yus: cuma nak kena brain wash sikit lg jer

Master Yus: so ni peluang

Master Yus: tunjukkan kekuatan ani

Master Yus: sorok semua kelemahan

Master Yus: buat2 terer je

Master Yus: bukan dorg kenal n tau kita ni sape pn

anie kambing: thanks MY…nilah first time nak berhadapan dengan parents cina.bercakap dengan mak dia dlam hp memang nampak baik dan nice je orangnya.maknya seoarang doktor.

anie kambing: ada ke tips2 lagi MY untuk menambat hati parents  ini?

Master Yus: nnt bg la buku ex free

Master Yus: mest mak die suka

Master Yus: hehe

Master Yus: kalu belajar sejarah ni bawa penceritaan

Master Yus: dan jadikan karektor dalam sejarah tu pelakonnya adalah family student tu

Master Yus: senang die akan ingat

Master Yus: jika nak hafal nama-nama dalam buku mmg penin

Master Yus: tarikh pun kiatkan dgn dorg

anie kambing: thanks MY…

anie kambing: saya cuba yang terbaik

Master Yus: semoga berjaya

Master Yus: saya yakin ani pasti boleh lakukan

Master Yus: think +ve jer

Master Yus: salah betul perkara kedua

anie kambing: thanks My…hari tu parents student saya jumpa.dia kata anak dia dapat A dalam exam hari tu bagi subjek Bm…sebelum ni 55 je markah.aritu dia dapat rm75

Master Yus: wow..tahniah ani

Master Yus: kan saya dah kata ani pasti boleh lakukan

Master Yus: student ni perlukan seseorang sebagai pencetus untuk die lebih bagus dalam belajar

Master Yus: sebenarnya mereka mmg boleh lakukan

Master Yus: ttp kdg2 saje je nak beri peluang kita bantu mereka

anie kambing: BM bolehlah MY..sejarah pun saya merangkak-rangkak jugak.cume sebelum ni sejarah saya banyak guna peta minda untuk student saya.peta mindaa saya guna yang lawak2 je..cth ikan kering di  makan kucing…cuma berhadapan dengan budak pandai..takut dia lagi pandai dan dia betulkan plak kita ajar kalau ada fakta salah.saya berserah je hari ni MY.

Master Yus: xjuga ani

Master Yus: dulu sy berfikiran begitu gak

Master Yus: takut student ajar kita

Master Yus: sebenarnya tak ada dalam kamus

Master Yus: wpn dia bagus camne pn, saya belum pernah lagi student ajar cikgu

Master Yus: dorg lg byk ilmu yg diperlukan

anie kambing: Thanks MY…saya dah mula brani sikit dan bersemangat nak berhadapan dengan mereka hari nie

Master Yus: bagus..inilah yang terbaik sebenarnya

anie kambing: yes…MALAYSIA BOLEH…risaulah My nak bulan puasa nie,.ada ke job tuisyen lagi

Master Yus: ada

Master Yus: belum rasa lg kan?

Master Yus: hah tunggu je la nanti

anie kambing: ok..thanks MY

Master Yus: welcome
***************************************************************

Kesimpulan post kali ini:

  1. Selagi kita tak cuba, maka kita tak boleh nilai kemampuan kita sama ada berjaya atau gagal. Sekiranya berjaya, maka anda telah melangkah ke satu tapak yang lebih positif. Dan sekiranya kurang berjaya (tiada istilah gagal dipertengahan perjalanan), maka terus lakukan tindakan yang sewajarnya. Cuba analisis punca masalah tersebut. Mungkin kurang persediaan, dan mungkin juga disebabkan tiada strategi yang berkesan.
  2. Cepat-cepat cari seorang kawan yang pernah lakukan perkara yang hendak anda lakukan. Contohnya, jika anda hendak mulakan tuisyen, dapatkan seorang kawan yang juga pernah lakukan tuisyen. Minta pendapat dan pandangan mereka.
  3. Dapatkan seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Pastikan Mentor tersebut boleh membantu anda sekiranya anda ada masalah. Jika dah ada Mentor, rapatkan diri dengan beliau dan jaga tatatertib anda dengan Mentor (resam berguru, anak murid jumpa guru bukan guru jumpa murid).
  4. Cabar diri anda untuk berjaya lakukan sesuatu perkara. Berjaya dan Gagal adalah perkara kedua. Jangan cepat melatah dan letakkan diri positif macam orang lain yang telah berjaya. Katakan pada diri “Aku baru bermula, orang tu dah lama. Tak lama lagi aku akan berjaya seperti mereka”. InsyaAllah anda adalah satu lorong dengan mereka.
  5. Selalu mantapkan diri dengan ilmu. Belajar daripada kesilapan. Kreatif dan ada strategi dalam tindakan. Saya percaya ini adalah senjata yang membolehkan anda lakukan serangan bertubi-tubi dengan musuh (macam filem perang pula :-)).

Selamat maju jaya! Sila tinggalkan komen anda sebagai respon terhadap post kali ini. :-)

Share

Related Posts

About The Author

5 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.