Tips dan panduan melancong ke luar negara. Bahagian 1

Share

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada pembaca tentang tajuk diatas. Mungkin diluar tajuk pendidikan ataupun tuisyen, tetapi ye la kadang-kadang info seperti ini juga amat berguna kepada pembaca blog saya ini.:-)

Syyyhhh…wahai kawan, jangan beritahu orang lain ya. Semalam saya dah tempah tiket+hotel ke Bangkok pula! 10 Ogos ini Flight jam 10 pagi. Sehari selepas SeminarTuisyen.Com berlangsung. Tak percaya?

*******************************************************************
Dear Mr. Yusnizam Mohamad Yusoff,

We are pleased to RECONFIRM your booking at the above Reservation Number.
Your Reservation details are as follow:-

Booking Date                    : 28/07/2009 12:44:40
Hotel Booking Number : HA4996988

Departing                        : Kuala Lumpur – Kuala Lumpur LCCT [KUL]
Arriving                        : Bangkok – Suvarnambhumi Airport [BKK]
Depart Date                      : 10/08/2009 10:40
Arrive Date                      : 10/08/2009 11:40
Departing Flight No              : FD3572
Arriving Flight No              : AK743# of Rooms                      : 2
# of Guests                      : 6
Rooms                            : Room 1: 2 AD +1 CH +1 INF Room 2: 2 AD
Go Holiday Itinerary
——————–
Departure                        : 10/08/2009  10:40 Kuala Lumpur – Kuala Lumpur LCCT [KUL]

Return                          : 14/08/2009  15:15 Bangkok – Suvarnambhumi Airport [BKK]

Hotel Information
=================
Hotel                            : Shanghai Mansion
Room Type                        : Superior – Pick of the month / Superior – Pick of the month
Board Type                      : Room with Breakfast
Check-In Date                    : 10/08/2009
Check-Out Date                  : 14/08/2009
********************************************************************

Ini dia emel yang saya tempah semalam. 5 hari kami akan berada di sana. Wahh..bestnya.

Oklah kita sambung dengan tips dan panduan melancong. Saya juga masih mengumpul bahan dan panduan terbaik persediaan sebelum pergi ke luar negara.

Manakan tidaknya, apa barang yang wajib dibawa, berapa duit yang wajar kita letak dalam kocek, baju apa yang sesuai, bagaimana nak tahu sesuatu tempat itu best atau tidak, apa tujuan kita ke sana, nak makan apa, nak tukar duit dimana dan banyak lagi sebenarnya. (wahh..boleh keluarkan satu ebook tentang topik ini sebenarnya :-)). InsyaAllah dalam perancangan.

Saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah sampai ke Pulau Bali ( 2 – 5 Julai 2008 ), Jakarta + Bandung ( 6 – 9 Ogos 2008 ), Pulau Phuket ( 12 – 16 Ogos 2008 ), Medan + Danau Toba ( 24 – 27 Februari 2009 ) dan terbaru di Solo + Jogjakarta ( 7 – 10 Julai 2009 ). InsyaAllah dalam perancangan ke beberapa negara lagi dan Beijing ( November ini, tiket dah booking ).

Antara koleksi gambar kenangan saya merantau ke negara orang. Nak lebih lanjut boleh lihat disini: http://www.seminartuisyen.com/holiday.html

Perkara yang amat penting adalah perancangan awal. Jangan buat keputusan terburu-buru. Negara/tempat mana yang anda hendak pergi, apa tujuan pergi, berapa budget anda, dan berapa lama disana. Ini yang amat penting. Kenapa saya kata perancangan awal penting? Kerana tanpa perancangan, duit anda confirm akan keluar dengan banyaknya..huwaaa..

Jadi pilih tempat yang anda hendak pergi. Jika sekadar untuk berehat menenangkan minda, pantailah amat sesuai destinasinya. Jika anda hanya hendak melihat keunikan negara orang, maka tempat bersejarah adalah paling sesuai. Jika tujuan ‘Honeymoon’, hmm mana-mana pun sesuai. Dan jika hendak bershopping, Jakarta + Bandung dan Bangkok (walaupun saya belum sampai) adalah pilihan utama. Selain daripada tempat ini, jika anda hendak membeli belah, pastikan jangan lari budget.

Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa Matta Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke Matta Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan.

Jika tak sempat ke Matta Fair, anda boleh juga beli tiket sendiri menerusi promosi-promosi semasa yang dilakukan oleh Air Asia, MAS, Fire Fly dan lain-lain. Biasanya Air Asia lah yang banyak promosi mereka. Boleh juga anda tempah tiket dahulu dan kemudian baru gunakan Ejensi Pelancongan untuk yang lain-lain.

Jika anda hendak pilih Ejensi Pelancongan, jangan melihat pakej yang murah sahaja. Sebab kadang-kadang pakej murah tersebut, anda bakal menginap di hotel yang @#$%*, makanan yang tak best, tempat yang dibawa tak sesuai dan macam-macam lagi. Cuba tanya recommendation kawan anda yang pernah gunakan mana-mana khidmat Travel Agensi yang menarik pakejnya dan bagus servisnya. Maka anda pilihlah yang ada klas servisnya.

Ada juga orang tanya saya “Better pergi melancong guna ejen atau pergi sendiri?”. Sebenarnya ini bergantung juga. Jika kita pertama kali hendak ke tempat tersebut, maka yang terbaik adalah gunakan ejensi. Kerana mereka akan membawa kita ke tempat-tempat yang menarik dan popular. Jika ada antara kawan-kawan/sedara mara kita yang pernah/baru pergi ke tempat tersebut, anda boleh tanya mereka dan seterusnya boleh pergi sendiri. Cuma anda perlu buat sedikit homework diinternet sebagai bantuan rujukan.

Jika menggunakan khidmat Ejensi Pelancongan, anda perlu pastikan sama ada hendak pergi dengan pakej mereka atau pergi kelompok anda sendiri. Contohnya, anda nak pergi dengan family anda sahaja dan taknak joint group berkelompok. Better tanya dengan mereka. Mungkin harga juga berbeza. Jika anda hendakkan privasi, eloklah hanya keluarga anda sahaja. Jika melancong by group ini ada baik dan tak bestnya. Yang best sebab meriah dan yang pasti tak seronoknya setiap orang lain ‘peel’nya. Ada yang ala-ala orang kaya, ada yang cengeh, ada yang lambat, senang cerita banyak ragam jika melancong dengan group.

Jika anda tanya saya, lebih baik pergi dengan family atau kelompok sendiri (orang yang kita kenal).

Saya rasa cukup dulu untuk kali ini. Saya akan sambung tips dan panduan di post yang seterusnya. Ada pandangan?

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

6 Comments

Add Comment