4h 3m meronda-ronda di Solo/Jogjakarta, Indonesia

Share

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya dan keluarga serta rombongan ke Jogja selamat tiba di Malaysia lebih kurang jam 12 tengahari Jumaat lalu. Sampai sahaja di rumah, saya terus buka laptop untuk melihat inbox yang pastinya berlambak. Walaupun saya bawa laptop kecik kesana, namun memang tak sempat nak meng’online’ disebabkan jadual yang padat. Pagi-pagi buta dah keluar hotel, balik malam dan terus flet.

Ada antara kandungan emel yang bertanya khabar dan cerita saya sepanjang di Indon. Dan baru hari ini sempat nak update di blog ini disebabkan letih yang masih belum hilang. Sungguh penat pergi melancong nih. Dengan anak-anak lagi, dengan isteri lagi..fuhh..badan lenguh-lenguh tak boleh nak kata.

Ok, saya nak kongsi pengalaman manis saya selama 4 hari di perantauan. Kami mula bertolak daripada LCCT jam 6.55 pagi. Sampai di Airport Solo jam 9.15 waktu Malaysia. Dan jam di Solo lewat sejam daripada kita. Maka kami sampai sana jam 8.15pagi. Sampai-sampai je kami disambut oleh Pak Ady, Tourist Guide yang bakal melayan kerenah kami sepanjang disana.

Ada lebih kurang 20 orang rombongan kami, tempat pertama yang dibawa adalah Rumah Makan untuk bersarapan pagi. Masakan padang. Majoriti yang ada dalam bas adalah si makcik-makcik yang telah pencen. hoho..si jejaka hanya saya seorang sahaja. Yang lain semuanya pakcik veteran yang dah pencen.

Lokasi pertama adalah kami dibawa ke tempat Batik Eksklusif. hmm mahal juga batik asli Indon. Bila tukar ke duit Malaysia, lebih kurang ratusan juga harganya. Kemudian singgah di tempat pembuatan aksesori daripada Perak. Dan kami terus dibawa ke Jogjakarta yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami ditontonkan dengan keunikan rumah-rumah di Indon. Kenderaan disana memang laju-laju sungguhpun jalan raya mereka sempit-sempit. Yang pelik, kemalangan sangat minima. Maknanya mereka memang pro bawa kenderaan. Yang tak tahan helmet diorang yang memang stylo.

Kemudian kami dibawa makan siang. Masakan Jawa. Memang lazat dan kenyang. Lepas tu singgah dibeberapa tempat yang tak kurang best dan uniknya. Petang kami dibawa makan sore. Sampai hotel, terus landing.

Hari ke-2, kami dah keluar seawal 7 pagi waktu sana. Jam 6 pagi disana dah terang benderang. Subuh jam 5 pagi. Mencabar juga bila masa berbeza nih. Sarapan di Grand Quality Hotel, tempat kami menginap bertaraf 4 star. Lokasi pertama adalah ke Candi Borobodur. Kat sini ambil masa yang memang lama, kerana terpaksa mendaki Candi bersejarah ini. Sungguh besar dan amat unik. Seram pun ada juga kerana almaklumlah candi yang bertahun-tahun lamanya tapi masih dijaga dengan baik. Dengan kesejukan dan pemandangan sekeliling yang memang indah, kami tak lepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenangan.

Sepanjang perjalanan, jalan lengang tak seperti biasa kerana hari tersebut rakyat Indon Public Holiday sempena pilihanraya presiden yang dimenangi oleh Pak Bambang Susilo. Cuti-cuti, kedai-kedai dibuka seperti biasa.

Seterusnya kami dibawa lagi melihat beberapa candi-candi kecil yang memang unik. Mereka disana memang terkenal dengan peninggalan candi-candi bersejarah. Walaupun agak boring tapi join je lah. Candi pun candi laaa..Kemudian singgah di tempat shopping di Malioboro, Jogjakarta. hmm…ala-ala Jalan Masjid India KL kita ni haa..Apa-apa pun bagi si kaki shopping, memang sesuai.

Balik hotel seperti biasa, landing time..Letih badan mendukung si kecik yang dah masuk 9 kilo. Sakit-sakit badan daki Candi Borobodur. Tapi memang puas.

Hari ke-3, kami dibawa ke Universitas Gajah Mada. Institusi yang paling dibanggakan oleh rakyat Indon. Universiti yang tertua dan antara 3 uni terbaik di Indon. Suami kawan saya ambil medic disini. Walapun kami tidak dibenarkan masuk disebabkan ada event rasmi, kami hanya melawat dikawasan luar pagar sahaja. Bangunannya memang unik dan bilangan pelajarnya mencecah 80 ribu orang.

Seterusnya kami dibawa ke Solo. Dan tempat yang dinanti-nantikan adalah melawat Gunung Berapi Merapi. Perghh..menakutkan, mengagumkan, menakjubkan. Sangat hebat ciptaan tuhan. Nampak asap keluar dari puncak gunung. Bila guna teropong, masyaAllah hebat sungguh anugerah tuhan. Tak boleh nak digambarkan bila dapat lihat sendiri gunung berapi yang amat orang takut ni. Tetapi sebenarnya banyak anugerah daripada gunung berapi ini. Antaranya tanaman subur, tarikan pelancong dan banyak lagi. Gunung ini last meletus pada tahun 2007 lalu.

Dalam perjalanan singgah dibeberapa tempat seperti tempat kraftangan daripada buluh, tempat buah Salak (manis-manis betul), tempat kerepek dan banyak lagi lah. Last destination adalah tempat shopping di PGS Klewer. Bangunan 3 tingkat yang penuh dengan baju-baju batik. Ala-ala Pasar Payang, Terengganu. Yang bestnya, harga boleh la dikatakan murah-murah jika nak dibanding di Malaysia. Kemudian check in hotel Lor-In di Solo. Hotel yang dikatakan bertaraf 5 star. Tapi cam biasa je, ala-ala 4 star. Ntahlaaa..

Malam kami berjalan-jalan di sepanjang Solo Mall. Orang Solo tak macam di Jogja, jam 9 masing-masing dah nak sunyi.

Esoknya pagi-pagi dah check out daripada hotel kerana flight kami jam 8.55 pagi waktu sana. Maka berakhirlah kami di Indonesia selama 4 hari. Puas, best, seronok, penat, letih dan duit habis melayang huwaa….

Disini gambar yang boleh saya kongsikan kepada pembaca setia blog ini. InsyaAllah destinasi berikutnya…jeng-jeng-jeng…nantikannya..:-)

Share

Related Posts

About The Author

12 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.