Hari bertemu pengunjung Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Share

Pada Sabtu, 18 April 2009 saya berkesempatan untuk bertemu dengan pengunjung dan beberapa orang subscriber SeminarTuisyen.Com. Saya maklumkan kepada mereka sehari sebelum itu. Saya datang ditemani isteri tersayang. Anak-anak saya tinggalkan dengan nenek mereka di Hulu Langat.

Jadual saya bermula jam 2 petang, namun disebabkan jammed yang teruk dan kesukaran mendapat parking, saya terlewat tiba. Dalam 2.20pm saya baru sampai. Bro Shazwan, staff True Wealth Sdn Bhd dah call saya memberitahu dah ada beberapa orang yang dah ada di Booth dan nak berjumpa dengan saya.

Saya sampai di Booth, beberapa orang (tak tahula peminat ke atau subscriber :-)), telah standby. Antaranya yang saya ingat adalah Saudari Atikah, Cikgu Khadijah, Saudara Ghafar, Saudari Aini & Aina dan beberapa orang lagi yang saya tak berapa ingat nama mereka.

Saya berikan Free Gift berserta Kupon Diskaun untuk ke SeminarTuisyen.Com. Dan saya hadiahkan Signature saya kepada setiap pengunjung yang membeli Buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘.

Banyak juga soalan yang diajukan daripada mereka tentang tuisyen. Saya sempat juga lah kongsikan beberapa rahsia dan tip berguna. Sebenarnya saya sangat seronok dan teruja bila nampak buku saya dibeli satu demi satu oleh pengunjung. Buku itu adalah ole-ole saya kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat hendak mulakan karier tuisyen walaupun secara sambilan.

Kawan, seorang protege hebat saya juga sempat datang iaitu Cikgu Hazar in the house. Siap bawa ibu dan adik-adik beliau. Malangnya isteri beliau ditinggalkan di Penang 🙂

Saya sempat juga bersembang dengan Bos True Wealth iaitu Mentor Jutawan En Azizi Ali. Beliau memang seorang yang educated dan penuh dengan ilmu di jiwa. Banyak nasihat dan pandangan yang beliau curahkan kepada saya yang kerdil ini. Saya amat beruntung kerana diberi peluang untuk berkenalan dengan beliau. Rasa kecil je diri ini bersembang dengan jutawan.

Jadual saya petang tu sepatutnya bersama dengan Bro Irwan Dahnil, penulis buku SMS yang sememangnya otai dalam dunia internet. Namun beliau terlewat disebabkan kes yang sama iaitu jammed. Sempat juga bersua muka dan bersembang tukar pendapat dengan beliau.

Lebih kurang jam 6 petang, saya dan isteri beredar dari PWTC dan kami menuju ke Mid Valey. Apa kami buat? Hehe bila dah berdua tanpa anak-anak ni lah peluang berdating. Saya sempat bawa wife tengok wayang cerita The 13th Friday. Memang horror @#$%^ dan sangat takut dengan cara pembunuhan. Fuh, jika anda seorang yang berpenyakit Penakut, Fobia dll, saya nasihatkan pergilah tengok bagi melawan penyakit tersebut :-). Dari babak awal hingga akhir penuh dengan gempak dan suspensi.

Kami pulang ke rumah Langat jemput anak-anak lebih kurang jam 11 malam dan si kakak masih belum tidur menanti Ummy & Abby dia balik.

Ini antara gambar yang sempat saya ambil di PWTC.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment