Main income + side income + pasif income + residual income.

Share

Hari ini saya terjaga daripada tidur jam 4 pagi tadi. Dan terus idea saya keluar untuk berkongsi satu post yang saya rasakan penting untuk membuka minda pembaca setia blog ini. Setiap idea yang keluar, saya tak akan tangguhkan untuk dicatatkan (ini juga salah satu tips saya untuk menulis dan menghasilkan buku).

Nampak macam hype dan scam je post pada kali ini. Sepanjang pengalaman saya memerhatikan senario yang sedang berlaku sekarang, sudah tiba masanya untuk saya menyuarakan pendapat peribadi saya.

Seperti yang telah ramai maklum, Master Yus adalah seorang Cikgu Tuisyen sepenuh masa. Ini bermakna, kerja utama saya adalah sebagai Cikgu Tuisyen. Dan daripada kerjaya inilah saya menyara diri dan keluarga. Sebab utama saya memilih kerjaya ini adalah kerana minat saya yang mendalam untuk berkongsi ilmu khususnya kepada pelajar-pelajar. Dan daripada kerjaya ini, saya memperoleh pendapatan yang telah saya tetapkan. Ini bermakna ‘main income‘ saya datang daripada sumber ‘main job‘ saya. Ok habis cerita pertama.

Daripada sumber ‘main income‘, saya laburkan 10% daripadanya untuk saya jalankan perniagaan konsultan pendidikan dan internet. Juga seminar yang saya jalankan untuk berkongsi rahsia, pengalaman dan panduan untuk memulakan tuisyen iaitu seperti yang anda sedia maklum menerusi SeminarTuisyen.Com. Mungkin saya tak perlu dedahkan semuanya disini, ini kerana ini adalah ‘side/part time job‘ yang saya jalankan. Daripadanya saya memperoleh ‘side income‘ sebagai sumber tambah nilai kepada pendapatan tuisyen saya. Habis cerita kedua.

Daripada penghasilan buku saya yang bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ merupakan satu sumber pasif income saya. Istilah pasif income mungkin boleh disamakan dengan residual income (pendapatan berulang dan berganda). Saya akan terima royalti daripada pihak penerbit buku (publisher) iaitu pihak True Wealth Sdn Bhd diatas setiap penjualan buku yang terhasil. Habis cerita yang terakhir.

Baiklah, saya nak buat sedikit ulasan daripada semua cerita diatas. Bagi diri saya telah mengkategorikan tiga sumber pendapatan yang wajar untuk saya peroleh. Namun daripadanya, saya perlu fokus, fokus dan fokus. Apa yang saya nampak, ramai orang diluar sana nak kejar bermacam-macam kerja dan income. Namun mereka terlepas pandang untuk fokus dengan apa yang mereka lakukan.

Saya bagi contoh, ada peserta yang datang ke seminar saya dari pelbagai bidang. Ada jurutera, ada internet marketer, ada akauntan, ada juga cikgu sekolah, cikgu tuisyen sambilan dan bermacam-macam lagi. Mereka datang ke seminar saya mempunyai dua hasrat iaitu sekadar ingin tahu tentang industri tuisyen ataupun dah tahu dan ingin mencari mentor mereka.

Contoh pertama, datang seminar sekadar ingin tahu (mungkin juga nak cuba bidang baru). Bagi saya sangat beruntung untuk kita mencuba sesuatu bidang yang baru, dimana bidang tersebut telah terbukti kejayaannya. Namun percubaan tersebut pasti akan gagal sekiranya dilakukan tanpa fokus dan panduan yang betul. Bagi mereka yang dah tahu pula, inilah peluang yang tak perlu dilepaskan. Setelah anda percaya dengan kredebiliti mentor anda, ikut segala petuanya, pasti kejayaan menanti anda.

Dan daripada contoh ini, saya nak kaitkan dengan tajuk post diatas. Jika kita fokus dan jelas dengan apa kerja yang kita akan lakukan, maka kita akan dapat capai semua kelas income tersebut. Tiada mustahilnya untuk kita kecapi semua sumber pendapatan diatas, kerana telah terbukti ramai yang telah berjaya dengannya. Saya harap perkongsian pada kali ini akan memberikan penjelasan dengan apa yang sedang anda lakukan sekarang.

“Ada orang berjaya lakukan banyak benda/perkara dalam satu masa, ada orang berjaya dengan hanya satu kerja yang dilakukan dan ada orang tak mencapai apa-apa dengan apa yang dilakukan. Sila ukur baju dibadan sendiri. Perlu fokus dan jelas dengan apa yang sedang kita lakukan. Kejayaan pasti berada dihadapan mata anda.”

p/s: Salah satu residual income yang baru sahaja saya temui adalah Perniagaan Online Affiliate GDI (Global Domain International). Saya dibimbing oleh Internet Marketer yang terkenal di Malaysia iaitu Saudara Zamri Nanyan. Beliau juga seorang penulis di True Wealth Sdn Bhd. Jika anda berhasrat untuk menerima bimbingan saya pula dalam mendapatkan sumber pasif income ini, sertai ‘Smart Team‘ kami. InsyaAllah kejayaan bersama adalah matlamat saya.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment