Temubual Majalah Prospek Hartanah Malaysia bersama Master Yus

Share

Pada April 2015, dua orang editor dari majalah Prospek Hartanah Malaysia telah menemubual aku untuk dimuatkan dalam sisipan ‘Ikon’ edisi April 2015.

Lokasi temubual di coffee planet Seksyen 13 Shah Alam berlatar belakang bangunan dan sedikit landskap yang menghijau dikawasan luar.

Aku masih mengekalkan konsep simple dan sempoi. Hanya berbaju tshirt, seluar slack dan berselipar jepun.

Aku hanya berkongsi 100% dari pengalaman sebagai seorang yang pernah menjalankan tuisyen dan ejen hartanah suatu ketika yang dahulu.

Sungguhpun dah lama aku pencen dari kerjaya tersebut, namun aku tetap seronok berkongsi kepada rakyat Malaysia tentang industri yang terbukti memberikan pendapatan yang lumayan.

Dengan kedua-dua kerjaya tersebutlah yang membawa aku sampai kepada tahap hari ini.

Dan sebagai orang yang tidak pernah berkerja makan gaji sejak tamat belajar, aku amat rekemen seluruh rakyat Malaysia untuk ceburi bidang tuisyen dan hartanah.

Dengan hanya bermodalkan air liur, industri ini dapat memberikan pendapatan yang amat lumayan setiap bulan.

Anda tentukan berapa anda nak dapat. RM5,000? RM10,000? RM15,000? RM20,000? Ini semua tak mustahil.

Oleh itu aku belanja gambar kandungan temubual bersama Majalah Prospek Hartanah Malaysia edisi April 2015.

– Master Yus –
www.MasterYus.com

image

image

image

image

image

image

image

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.