Good & Big Projek-Fasa 1

Share

Sejak saya menghantar emel kepada rangkaian mailing list saya, tak henti-henti kotak inbox saya dipenuhi dengan pertanyaan dan permohonan untuk joint projek yang saya buka ini. Tak kurang hebat juga ada yang terus call dan sms saya.

Yang call saya lebih info yang mereka dapat kerana saya terangkan secara jelas tanpa ada penyelewengan. Rasanya ramai yang tak sabar-sabar nak tahu lebih lanjut tentang projek ini. Ya, saya perlukan seramai mungkin orang yang boleh bersama-sama sertai Good & Big Projek ini. Anda dah bersedia nak tahu? Jangan terus juling mata dengan duit ya, pulangan pasti ada.

Saya akan bayar usaha dan komitmen anda tu. Bila nak mula ni Master Yus? Direct to d point je la. Fuh, memang dah tak sabar nampaknya anda!

Ok, anda baca dan fahamkan betul-betul ya. Pastinya anda rasa teruja nak join saya.

Untuk fasa pertama projek ini, saya perlukan anda yang tahu dan mahir silibus Sejarah, Geografi, BM dan BI untuk level PMR. Keutamaan diberikan kepada anda yang bergelar Guru aka Cikgu. Tak kira cikgu sekolah, cikgu tuisyen, cikgu private, bekas cikgu, cikgu bakal bersara, bakal cikgu dan apa sahaja lah yang melayakkan anda bergelar cikgu.

Anda yang lain bagaimana? Jangan terus mengalah, anda juga saya perlukan dengan syarat anda tahu silibus terkini PMR dan SPM. Ini bagi memudahkan kerja dan perjalanan anda dalam projek ini.

Untuk level SPM pula, subjek Physic, Chemistry, Biology, Science dan Math. Ok anda dah decide subjek yang anda nak?

Saya ada puluhan ribu koleksi soalan PMR dan SPM, subjek seperti yang saya nyatakan diatas. 4 subjek untuk PMR dan 5 subjek untuk SPM. Subjek lain anda jangan tanya ada ke tak. Untuk Fasa 1 ini subjek yang saya nyatakan diatas sahaja iaitu Sejarah, Geografi, BM dan BI untuk PMR. Physic, Chem, Bio, Math & Science untuk SPM. Jadi anda pilih antara subjek-subjek ini sahaja ya!

Apa yang perlu anda buat? Untuk fasa 1 ini, saya perlukan anda mengasingkan soalan-soalan berikut mengikut sub topic setiap tingkatan. Dimana koleksi ribuan soalan tersebut dalam susunan yang berterabur dan bercampur. Jadi anda hanya perlu mengasingkan mengikut sub topic setiap tingkatan.

Sebagai contoh, dalam set soalan BM PMR, ada topic tingkatan 1,2,3. Jadi anda perlu asingkan topik-topik tersebut dalam 1 fail lain. Kata Nama, Kata kerja, kata adjektif dan sebagainya. Anda faham tak? Maknanya asingkan topik tersebut mengikut tingkatan.

Hanya cut & paste sahaja daripada koleksi ribuan soalan yang saya ada. Hasilnya nanti, adalah sub topik subjek mengikut tingkatan. Dan pengasingan adalah dalam bilangan 45 soalan sahaja untuk satu set. Jangan anda gusar, kerana saya akan lampirkan sekali contoh sebagai rujukan.

Jika saya berminat apa yang perlu saya buat Master Yus?

Ok, 1st anda perlu reply post ini dengan menyatakan subjek yang anda mahukan. Kemudian anda nyatakan Nama Penuh, Tempat Tinggal, Emel dan Nombor Telefon. Ini bertujuan untuk rekod hubungan, semakan dan rujukan kami.

Saya akan berikan file untuk anda mulakan projek ini melalui emel. Dan anda perlu buat dan rasa sama ada ok ke tak untuk membuatnya. Bak kata pepatah “tak cuba maka tak tahu”.

Selepas siap, terus emelkan semula kepada saya secepat mungkin untuk pihak saya menilai hasil kerja anda. Dan semestinya pihak saya akan memberikan lagi soalan berikutnya.

Sampai ke tahap ini anda makin faham kan? Saya tak boleh kata projek ini mudah ataupun susah, kerana anda sendiri perlu menilai dan merasai sendiri.

Itu yang saya kata anda perlu tahu silibus subjek tersebut. Ia akan jadi susah jika anda tak tahu silibus. Namun saya cadangkan anda dapatkan buku rujukan/teks sebagai sumber rujukan projek ini.

Jeng..jeng..jeng.. Berapa Master Yus akan bayar saya? Saya tahu soalan ini bakal muncul daripada anda.

Untuk Fasa 1, dimana ini adalah fasa permulaan dan pihak saya perlu membuat selektif. Kami tak akan terus reject anda tetapi kami akan pandu anda supaya kualiti projek terjamin.

Untuk peringkat awal dan permulaan ini saya akan bayar anda 10 sen untuk 1 soalan yang diasingkan. Bayaran boleh naik dan tak akan turun. Apa yang saya nak, anda lakukan dalam keadaan berbaloi. Kerana jangkamasa projek ini banyak lagi yang akan saya beritahu ‘step by step’ mengikut fasa.

Jelas semua apa yang saya detailkan? Jika masih ada pertanyaan, jangan tanya di post ini. Emelkan kepada saya. Apa yang perlu anda postkan disini adalah nyatakan minat anda dengan memilih subjek, Nama Penuh, Tempat Tinggal, Emel dan Nombor Telefon. Itu sahaja, kemudian saya akan memberikan ‘assignment’ kepada anda melalui emel. Dan projek anda telah bermula. Hantar kepada saya semula selepas siap.

Ingat kawan! Ini baru Fasa 1, dan ada lagi fasa lain yang akan saya beritahu anda dari masa ke semasa. Kena selalu semak inbox emel anda.

Selamat maju jaya saya ucapkan!

Ikhlas daripada Project Manager.

-MY- www.seminartuisyen.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

85 Comments

Add Comment