Trip Percutian 4 Hari 3 Malam di Shenzhen, China.

Share

Assalamualaikum dan salam kejayaan buat semua.

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang tidak ternilai. Saya dan isteri diberi kesihatan maksima untuk sampai ke bumi Shenzhen, China dari 20 – 23 Oktober 2013. Ini adalah kali pertama kaki saya jejak kesini.

Bumi yang padat dengan manusia ini sungguh mencabar. Sedikit tip yang boleh saya kongsikan kepada pembaca ;

1. Tukar duit RMB / Chinese Yuan dengan kadar yang cukup di Malaysia. Jika anda memang plan nak shopping sakan, boleh tukar dengan amaun yang banyak. Elakkan tukar duit dengan Money Changer di sana. Jika nak tukar juga disana, saya sarankan tukar di bank sana cuma ratenya amat rendah. Terlalu banyak kes penipuan wang palsu disana. Dan ianya berlaku depan mata kami dimana seorang lelaki Arab kerugian hampir 700 yuan akibat kena tipu terima wang palsu.

yuan

 2. Mereka langsung tak boleh berbahasa Inggeris. Bagus gunakan khidmat personal tourist guide. Kita cakap ‘chicken’ pun mereka tak tahu. Ada hotel yang sediakan ‘help card’ iaitu translate dari bahasa Inggeris ke Cina. Jadi bagi yang gila shopping tu kena bawa seorang kawan Cina untuk bantu. Tak pun tulis di kertas siap-siap Bahasa Cina dari Malaysia dan sampai sana cuma tunjuk sahaja dengan mereka.

3. Bawa botol air untuk tujuan cebok / berhadas. Tandas disana memang sukar ada air dalam toilet. Bau tandas pun lain macam. Jadi dalam beg harus ada spare botol air kosong. Mana tau tiba-tiba emergency kannnn…. hehe…

4. Bawa makanan spare seperti roti, biskut, serunding, coklat, meggi, keropok dan apa juga yang anda suka. Disana ada tempat yang agak sukar nak cari restoran halal. Jika ada pun kena jalan jauh. Dah lah nak bertanya pun mereka tak faham, driver teksi pun tak faham.

5. Jika nak shopping sakan boleh google je tempat yang besh shopping seperti di Luohu Commercial City, Dongmen Night Market, KK Mall, Yuanwang Digital Mall dan banyak lagi. Jika nak menikmati permainan dan pemandangan yang lawa boleh ke Windows Of The World’.

6. Tiada Facebook, Twitter, Youtube. Ya macam duduk dalam hutan belantara haha. Jika nak dapat akses facebook, kita perlu guna broadband roaming dari negara kita, bukan wifi dari hotel atau simkad data plan mereka.

 

Hari pertama kami sampai, kami stay di Kai Li Hotel di kawasan Luohu. Hari kedua hingga malam last kami stay di Wongtee V Hotel area Futian central business district.

Semoga posting saya ini sedikit sebanyak membantu anda yang pertama kali akan ke Shenzhen, China.

Nantikan posting saya untuk destinasi berikutnya pula. Yihaa….. =)

– Master Yus –
www.PenganggurJutawan.com

 

shenzhen 1

shenzhen 2

shenzhen 3

shenzhen 4

shenzhen 5

shenzhen 6

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment