10 kesilapan utama dalam bidang tuisyen

Share

Daripada pengalaman saya melakukan tuisyen sejak tahun 2000, kebanyakan orang yang baru hendak menjadikan tuisyen sebagai kerjaya sambilan atau sepenuh masa akan terhenti dipertengahan jalan. Ini kerana mereka telah melanggar pantang larang dan etika utama dalam menjalankan khidmat tuisyen.

10 kesilapan utama mereka adalah:

  1. Mengajar tuisyen semata-mata kerana DUIT.
  2. Tiada persediaan mental & fizikal sebelum memulakan tuisyen.
  3. Tiada panduan yang betul dalam bidang tuisyen.
  4. Tidak berdisiplin dan komited dengan kerja mereka.
  5. Tidak menjaga reputasi dan kredibiliti sebagai seorang Cikgu Tuisyen.
  6. Tiada kenalan & rangkaian network Cikgu Tuisyen.
  7. Tiada bahan bantu mengajar semasa mengajar tuisyen.
  8. Tidak istiqomah dan smart dalam pemasaran tuisyen.
  9. Tiada strategi yang berkesan untuk menarik perhatian pelanggan.
  10. Tiada Motivasi yang tinggi.

Berdasarkan 10 kesilapan utama diatas, saya sendiri ada juga melakukannya beberapa perkara daripadanya. Namun saya banyak belajar daripada kesilapan yang telah saya lakukan. Saya nampak bidang tuisyen ini boleh menjadikan kerjaya utama saya, maka saya terus belajar untuk mengatasi segala masalah diatas. Biar saya jelaskan satu persatu tentang perkara tersebut.

1. Mengajar semata-mata kerana DUIT.
Saya tak nafikan DUIT adalah Motivasi utama untuk kita berkerja. Tetapi janganlah menjadikan DUIT sebagai perosak kerjaya yang hendak kita bina. Maksud saya, dalam tuisyen hasil pelajar adalah tujuan utama yang perlu kita capai. Jika pelajar kita berjaya, maka DUIT akan datang dengan sendirinya. Ya, mungkin suatu masa dahulu saya meletakkan DUIT sebagai tujuan utama saya lakukan tuisyen, tetapi saya silap kerana sedikit demi sedikit ibu bapa nampak bahawa saya mengajar hanya kerana DUIT. Sejak daripada itu saya berazam untuk memastikan pelajar saya berjaya dalam pelajaran mereka. Dan secara langsung, habuan saya semakin hari semakin meningkat. Bermula dengan income 2k tetapi sekarang boleh menjangkau 3-4 kali ganda. Inilah kehebatan tuisyen.

2. Tiada persediaan mental & fizikal sebelum memulakan tuisyen.
Persediaan amat penting dalam setiap perkara yang bakal kita lakukan. Dulu saya main pergi mengajar je tanpa ada persediaan mengajar yang rapi. Saya ingat saya dah terer, tak perlu study. Namun saya silap. Tetapi kawan, percayalah selepas 1-2 kali kita pergi mengajar, dah tak perlu study lagi kerana kita seperti refresh semula apa yang pernah kita belajar suatu masa dahulu. Untuk topik UPSR lagi mudah untuk mulakan dahulu.

3. Tiada panduan yang betul dalam bidang tuisyen.
Panduan yang saya maksudkan adalah berkenaan prosedur. Mungkin anda perlu tahu apa itu ‘Home Tuition‘ dan apa itu ‘Tuition Centre‘. Adakah sama mengajar dirumah pelajar dengan mengajar di Pusat Tuisyen. Inilah yang kadang-kadang Cikgu Tuisyen konfius cara mengajar dan kaedah penyampaian di dua tempat yang berbeza tersebut.

4. Tidak berdisiplin dan komited dengan kerja mereka.
Perkara ini saya tak boleh nafikan. Dulu, saya pernah menerima beberapa respon dan komen daripada ibu bapa yang memaklumkan kepada saya, cikgu yang saya rekemenkan kepada mereka tidak komited dan mempunyai masalah disiplin. Waktu itu saya baru mulakan tuisyen dan permintaan yang saya terima agak tinggi, jadi saya berikan kepada kawan-kawan saya yang juga hendak cuba lakukan tuisyen tetapi saya silap recommend (sebab tak buat interview dulu :-(, ye la kan kawan-kawan. Tapi menjatuhkan diri saya sendiri. Tak boleh harap punya kawan).

5. Tidak menjaga reputasi dan kredibiliti sebagai seorang Cikgu Tuisyen.
Jika anda seorang Engineer pun disiang hari, pastikan title anda sebagai Cikgu Tuisyen perlu dipelihara. Ada antara Cikgu Tuisyen sambilan yang mengajar tuisyen secara sambil lewa. Ini amat salah dan tak patut terjadi seperti ini. Sebagai seorang Cikgu, anda mempunyai reputasi yang tinggi dimata pelajar dan ibu bapa. Jadi jaga reputasi tersebut dengan baik.

6. Tiada kenalan & rangkaian network Cikgu Tuisyen.
Network Cikgu Tuisyen amat penting untuk kita memperkembangkan dan memperluaskan empayar bidang ini. Ada antara Cikgu Tuisyen yang terlalu Low Profile, maka sebenarnya anda susah untuk dikenali oleh pelajar dan ibu bapa. Alangkah bestnya jika kita mempunyai team Cikgu Tuisyen yang ramai. Kan senang nak dapat job :-)

7. Tiada bahan bantu mengajar semasa mengajar tuisyen.
Ini pun selalu diabaikan oleh Cikgu Tuisyen. Ada pernah saya lihat seorang Cikgu Tuisyen datang hanya dengan membawa sebatang Pen sahaja. Yang lain semuanya guna bahan pelajar. Wahai kawan, kita bukannya seorang Guru Pakar. Jika dah tukar title kepada itu, maka tidak salah tanpa bawa apa-apa pergi kelas.

8. Tidak istiqomah dan smart dalam pemasaran tuisyen.
Jika anda hendak lama dalam bidang tuisyen, promosi anda juga perlu berterusan. Jika tak, mana orang hendak kenal siapa itu ‘Master Yus‘? Ada juga orang yang buat promosi membuta tuli, berhabis duit tapi job langsung tak muncul-muncul. Gunakan sedikit kreativiti dan lakukan promosi dengan Smart, maka anda akan dapat job yang tak menang tangan dibuatnya.

9. Tiada strategi yang berkesan untuk menarik perhatian pelanggan.
Ramai orang yang lakukan kesilapan dalam hal ini. Kita perlu jelas, strategi menarik perhatian pelanggan adalah kunci utama pemasaran. Jangan buat acuh tak acuh kerana anda akan menyesal dikemudian hari.

10. Tiada Motivasi yang tinggi.
Motivasi kerja kita perlu tanam. Jika tiada dalam diri, anda perlu dapatkan motivasi tersebut. Bagi saya orang yang tak ada motivasi dalam diri mereka, adalah mereka yang tiada MINAT dalam kerja yang mereka lakukan. Jadi point disini, Motivasi berkait rapat dengan minat terhadap kerja anda. Saya memang minat mengajar tuisyen, jadi motivasi saya memang susah nak luntur jika saya lakukan tuisyen. Anda faham?

Jadi, nasihat saya. Elakkan 10 perkara utama ini, jika anda ada hasrat untuk menjadikan kerjaya tuisyen sebagai kerjaya utama. Saya pasti anda akan nampak dengan jelas apa yang anda sedang lakukan. Kita sambung dilain post.

p/s: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda sekiranya anda bersetuju dengan post kali ini. Dan mungkin juga anda boleh kongsikan pengalaman anda sendiri.

Share

Related Posts

About The Author

17 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.