Seminar Keusahawanan Peoplelogy

Share

Pada Rabu 29hb lalu, 8pm saya menghadiri Seminar Percuma kendalian Peoplelogy Solution yang diadakan di Boulevard, Mid Valey City.

Saya tahu mengenainya melalui emel. Dan saya tempah 3 sit bersama rakan saya Amran dan Abang Rusdi. Kandungan seminar ini lebih kepada mendidik minda keusahawanan dan cara untuk memulakan perniagaan. Banyak ilmu dan tips yang dikongsikan oleh pengendali majlis pada malam ini iaitu En Jefri (trainer Peoplelogy).

Saya memang suka mendapatkan ilmu dan mengetahui perkara baru. Saya tahu diri saya masih memerlukan panduan, ilmu dan rakan-rakan yang lebih berjaya. Ramai juga yang hadir, dalam 30 orang lebih.

Dan special guest pada malam itu adalah Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi yang tak perlu saya perkenalkan lagi. Inilah detik dan saat yang ditunggu-tunggu oleh hadirin yang datang.

Perkongsian ilmu yang berisi dan rahsia baru yang dibongkarkan oleh Dr Irfan sangat bermanfaat buat diri saya. Walaupun hanya lebih kurang 15 minit sesi beliau, namun saya cukup teruja dan bersemangat untuk meneruskan usaha saya dalam memartabatkan industri tuisyen di Malaysia.

Saya bercadang nak berjumpa Dr Irfan selepas seminar, namun beliau ada urusan penting dan terus beredar daripada seminar. Beliau merupakan inspirasi saya untuk terus menjalankan SeminarTuisyen.Com dengan niat untuk membantu masyarakat luar menjana pendapatan sampingan dengan tuisyen.

Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang hadir, termasuk pengendali majlis pada malam itu iaitu En Jefri. Sangat beruntung membuat networking kerana banyak idea dan peluang-peluang baru yang boleh dikongsi bersama.

Satu tips daripada saya, kita perlu mencari peluang-peluang baru dan membesarkan rakan networking kita. Nescaya ada banyak manfaat daripadanya. Hari ini ramai orang yang takut nak berkenalan dengan orang-orang baru. Ini adalah kesilapan yang besar kita lakukan. Kita perlu tahu, kejayaan kita sebenarnya adalah daripada sokongan dan bantuan rakan kenalan disekeliling.

Lagi ramai orang kita kenal, makin banyak manfaat yang bakal kita peroleh. Tapi ingat! Jangan hanya untuk mengambil kesempatan sahaja, gunakan rakan kenalan kita dengan sebaiknya dimana kedua-dua pihak mendapat perkongsian manfaat daripadanya.

Tak lupa, saya nak ucapkan kepada pekerja-pekerja di Malaysia, selamat menyambut hari pekerja 1 Mei 2009. Pasti banyak perancangan kita kan? Anda ke mana cuti 3 hari ini?

Ini antara gambar yang sempat saya rakam di sesi seminar Peoplelogy.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment