Semangat berkobar selepas menghadiri BengkelWordPress

Share

Seperti yang telah saya war-warkan, Sabtu lepas 13 Jun saya dengan puas hatinya telah menghadiri BengkelWordpress yang dikendalikan oleh Catzer & D Geng. Jam 8 pagi saya dah sampai di Megan Avenue. Nasib baiklah jalan tak sedak sesak, cool je pagi tu di area KLCC.

Sampai-sampai, ingatkan dah nak mula, tetapi saya difahamkan staff tempat bengkel ni belum sampai lagi. Ohhoo, peserta dah ramai gak berkumpul, tetapi pintu belum buka lagi. Nasib baiklah Bro Ijam dapat mengawal situasi tersebut :-).

Dalam 8.45am barulah naik. Hati dah berapi berkobar-kobar nak start, tetapi dugaan datang melanda. Banyak PC (zaman Pra sekolah dulu) yang masih belum ready untuk digunakan. Ada yang tak boleh log-in (yang best staff pun tak tahu password aduss), ada yang tak boleh connect internet (wohoho ni kes berat, boleh bawa ke mahkamah. mana boleh berbengkel tanpa connection. blaja bengkel kereta sesuai la). Yang paling kelakar (sebenar tak kelakar pun) dan @$%^&* technician tak nak datang observe kes ini.

Sepatutnya pihak tuan rumah menyediakan/memberikan perkhidmatan yang terbaik tetapi saya sendiri sebagai peserta boleh melabelkan sebagai ‘Langsung Tak Profesional’ dan ‘Servis yang Amat Mendukacitakan’. Air cond pun ala-ala save minyak budget. Senang cerita, keselesaan tak memuaskan langsung. Makanan grade ok je, sayur pun tak cukup (saya tengok dah habis). Kepada anda yang nak tempah tempat di Sepakat Computer Consultant, Megan Avenue 1, better cari ditempat lain. Saya tak rekomen anda buat disini. Tak bagus servis mereka (saya tolong sabotaj bagi pihak Catz).

Nasib baiklah krew BengkelWordpress dapat menyelamatkan keadaan genting ini. Saya dah mula nampak bilik tersebut berasap (sebab panas aircond tak rasa+banyak prob) dan Catzer pun dah hampir nak bertukar menjadi ‘Incredible Hulk’, namun dengan bonzer-bonzer yang Catz bawa memang berfungsi. Memang sesuai Catz bawa bonzer yang besar-besar (jangan mare Bro Eizil & Bro Ijam).

Bengkel dimulakan lewat hampir sejam. Tetapi dengan semangat Catz yang kembali pulih dan mula start enjin, bengkel dapat diteruskan dengan jayanya.

Satu persatu, sedikit demi sedikit, step by step penerangan Catz yang berkongsi teknik, panduan dan pengalaman beliau amat bermanfaat bagi peserta. Peserta yang hadir juga dari pelbagai bidang. Abang sebelah saya, buat bisnes sendiri. Disebabkan terlalu khusyuk dengan bengkel tersebut sampai dah tak sempat nak buka cerita dengan peserta-peserta yang lain.

Salah seorang protege SeminarTuisyen.Com juga hadir iaitu Cikgu Hidayu (nanti dah ada blog boleh kongsikan disini). Ini hasil ajak-ajak ayam saya di blog ini pada post yang lepas. Saya pun tak sempat nak sembang panjang dengan beliau.

Banyak ilmu baru, tips dan trik yang boleh diaplikasikan dalam membina blog. Selama ini saya hanya belajar daripada ebook sahaja yang saya beli secara online. Ebook yang sangat membantu yang ditulis dan dihasilkan oleh Saudara Smartzul. Tak cukup pembelajaran melalui pembacaan, saya tekad untuk belajar secara live dengan seorang yang boleh saya anggap sebagai Mentor.

Apa yang menarik perhatian saya dalam bengkel ini adalah wordpress bukan sahaja digunakan untuk membina blog, tetapi boleh juga untuk membina laman web perniagaan dan shopping cart. Saya sungguh bertuah dapat menghadiri dan berkongsi ilmu di bengkel ini. Banyak juga yang saya masih terkebil-kebil. Kadang-kadang perkara simple, kita akan terlepas pandang. Nasib baiklah ada Bro Eizil & Bro Ijam yang membantu (thanks Bro). Bro Ijam dengan kameranya sentiasa cool men’shoot’ kekhusyukkan peserta.

Paling bermakna, saya telah diberikan Pen Drive secara Percuma oleh Catz kerana berjaya menjawab ‘On D Spot Question’. Thanks sis.

Habis bengkel agak lewat menjelang senja, kerana Catz nak balas dendam disebabkan kelewatan bermula. Perkongsian di bengkel yang sememangnya masih tak cukup, dan saya rasa amat banyak lagi yang saya nak tahu. Namun apa-apa pun, saya telah berjaya membina satu lagi blog semasa bengkel (maaf, masih dalam pembikinan, yang perlu di ‘touch-up’ lagi.)

Sampai rumah, sempat bermain dengan 2 orang puteri saya. Sempat berkongsi cerita dengan isteri dan jam 10malam saya dan family terus bergerak balik ke Kulim, Kedah. Perjalanan yang sungguh tenang dan terhindar daripada banyak kenderaan (kerana kami lawan arus, ramai orang dah mula balik KL untuk mulakan persekolahan).

Sampai Kulim jam 2pagi (4jam perjalanan) dan disambut oleh Pak & Mak mentua yang mamai baru bangun tidur. Surprise pertama kami adalah bawa kereta baru :-). Memang sedap bawa, berdesup juga saya tekan minyak. Dah puas bergosip selepas 5 bulan tak balik, kami masuk ke kamar jam 4pagi. Si Marissa pula takleh tidur, sian si Ummy dia. Dekat kul 6 baru boleh lelap.

Perjalanan yang sungguh jauh. Perjalanan yang penuh dengan pembelajaran. Pembelajaran sebagai Blogger yang baru dan dahagakan lebih banyak ilmu pengetahuan. Kesimpulan daripada post kali ini, amat tak rugi untuk kita belajar daripada seseorang yang telah terbukti kredebilitinya. Jangan dinilaikan dari sudut wang. Jangan sempitkan dan hadkan minda untuk terus berkembang menjadi manusia yang lebih ke hadapan. Dengan kehadiran saya ke sesuatu bengkel, saya lebih yakin dan boleh join sama level dengan Blogger Senior. Manakan kenal siapa Catz, siapa Bro Eizil (ingat bantuan yang masih saya perlukan lagi?:-)), siapa Bro Ijam jika tak datang bengkel yang sungguh best ini.

Jika anda pernah menghadiri mana-mana bengkel/seminar, boleh kongsikan pengalaman manis anda dibawah. Apa kebaikan & manfaat yang telah anda terima?

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

10 Comments

Add Comment