Apa faedahnya menghadiri Seminar?

Share

Saya dalam proses menyiapkan kertas kerja untuk disalurkan kepada pihak MARA. Saya telah diberi idea bernas oleh Bro Irwan Dahnil (www.irwandahnil.com), masa kami berjumpa di Pesta Buku Antarabangsa 2009 lepas untuk ‘propose’kan modul SeminarTuisyen.Com kepada pihak MARA dimana MARA memang suka dan mengalu-alukan mana-mana individu/organisasi yang boleh mengketengahkan produk/servis mereka.

Ya, saya rasa terpanggil untuk terus memperkembangkan industri Tuisyen. Ini kerana saya rasakan belum ada lagi mana-mana pihak yang memperjuangkan Industri Tuisyen di Malaysia. SeminarTuisyen.Com sendiri adalah seminar pertama di Malaysia yang mengajar dan membongkar Rahsia Tuisyen di market Malaysia. Telah masuk tahun ke-3 SeminarTuisyen.Com telah dijalankan dengan sambutan yang amat memberangsangkan.

Peratusan protege seminar yang berjaya juga amat membanggakan. SeminarTuisyen.Com telah membantu ramai peserta memulakan kerjaya Tuisyen secara sambilan dan mampu memberikan pulangan ribuan ringgit sebagai sumber pendapatan sampingan.

Apa faedah seminar ini kepada rakyat awam?

Saya sedang mengemaskini Modul-modul SeminarTuisyen.Com ini untuk menjadikannya Seminar Keusahawanan Tuisyen. Saya percaya dengan Tuisyen ini, anda bukan sahaja digelar Cikgu Tuisyen, tetapi anda juga boleh menjadi/bergelar seorang usahawan. Banyak peluang dan kebaikan yang ramai orang tak nampak hasil daripada Tuisyen ini.

Baiklah, ini antara faedah yang bakal diterima oleh orang ramai:

  1. Industri Tuisyen boleh dimulakan daripada rumah sebagai khidmat mengajar tuisyen secara kecil-kecilan (kelompok kecil). Amat sesuai kepada golongan wanita sama ada bergelar cikgu sekolah, pencari kerja, penganggur mahupun suri rumah. Dengan hanya mengajar tuisyen dari rumah tanpa ada modal yang besar, tak mustahil boleh dikembangkan kepada Industri Perniagaan Pusat Tuisyen. Ini berlaku kepada segelintir Pengusaha Pusat Tuisyen yang bermula secara kecil-kecilan. Apabila pelajar/murid semakin ramai dan berkembang, maka Pusat Tuisyen adalah tempat terbaik untuk sesi pembelajaran.
  2. Memulakan khidmat Cikgu Tuisyen secara sambilan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa yang kita sesuai. Tak mustahil boleh dikembangkan dan dijalankan secara sepenuh masa. Sebagai contoh seperti saya sendiri. Dan daripada situ kita boleh memperkembangkan kepada Industri Konsultan Pendidikan yang boleh membantu ramai pelajar & ibu bapa yang memerlukan khidmat kita.
  3. Mampu mengurangkan statistik jumlah pengangguran, khususnya kepada Graduan yang masih terkapai-kapai mencari kerja yang bersesuaian dengan jiwa mereka. Ada antara mereka yang ada talent dan penuh ilmu didada tetapi tak sesuai dengan kerja yang ditawarkan.
  4. Industri Tuisyen sebenarnya semakin berkembang dan makin meluas. Ramai ibu bapa melihat Tuisyen merupakan satu kemestian dan keperluan kepada anak-anak mereka. Ini kerana, daripada mereka biarkan anak-anak mereka dirumah tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah, lebih baik mereka menghantar ke Pusat Tuisyen atau panggil sahaja Tutor datang ke rumah membimbing anak-anak mereka.
  5. Hakikatnya Industri Tuisyen memberikan kebaikan kepada tiga pihak iaitu Pelajar, Ibu Bapa dan Cikgu yang mengajar Tuisyen. Ini bermakna Tuisyen merupakan perkara yang diperlukan antara satu sama lain.

Dalam aktiviti seperti seminar, peserta yang hadir adalah daripada pelbagai golongan dan latar belakang. Daripada situ kita boleh mengembangkan hubungan silaturrahim dan networking perniagaan kita yang lain. Dan daripada perkumpulan seperti ini sebenarnya memberikan pelbagai manfaat daripada aspek bertukar idea dan pandangan masing-masing.

Saya sendiri telah menyertai banyak bengkel, seminar untuk memantapkan lagi skil yang saya ada. Disamping dapat bertukar idea, saya juga perlukan beberapa orang Mentor/Sifu sebagai individu yang boleh membantu saya. Saya percaya, wang pelaburan yang telah saya keluarkan akan berbaloi dengan ilmu dan pertemuan saya dengan si Guru/Sifu yang telah berjaya. Ini yang saya pegang. Jika nak dinilaikan wang dengan ilmu yang saya peroleh pada hari ini lebih berganda pulangannya. Namun kadang-kadang ramai orang yang tak sedar tentang hal ini.

Di SeminarTuisyen.Com, saya menitikberatkan kejayaan protege saya dalam memulakan tuisyen. Saya akan sedaya upaya membantu bagi memastikan mereka berjaya laksanakan tuisyen pertama mereka. Dan dengan tuisyen pertama, sebenarnya telah dapat menampung kembali yuran kehadiran mereka ke SeminarTuisyen.Com. Ya, saya tak tipu tentang hal ini. Malah mereka boleh melipatgandakan pulangan hingga mencapai ribuan ringgit sebulan. Tiada yang mustahilnya, kawan!

Ramai juga yang telah mulakan tuisyen, namun persoalan disini, bagaimana anda boleh ‘maintain’ permintaan tuisyen? Dan bagaimana pula kita boleh melipatgandakan income tuisyen hanya daripada satu sumber tuisyen yang kita dapat? Dan bagaimana kita hendak menjimatkan masa dan wang ringgit untuk memperkenalkan kepada ‘Parents’ diluar bahawa kita sedang menjalankan ‘Khidmat Tuisyen‘ walaupun secara sambilan?

Daripada pengalaman saya yang hampir 9 tahun dalam bidang tuisyen ini, dengan sebab itulah saya dengan senang hatinya untuk membongkarkan Rahsia Tuisyen di SeminarTuisyen.Com. Jumpa saya di sana..di sana…di sana…

Ikhlas,

-MY- Pelopor SeminarTuisyen.Com, Pertama di Malaysia membongkar Rahsia Tuisyen.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment