Program Keusahawanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Share

Salam Muhibbah kepada pembaca sekalian.

Syukur alhamdullilah kepada Allah Taala kerana tidak henti-henti mencurahkan rezeki yang melimpah ruah untuk saya kutip. Sekali lagi saya berada di dalam ruangan ini untuk berkongsi cerita dan pengalaman menarik tentang satu aktiviti yang saya adakan pada Sabtu lepas.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada team Kelab Usahawan PERMATA di atas penganjuran program tersebut dan sudi menjemput saya untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang ‘Peluang Keusahawanan Dalam Bidang Tuisyen’ kepada lebih kurang 150 orang mahasiswa dan mahasiswi. Sabtu 31 Julai 2010 yang lepas bertempat di Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Sri Putra, satu program keusahawanan telah dijalankan bersama pelajar-pelajar jurusan Syariah KUIS yang bertajuk ‘Rahsia dan Peluang Keusahawanan Dalam Industri Tuisyen’.

Selama 5 jam saya berada di KUIS bersama-sama mereka untuk berkongsi pandangan, pendapat, maklumat serta pengalaman yang menarik yang saya kongsikan secara LIVE dengan mereka. Sewaktu saya melangkah di dewan pentadbiran KUIS alangkah terkejut saya melihat pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki. Pelajar lelaki boleh dibilang dengan jari. Walau pun begitu, komitmen yang mereka berikan terhadap program sebegini amat memuaskan. Sepanjang sesi, saya cukup teruja untuk berkongsi tentang apa yang wajar dan boleh dilakukan oleh mahasiswa yang ingin mencari peluang buat duit sampingan.

Jelas terpancar di riak muka mereka yang hadir, masing-masing ingin berjaya dalam bidang keusahawanan. Pelbagai maklumat dan informasi yang saya kongsikan kepada mereka. Daripada reaksi muka dan wajah peserta, mereka seolah-olah faham dengan dengan apa yang saya sampaikan. Dalam pada masa yang sama diselitkan juga aktiviti cabutan bertuah bagi mengelakkan peserta tertidur serta menambahkan semangat untuk menghabiskan program ini sehingga kehujungnya.

Program berakhir pada jam 4 petang. Akhir sekali sesi pemberian cenderamata daripada Team Kelab PERMATA. Terima kasih kepada Kelab Permata Selangor, Persatuan Mahasiswa Syariah KUIS, Saudara Nor Firdaus dan semua urusetia yang terlibat.

Dengan ikhlasnya, saya amat puas hati dapat berkongsi apa yang sepatutnya mereka perlu tahu terhadap industri ini. Kemudian pada petang itu kami dihidangkan dengan minum petang dan kuih yang sedap-sedap dan bergambar bersama peserta. Semoga apa yang telah dikongsikan akan digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Saya doakan semua pihak berjaya dengan gemilang. Segala kekurangan dan kelemahan, saya mohon kemaafan.

‘Usahawan Yang Cemerlang Tidak Akan Gemilang Dengan Hanya Membaca Buku Bagaimana Menjadi Usahawan Terbilang’ -MY-

Penulis : MasterYus.com

Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.