Selamat Datang ke MasterYus.Com

Share

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Dengan rasminya Blog ini telah dilancarkan. Ini bagi memberi peluang saya boleh berkongsi maklumat, panduan, tip, rahsia dan juga berinteraksi dengan protege SeminarTuisyen.Com, bakal protege, pelajar, ibu bapa, guru-guru, barisan fasilitator dan pembaca setia saya.

Dengan sokongan dan galakan semua pihak, akhirnya terhasil juga sumber maklumat online untuk tatapan semua. Terima kasih dengan sokongan anda semua.

Tahun 2009, adalah tahun kebangkitan industri tuisyen di Malaysia. Saya akan terus perjuangkan sehingga semua rakyat Malaysia terbuka mata dan minda masing-masing.

Semoga dengan kehadiran blog ini dapat memberikan info, panduan dan motivasi kepada pembaca semua. Itu harapan saya untuk terus membantu dan membantu anak bangsa kita.

Jika ada sebarang cadangan, komen, pendapat boleh diutarakan ke ruangan hubungi. Saya akan cuba memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan.

Dan sekiranya ada juga pihak yang ingin berkolaberasi/berkerjasama/Joint Venture dan apa jua sekalipun, saya menadah tangan tanda awal persetujuan.

Terima kasih.

Ikhlas,

Master Yus penulis buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’ dan pelopor SeminarTuisyen.Com

image

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.