Tanpa guru, saya tidak akan jadi seperti hari ini. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan pada hari ini.
Hanya ucapan ‘Selamat Hari Guru‘ dan iringan doa sahaja yang mampu kita berikan kepada semua warga pendidik. Saya amat berterima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang pernah mendidik budak nakal ini (saya lah tu). Saya pernah bersekolah di Tadika Al-Watan, SK Kampung Pandan (sekarang bertukar nama SK Tun Husin Onn jika tak silap), SRA Kampung Pandan, SK Tun Abdul Aziz Majid, SRA Dusun Tua, SAM Hulu Langat, SAM Bestari JAIS, KMPP dan UM.
Semoga Tuhan yang lebih layak membalas segala jasa guru-guruku. Terima kasih semua cikgu!
Selamat hari guru juga diucapkan kepada sifu saya, masteryus. Terima kasih kerana mendidik saya secara langsung dan secara tidak langsung… 🙂
Selamat hari cikgu 🙂