Sedar tak sedar hari ini dah masuk bulan September. Dan hari ni juga telah masuk 11 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Kini dah masuk fasa ke-2 Ramadhan. Jika kita buat renungan semula, bagaimana prestasi semasa puasa kita? Semoga ada la peningkatan prestasi pahala ye tak? Jangan perut sahaja yang makin menaik ๐
Selamat Hari Merdeka yang ke-52! Khas saya tujukan kepada Rakyat Malaysia. Ini hanya sekadar laungan dan tulisan. Kita sebagai rakyat negara ini perlu berbangga dan gembira. Semoga pemikiran kita juga bebas daripada jajahan ‘Minda Sempit & Negatif’.
September, ini dah dikira masuk fasa ke-3 untuk tahun ini. Bagaimana pula pencapaian kerja/bisnes yang kita usahakan? Ada kurang daripada 4 bulan lagi, tahun 2009 akan berakhir. Apa ni Master Yus? Apa yang MY nak kongsikan ni? Sabar kawan, teruskan membaca tulisan saya hari ini.
Bagi Cikgu Tuisyen seperti saya, bermula minggu lepas dan minggu ini adalah minggu untuk ‘collect fees’ tuisyen. Dan saya percaya, cikgu tuisyen diseluruh negara pun sama juga. Bagi yang berkerja dengan majikan tu, mesti tersenyum lebar dengan gaji yang diterima.
Ahad lepas saya berkesempatan ‘Dating’ dengan perempuan yang bernama ‘Isteri’ di KL. Kami park kereta di Sogo dan memulakan 1st destination di sekitar JMI (Jalan Masjid India). Sebelum itu kami ke PWTC window shopping untuk Pemeran Dekorasi Rumah. Kat sana terserempaklah dengan ND Lala dengan family dia (wife, 2org anak laki, si Shiela n si Shada). Jeles betul tengok dorang dok belek-belek untuk dekorasi rumah. pssttt family tu kan Jutawan…
Punyalah ramai orang di sekitar KL bershopping, walaupun dimomokkan dengan wabak H1N1, tetapi langsung mereka tak takut. Kami punyalah pakai ‘mask’, risau gak berkeliaran dalam kesesakan lautan manusia. Isteri saya shopping sakan, beli koleksi tudung RATU sahaja berhabis 300++ waduhh.. At last saya yang tak sempat beli apa yang dihajat. Dun worry MY, later akan kembali lagi di Jln TAR.
Sebenarnya saya nak kongsikan kepada pembaca tentang ‘Market Tuisyen di bulan Puasa‘. Semakin melalut MY bercerita plak. Ini kerana ada beberapa orang yang menghantar emel bertanyakan hal ini. Bagi saya cuti sekolah minggu lepas saya gunakan dengan sebaiknya. Terutama untuk pelajar UPSR yang semakin getir dengan kehadiran tarikh keramat 8 September 2009. Budak yang periksa, ada sesetengah cikgu yang beriya-iya macam mereka pula yang akan menduduki peperiksaan. Tapi inilah lumrah cikgu yang mengajar sungguh bersemangat untuk membantu pelajar mereka berjaya dengan cemerlang.
Setiap tahun pada bulan puasa sebenarnya memang akan ada sedikit terjejas masa tuisyen. Ye la, siang letih puasa malam pula berterawikh. Disini pengurusan masa amat penting. Saya akan cadangkan kepada pelajar untuk mula tuisyen lebih awal. Sebagai contoh jika hari biasa start tuisyen jam 3.30petang, hari puasa boleh mulakan jam 2-2.30petang. Ini kerana mereka pulang lebih awal ketika puasa. Malam pula jika start 8malam, dibulan puasa boleh mulakan jam 9-9.15 selepas terawikh 8 rakaat.
Sabtu dan Ahad pula tiada masalah. Jadi sebenarnya tiada kesan besar tuisyen dalam bulan puasa ni. Cuma kita pandai atau tidak menguruskan masa dan pelajar kita. Alasan letih, penat, lesu dan seangkatan dengannya tidak akan timbul jika kita bagi sebab yang munasabah terutamanya kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar. Bagi pelajar biasa juga tidak kurang dengan periksa akhir tahun mereka.
Dan bagi pelajar bukan Islam, jadual mereka seperti biasa. Cuma kita sahaja yang mungkin perlu buat sedikit perubahan/pengurusan masa disebabkan waktu berbuka dan bertarawikh.
Pernah beberapa tahun lalu masa bulan puasa, setiap hari saya berbuka puasa dirumah student. Lepas terawikh (rumah depan masjid di Seksyen 18 Shah Alam), terus mulakan tuisyen. Bulan itu sahaja saya terima hampir 2k daripada parents tersebut.
Kesimpulan disini, memang tiada kesan besar (walaupun memang ada kesan) jika kita pandai menguruskan masa dan maklumkan segala perubahan tersebut kepada pelajar kita. Saya sendiri yang telah bertahun-tahun lakukan tuisyen di bulan puasa sudah tak timbul lagi persoalan tentangnya. Cuma cara kita tangani yang menjadi persoalan. Yang betul-betul mencabar adalah ketika raya. Biasanya pelajar akan bercuti 1-2minggu. So tuisyen pun memang kena cuti, melainkan jika kita ambil pelajar yang nak periksa besar PMR & SPM. Student seperti ini memang tiada istilah cuti bagi mereka. So tuisyen berjalan seperti biasa selepas 4-5 hari berhari raya.
Saya harap tips kali ini jelas kepada cikgu-cikgu tuisyen sekalian. Jika ada pertanyaan boleh kemukakan diruangan komen, insyaAllah saya akan bantu.
hajat dihati nak teruskan je malam tadi tapi kesian kat wife…psiko giler…maka tertidurlah akhirnya lebih kurang pukul 1 pagi…insyaALLAH tengah sambung nih…malam nanti sambung lagi…
Malam tadi baru start…idea dah lama simpan dalam buku nota saya…duduk depan PC malam tadi sambil isteri tercinta tidur diatas riba (tidak lebih dari itu)…
amik berkat bulan Ramadhan, start mengarang…nanti kita jumpa dan bincang more further ok…banyak mende yang saya nak bincang nih…tak sabar nak tggu saat itu…
pape pun kita raya dulu…
SELAMAT HARI RAYA
Bila idea dah keluar, maka susah nak stop. Bila idea dah overload maka saat inilah yang ditunggu-tunggu untuk terjemahkan di laptop. Rugi jika tak bertindak. Umpama kepingan wang telah berada didepan mata, tetapi buat dunno jer ๐ . Maka orang lain yang nampak akan terus merampasnya. Fikir-fikirkan.
Betul…betul…betul…filling dia lain…belum cuba belum tau…sudah cuba pasti mau lagi…
bagi sesiapa yang belum join jadi cikgu tusyen, jom la join kitorang…beramal jariyah sambil dapat ganjaran…sebelum itu, tuntut ilmu dulu dari sifu kita Master Yus…
insyaALLAH saya akan keluar dengan satu produk digital berkenaan dengan bidang tusyen ini…saya akan garapkan pengalaman saya selama lebih 5 tahun dalam bidang ini dalam produk digital tersebut…amat sesuai bagi golongan yang bekerja seperti saya ni…tunggu kemunculannya…
Tahniah Cikgu Hazar! Senyap-senyap berisi. Yang paling penting adalah ‘Fokus’ dengan produk baru tersebut. Pastikan ianya benar-benar wujud didepan mata kita nanti. Saya sentiasa menyokong anda dari belakang.
mana ada masa free…masa itu perlu dibayar…masa diofis dibayar oleh majikan, masa buat tusyen dibayar oleh parents…he he he…
kesimpulannya, gunakan masa dengan sebaik mungkin…
Tapi tak sama nilai masa yang dibayar oleh 2 situasi yang berbeza tersebut. Betul tak? Cuba buat pengiraan berapa Bos bayar masa anda di opis..Saya tak berniat nak singgung hati sesiapa. Lakukan tuisyen umpama anda yang bayar kepada diri anda. Parents hanya sumber RM sahaja.
Waah, Cikgu Hazar memang banyak masa free di pejabatnya. So siapa yang nak berminat boleh la apply ditempat kerja Cikgu Hazar ๐ Dengar-dengar Bos dia pun ok. Tak gitu Cikgu Hazar!
Sori ye MY atas email sebelum ini…Sama2 kita berusaha untuk membuat amal jariyah dalam bulan Ramadhan nih, termasuklah menjadi seorang cikgu tusyen. Dengan menjadi cikgu tusyen, kita akan memberi ilmu dan membantu student untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Ikhlaskan hati dan diri semasa mengajar dibulan puasa ini dan bulan2 yang seterusnya, anda tentu akan seronok.
Salamโฆbagi yang bekerja seperti saya (Jurutera), company akan bagi pelepasan awal (kecuali outstation). Macam company saya, majikan bagi pelepasan pada pukul 4.30 petang. Jadi saya telah reschedule jadual saya dari 8pm-10pm kepada 5pm-7pm. Balik rumah terus berbuka dan seperti biasa solat Tarawih bersama isteri tercinta. Isteri tengah mabuk pregnant, so kene solat tarawih di rumah je la. Untuk hari minggu pula, saya buat seperti biasa je la coz sabtu ahad kelas pagi dan petang je. Selamat berpuasa dan selamat buat tusyen kepada semua.