Pemikiran kreatif-adakah ia hanya khayalan semata-mata?

Share

Semalam saya ada menulis post tentang Kreatif. Hari ini saya nak sambung semula post semalam yang mungkin sedikit bercelaru kerana memasukkan elemen menonton wayang dengan sikap yang kreatif.

Saya terfikir bagaimana seorang Director yang kreatif boleh memberikan pulangan yang sungguh lumayan, ini kerana daya pemikiran luar kotak mereka yang sungguh cemerlang. Mereka memikirkan apa permintaan dan kesukaan orang buat masa sekarang. Mereka telah membuat ‘research’ tentang kegilaan orang untuk menonton wayang cerita apa. Kajian mereka walaupun tidak 100% tepat, namun kayu pengukur untuk memastikan kajian mereka berjaya adalah dengan hasil filem yang telah mereka hasilkan.

Impak daripada hasil usaha mereka memberikan pulangan jangka masa yang sungguh panjang. Saya ulas lebih lanjut disini ya. Ok, kita mulakan dengan hasil pendapatan yang bakal mereka peroleh daripada satu filem yang telah diterbitkan. Pengiraan yang bakal saya buat ini adalah anggaran sahaja, tidak semestinya betul dan tepat.

Katalah dalam satu panggung wayang ada 80 tempat duduk. Tiket menonton adalah RM11. Maknanya RM11 x 80 = RM880. Ini baru 1 kali tayangan. Katalah 1 hari ada 5 tayangan maka 5 x RM880 = RM4,400 hasil kutipan. Ini bermakna sebulan RM4,400 x 30 hari = RM132,000. Ini baru 1 panggung, jika ada 50 panggung yang menghasilkan kutipan hampir sama, maka 50 x RM132,000 = RM 6,600,000. Wow… 6 juta punya keuntungan. Dan ini tidak mustahil bagi pengeluar filem diluar negara. Dan di negara kita sendiri, beberapa filem yang bertaraf ‘Box Office’ telah membuktikan tiada mustahil untuk mengutip jutaan ringgit daripada hasil satu filem.

Dan perlu diingat, pembuat filem boleh makan royalti lagi jika filem mereka hendak disiarkan di TV dan direkod dalam VCD/DVD. Ini bermakna pembuat, pengarah, penerbit filem memang boleh menjadi kaya raya. Kita ambil satu contoh yang paling boleh diguna pakai, bagaimana hasil karya kreatif Seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sehingga hari ini filem beliau masih lagi mendapat royalti apabila keudara di stesyen televisyen tempatan. Malah saya dengar cerita, hendak juga ditayangkan dinegara jiran seperti Singapura dan Indonesia (saya tak pasti, saya dengar jer).

Inilah dia hasil penangan idea kreatif. Alangkah best dan seronoknya jika kita juga boleh buat filem seperti mereka kan? Jika saya diberi ruang dan peluang, saya ‘teringin’ untuk menghasilkan satu filem yang berkisarkan tentang ‘ Seorang budak kampung yang tidak mempunyai apa-apa tetapi akhirnya menjadi seorang yang kaya raya hasil daripada pendapatan tuisyen’ :-). Oh kawan, jangan anggap ini cerita saya kay. Saya hanya kata ‘teringin’ sahaja. Kerana impian saya dari dahulu (sejak tahun 2000) lagi, untuk memperkembangkan industri tuisyen di Malaysia. Tajuk yang paling sesuai mungkin ‘Cikgu Tuisyen- dari papa kepada kaya raya‘.

Para pelakon saya akan ambil Mawi & Faizal Tahir (sambil berlakon, sambil menyanyi lagu tuisyen. Mereka ada daya tarikan tersendiri), Heliza & Wardina (ada unsur Islamik dalam filem saya) dan pelakon kanak-kanak (saya tak ingat pula nama mereka nih :-)). Sudah pasti juga saya akan ambil pelawak Apek & Yasin & Sathiya (saya suka bila mereka merepek :-)).

Fuh MY, jauh impian nampak? Dah makin merewang penulisan saya hari ini. Namun bukan setakat ini sahaja. Satu masa dahulu saya pernah menanam cita-cita untuk menggapai beberapa perkara dan akhirnya saya berjaya lakukannya. Salah satu yang sungguh berjaya adalah SeminarTuisyen.Com yang sungguh mendapat permintaan yang amat hebat. Siapa protege saya diawal penglibatan seminar saya tahu bagaimana saya bermula. Dengan yuran pendaftaran RM5 dan RM10, tetapi hari ini telah sampai ke tahap RM250 seorang. Saya seperti tidak percaya. Tetapi saya kena percaya juga. Dan sehingga hari ini, tempat seminar semakin hampir penuh. Ini bermakna rakyat Malaysia telah menilai siapa saya sebenarnya. Saya cakap dan saya memang lakukan tuisyen.

Jika anda diberi ruang dan peluang untuk berkarya, filem apa yang anda hendak terbitkan? Mungkin boleh berkongsi idea dengan orang lain.

Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.