Cara kiraan mudah untuk peroleh RM4,000 bulanan daripada tuisyen.

Share

Salam hebat pembaca blog sekalian.

Hari ini aku nak kongsikan bagaimana cara kita tentukan pendapatan tuisyen.

Ramai orang tak sedar, pendapatan kita maka kitalah yang tentukan. Jika kita nak RM1,500 sebulan, maka kita akan cari kerja yang memberi gaji RM1,500 sebulan. Jika kita mahukan RM10,000 sebulan, maka kita akan usaha untuk dapatkan kerja dengan gaji RM10,000 sebulan.

Tapi itu kerja makan gaji. Bila kita cerita tentang kerja sendiri, maka kita lah yang tentukan semua itu. Tak begitu?

Ok, kita berbalik pada topik menentukan pendapatan tuisyen. Teknik inilah antara yang kami kongsikan dalam modul SeminarTuisyen.com dan cara berkesan untuk mempraktikkannya.

Ok caranya macam ini. Dulu masa mula-mula buat tuisyen, aku hanya target untuk jana pendapatan RM4,000 sahaja setiap bulan daripada tuisyen. Aku sasarkan untuk caj RM40 per jam. Dan sehari aku akan peruntukkan 5 jam sahaja.

Jadi pendapatan sehari aku adalah RM40 x 5 jam = RM200.

Dan aku nak kerja 5 hari sahaja dalam seminggu. Jadi RM200 x 5 hari = RM1,000.

Maka sebulan, pendapatan yang bakal aku terima adalah RM1,000 x 4 = RM4,000.

Ini pengiraan mudah dalam tuisyen.

Namun persoalan disini, bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Inilah antara rahsia yang tim elit kami akan bongkarkan dalam SeminarTuisyen.com Sabtu ini.

Aku taknak tipu, kami terpaksa transparen kepada semua yang hadir. Lihat sahaja protege SeminarTuisyen.com selepas tamat seminar. Ramai yang praktikkan dan ianya telah terbukti berjaya.

Mudah kan?

– Master Yus –
www.SeminarTuisyen.com

 

4k

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment