Selamat sejahtera pembaca sekalian.
Antara soalan yang sering diajukan kepada saya adalah bagaimana cara terbaik untuk meletakkan harga khidmat tuisyen yang kita jalankan. Berapakah pula kadar semasa dikawasan bandar dan luar bandar?
Kita lihat dahulu beberapa faktor penting sebelum kita meletakkan harga khidmat tuisyen.
Pertama, anda tinggal dikawasan mana. Bandar atau luar bandar? Tidak boleh disangkal lagi, dibandar kita boleh meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Cuba lihat disekitar anda tinggal, bagaimana gaya hidup penduduk dikawasan sekitar. Jika ala-ala mewah gitu, maka disitulah lubuk anda.
Namun jangan dipersalahkan jika diluar bandar, harga khidmat tuisyen lebih rendah. Kerana harga-harga perkhidmatan yang lain juga mengikut kemampuan penduduk sekitarnya. Contohnya perkhidmatan dobi, bengkel kereta & motosikal, gunting rambut dan lain-lain.
Harga ‘standard’ bagi ‘home tuition’ di bandar adalah RM10-RM30 untuk level sekolah rendah. RM20 – RM60 untuk level sekolah menengah. Dan RM50-RM100 untuk level universiti dan setaraf dengannya. Semua harga yang telah saya letakkan adalah berdasarkan jam yang kita mengajar. Dan ianya tidak tetap, kerana proses meletakkan harga adalah fleksibel. Noktah..
Kedua, pengalaman dan kepakaran anda. Semakin lama pengalaman anda semakin tinggi bayaran yang boleh anda kenakan. Semakin unik dan pakar anda dalam sesuatu subjek, maka harga perkhidmatan anda juga semakin tinggi.
Jika anda masih baru dalam bidang tuisyen ini, harga anda mungkin rendah sedikit daripada 2 golongan diatas. Maklumlah, orang baru.. Walaupun harga lebih rendah sedikit, anda masih berpeluang untuk menaikkan harga khidmat anda dimasa akan datang. Dan yang paling penting anda dapat job tuisyen tersebut. Jadikan ianya suatu pengalaman dan proses pembelajaran yang amat berharga untuk anda dimasa hadapan.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ibu bapa pelajar tiada masalah untuk membayar anda dengan harga tinggi sekiranya anda memang mempunyai kredebiliti, kemahiran, pengalaman dan pakar dalam subjek anda. Mereka tidak kesah untuk membayar berapa harga yang anda letakkan sekiranya anda berjaya membantu anak-anak mereka faham dengan subjek dan seterusnya berjaya dalam pelajaran mereka.
Ketiga, faktor jarak rumah anda dengan tempat tuisyen. Saya bagi contoh, anda tinggal di Cheras dan dapat job tuisyen di Petaling Jaya. Anda boleh ‘extra’kan caj tuisyen anda untuk ‘cover’ duit minyak. Tiada salahnya. Namun saya sarankan, terima job tuisyen yang anda rasa berbaloi. Jangan pula dah terima, selepas seminggu dua muka monyok sebab jauh la, ‘traffic jammed’ la, tak ‘cover’ duit minyak dsb. Cuba berikan keutamaan kepada job tuisyen yang lebih dekat dengan rumah anda.
pstt kawan…saya cadangkan anda dapatkan kawasan yang banyak kondominium & pangsapuri. Cuba anda buat sedikit kajian, berapa ramai penduduk disana. Ribuan tuu… Jadi peluang tuisyen sangat besar. Dan strateginya, jika anda dapat satu job tuisyen disana, kembangkan lagi untuk dapatkan beberapa job tuisyen yang lain. Masa anda semakin jimat, tak perlu ke kawasan lain dan anda boleh jadikan kawasan tersebut sebagai kawasan jajahan anda!
Yang terakhir, ingin saya jelaskan dan terangkan disini, dalam memberikan khidmat tuisyen kepada orang ramai, kita perlu ada sikap ‘give & take’ dimana kadang-kadang khidmat tuisyen kita itu boleh dibincangkan. Pengalaman saya sendiri, pernah mengajar di tempat anak-anak yatim, rumah kebajikan, masjid, persatuan penduduk dan lain-lain. Apabila dalam isu khidmat masyarakat, kita tak perlu melihat kepada faktor wang semata-mata. Itulah sumbangan kita kepada masyarakat dan anak bangsa. Kita perlu relevan dalam hal ini.
Dan apabila khidmat kita diperlukan oleh ramai orang diluar sana, isu meletakkan harga boleh dibawa berbincang antara cikgu tuisyen dengan ibu bapa pelajar. Kedua-dua pihak perlu saling memahami dimana pihak ibu bapa perlu faham, cikgu tuisyen yang datang ke rumah mereka adalah untuk membantu & membimbing anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka datang membawa ilmu, khidmat nasihat, kaunseling, motivasi dan kos-kos lain yang perlu dibayar. Anak mereka juga hanya duduk belejar dirumah, isu keselamatan telah terjamin. Maka bayarlah harga setimpal dengan usaha mereka untuk tujuan membantu tersebut. Dan ada juga dikalangan cikgu tuisyen yang sepenuh masa, maka itu adalah sumber pendapatan utama mereka.
Kepada cikgu tuisyen pula, kita boleh pertimbangkan dari sudut kemampuan kewangan ibu bapa itu sendiri. Kita dah boleh lihat dari mata kasar kemampuan mereka. Lihat sahaja kerjaya, rumah dan kereta mereka. Namun jika ada ibu bapa pelajar yang minta kita mengajar anak-anak mereka sedangkan mereka dikalangan golongan sederhana, maka anda boleh letakkan harga yang anda rasa ianya berbaloi buat diri anda.
Kesimpulan yang boleh saya buat disini adalah, bagaimana hendak meletakkan harga khidmat ‘home tuition’, adalah dengan melihat sama ada harga tersebut berbaloi untuk anda ataupun sebaliknya.
Penulis,
MasterYus.com
Assalamualaikum , Sy Baru dpt permintaan utk home tuition dgn jarak 17 km , tp masalahnya parents mintak terlalu rendah, RM 20 , utk 2 minggu , seminggu kelas 2 Hari selasa & rabu, setiap Hari 2 jam, BM 1 jam,BI pun 1 jam.. murid Ada 4 je..kalau mcm ni, Sy X mampu laa Nak hadap.. Ada yg mintak RM 10 je utk semua kelas tu.. Allahu.. Sy guru dgn pengalaman 9 tahun mengajar. Tp kalau mintak home tutor mcm tu, sy terpaksa menolak secara Baik..
Salam, nak tanya di mana saya boleh dapatkan buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’? Saya di Kota Kinabalu, Sabah..Terima kasih.
Assalamualaikun tuan yus, saya baru nak berjinak dgn kaedah home tution ni. Masalahnya skrg ni kan dah ada format baru PBS la, KBAT la so saya takut kalau2 apa yg kita ajar tu tak selari dgn format2 terbaru ni. So cemana ye?
Kat seminar ada beri penekanan tak dalam hal2 ni?
assalamualaikum. Sy fresh grad dari uitm dan baru2 ni ade orang mintak saya untuk jadi personal tutor untuk anak dia umur 13 thn. Subject yg akan diajar ialah math dan sains. 6 jam seminggu / 3 kali. Area shah alam ss19. Sy tinggal di klang dan anggaran duit minyak dalam rm10 sekali dtg. Jadi 3x seminggu = rm30, sebulan rm120. Jadi berapakah harga yg sesuai utk ? sy letakkan memandangkan sy tiada pengalaman dlm bidang ini? Bagaimana dgn rm150? Adakah terlalu murah? Atau rm200? Harap dapat membantu. Terima kasih.
selamat berkenalan,
pengalaman saya, kalau home tuition rm5o sejam
kalau nak lebih pencerahan, emel radz7cr@gmail.com
🙂
saya nak tanya
kalau bahasa melayu untuk pmr ,berapa yang saya patut knakan bayaran?
dan upsr bahasa melayu
saya baru mula mahu mnegajar
saya merupakan kenalan lama master yus. saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya meletakkan rate tuition. bagi saya subject yang diajar tidak mempunyai kesan ke atas rate tuition tetapi level yang diajar lebih memberi kesan ke atas rate tuition seperti UPSR,PMR,SPM dan A-level.Saya mengajar addmaths, physics, chemistry, maths dan science untuk level SPM,IGCSE, O-level dan A-level. Untuk level SPM,IGCSE dan O-level saya mengenakan bayaran seperti berikut:
a) one to one (RM 60 per hour)
b) 2 student dlm satu class (RM 45 per hour setiap student)
c) 3 student dlm satu class (RM 35 per hour setiap student)
d) 4 student dlm satu class (RM 30 per hour setiap student)
e) 5 student dan ke atas (RM 25 per hour setiap student)
(lebih ramai student di dalam satu kelas, lebih murah fees yang perlu dibayar oleh setiap student namun lebih tinggi collection untuk setiap kelas)
bagi A-level saya mengenakan bayaran RM 80 per hour. Duration minimum untuk setiap kelas saya adalah 2 jam. Bagi saya adalah amat penting untuk menjaga rate yang telah anda tetapkan kerana ia merupakan standard dan kualiti kelas tuition tersebut. Sebagai contoh restaurant Starbucks tidak akan menurunkan harga coffee mereka walaupun coffe di kedai mamak boleh didapati dengan harga RM2 secawan. Ini bermakna mereka yakin dengan kualiti coffee mereka dan ini membuatkan coffee mereka mempunyai class yang tersendiri. Tetapi harus diingat jika ada rasa rate yang anda letakkan agak tinggi berbanding dengan tutor lain class tuition anda haruslah mempunyai kualiti yang jauh berbeza dari tutor lain. Sebagai kesimpulan rate tuition yang anda tetapkan adalah status keyakinan anda pada class tuition anda sendiri. Jika ia berbaloi dengan apa yang anda akan beri di dalam kelas tersebut pasti akan ada demand yang tinggi.
Setahun yg lepas, ketika saya berkenalan dgn kerjaya freelance home tuition, saya terjumpa blog ini.. kemudian saya terus membeli buku MasterYus, bila saya mendapat buku itu, saya terus membaca habis.. dengan bermula dari ZERO, saya mula dengan pelajar pertama dgn kadar yg agak rendah.. bulan demi bulan, bilangan pelajar bertambah, pengalaman pahit manis deal dengan pelbagai jenis keluarga, lama kelamaan saya makin matang untuk meletakkan fees yang lebih berpatutan yg berbaloi.. fokus saya ialah kepuasan ibu bapa yang sanggup membayar saya demi EDUCATION anak mereka.. alhamdulilah, n tqvm to masteryus for sharing experience n knowledge, now saya mampu dpt income sperti full time worker padahal saya bekerja freelance part time sahaja.. syukur sgt.. permulaan yg baik apabila memilih untuk belajar direct dgn org y dah berjaya buat, walaupun gunakan buku.. tq tq tq
agak2 brape bayaran personal home tuition
>cikgu dtg ke rumah pelajar jarak 15-20min dgn kereta,area rumah plajar: pinggir bandar.
>2 pelajar form2 dan form 3.
>satu malam 1jam-1 1/2 jam. 2x seminggu..
>untuk subjek matematik dan sains
>pngalaman mngajar 2 tahun sains,sains tambahan di sek men
>part time tuition center lain yang sdang buat skrg ni, maths & science f3 maths & science upsr dgn bayaran, rm20 sejam.
>opsyen sains kimia
harap encik yus bole bagi pndapat.sbb ni first time sy nk buat personal home tuition.so xtau nk letak harga.takut nti dikate cekik darah..=)
kira berapa kos pergi dan balik sebulan untuk ke rumah pelajar, letakkan satu anggaran untuk kos minyak, kos maintenance kereta, kos lain2x.. kemudian ambil tahu berkenaan market fee kat area situ.. market fees ni bermaksud berapa kadar fess yg sanggup dibayar oleh orang di kawasan itu.. untuk area Kl, boleh baca macam yg MAster Yus tulis di atas.. untuk luar bandar maybe lebih rendah rate nyer,,
jgn terlalu risau andai rate fees tinggi, kerana kerjanya bukan mudah.. nak mengajar, membimbing, kaunseling..
yg penting servis yg diberikan ada result positif pd exam pelajar.. that s the best moment lah..!
Selamat sejahtera. Boleh kenakan berapa bayaran untuk Tusyen ini ? 3 murid dalam satu keluarga? Satu jam berapa. 2 Kali dalam satu minggu? Darjah 3 darjah 4 Dan darjah 6. Rumah kat banting selangor.
Salam MY. Terima kasih atas semua tip2 yang telah dikongsikan dalam blog ini. Saya telah lama berminat sebagai cikgu tuisyen tapi tiada keyakinan untuk bermula. Saya ada beberapa soalan yang memerlukan pendapat drpd MY:
1) sekiranya saya kenakan byaran bulanan pada setiap subjek, berapakah patut saya charge? sebab di kaw tempat tinggal saya, mereka prefer bayaran bulanan.
2) Saya bercadang untuk mengenakan charge sekitar RM50/person (thn 1 – 3, 3x seminggu), sekitar RM65/person (thn 4) and RM75.00 (thn 5 & 6). berbaloi ke?
tq.
Assalam..master yus or anyone here. need ur suggestion n opinion.
Sy kini berkhidmat sbg tenaga pengajar (pensyarah) di sbuah ipts..sy mmpunyai jiran yg inginkn sy mmbntu utk mngajar anknya (pelajar sek rendah darjah 3) since die tau yg sy ni seorg tenaga pengajar (pnsyarah) yg ngajar peringkat tinggi..Dengan niat yg mulia utk mmbntu dismping blh mndpt pndptn smpingn,jd,sy agak runsing dlm bbrpa perkara..
1) yuran yg perlu dikenakn kpd jiran.? (means tidak terlalu berkira @ perlu berkira))
2) bgmn kte nk tau current silibus.??
3) rujukan pe yg bersesuaian?
mngajar bg 4 sbjk: BM, BI, Maths n Sains.
Pngalaman: pnh mngjar 2 org adk teman (kawan ofis) peringkat PMR n SPM.
need your suggestion n opinion.tq.
(really proud n support your career)
Salam…bila lg seminar akan diaadakan?
salam master yus…boleh saya tahu bila lagi khursus ini akan diadakan lagi. Tks
salam master yus, sya raudhah, baru pertama kali mengajar tuisyen scr personal utk plajar lelaki ting 5 (math moden) aliran teknik..
berapa harga yang paling ideal utk saya letakkan utk 1 sesi (sejam stp sesi)?
mohon dijawab di email saya yer.
tq master yus. May Allah bless us. amin =)
Assalamu’alaikum Wrmbth,
Ikut lokasi seperti di Shah Alam dan KL, RM45 sudah memadai sejam. Wallahu’alam.
Salam untuk MY & friends. Saya bakal launching home tuition di taman perumahan saya di Seri manjung beroperasi di rumah sendiri. Saya adalah guru KPLI sekolah rendah, juga adalah partimer cikgu tuisyen utk mengutip pengalaman dan pernah menjadi pengurus pusat tusiyen ketika saya bekerja swasta dahulu. Saya akan mulakan dengan 2 subjek iaitu Math & BM bagi tahun 4,5 & 6. Kelas terhad kpd 8 murid satu sesi dgn harga RM35 utk kedua2 subjek. Minta MY & rakan2 beri suntikan semangat & nasihat utk saya. Terima kasih!
Assalamu’alaikum Wrmbth,
saya ada soalan untuk Master Yus, Bagaimana permintaan tuisyen semasa cuti sekolah?
bagaimana pula dengan hari raya puasa? Mesti cuti lama, boleh terangkan strategi menghadapi masa-masa tersebut
@Azam
Biasanya cuti sekolah, tuisyen berjalan macam biasa. Malah boleh dapat job tuisyen lagi daripada pelajar yang sekolah berasrama dan ibu bapa mereka tidak mahu anak mereka menghabiskan masa begitu sahaja.
Ikut pengalaman saya, cuti raya puasa hanya cuti seminggu dan masa bulan puasa cuti seminggu (sebelum raya) kebiasaannya.
Bulan November selepas peperiksaan besar seperti SPM dan PMR job tuisyen kurang. Masa nilah cikgu tuisyen cuti ‘sekolah’
Bulan Disember, tuisyen berjalan seperti biasa
Terima kasih En. farhan atas jawapan yang diberikan.
Satu lagi soalan, Bagaimana cara yang baik untuk menaikkan harga tuisyen sekiranya terdapat kenaikan kos sara hidup?
Contohnya kenaikan harga minyak? 🙂 Terima kasih ya
Tidak salah untuk memaklumkan kepada ibu bapa untuk menaikkan harga tuisyen jika ianya bersebab. Namun jika jarak 15 minit daripada tempat tuisyen, maka ianya tidak perlu pun tidak mengapa. Apa yang penting kita telah membuat perkiraan lebih awal sama ada ianya berbaloi atau sebaliknya.
Ini perkongsian daripada Cikgu Tuisyen yang berpengalaman. Syabas!
Waalaikumussalam. Belum sempat saya nak balas, protege-protege hebat saya sudi untuk berkongsi dan membantu untuk menjawabnya 🙂
saya ingin buka pusat tuisyen, boleh bg tips dan panduan?
Mungkin saudari boleh dapatkan buku saya ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’ di http://www.UsahawanTuisyen.com‘. Buku tersebut saya kongsikan langkah demi langkah cara untuk memulakan, menguruskan dan menjayakan pusat tuisyen. Semoga terus berjaya!
assalamualaikum…
saya berminat nk mulakan kareer sebagai cikgu tuisyen…
cuma satu perkara yg sentiasa bermain di fikiran,apabila saya perlu ke rumah pelajar.
kerana saya begitu berhati-hati dan tidak percaya untuk pergi ke rumah pelajar/ibu bapa.
risau dengan keadaan sekarang yg terlalu sosial (mencuri,meraba,merogol dsb)
bagaimana ya?
tq 🙂
@Azie
Syabas azie kerana berminat ingin menjadi cikgu tuisyen dan jangan sia-siakan peluang yang ada.
Berkenaan risiko, dimana-mana sahaja ada risiko. InsyaAllah dengan doa dan amalan kita dapat dihindarkan dengan masalah sosial
Bagus atas pandangan Cikgu Farhan.
Waalaikumussalam. Terima kasih dengan pertanyaan ini.
Jika saudari masih ada perasaan takut, lupakan dulu niat murni tersebut. Bila dah datang konfiden nanti, barulah mulakan. Saya tiada cara tertentu untuk hal ini sebab bahaya ada dimana-mana sahaja.
sy nk ty pendapat..berbaloi kah sy mengajar tuisyen untuk semua matapelajaran sek rendah dengan bayaran rm400…
@Eita
1) Berapa jam seminggu dan sebulan?
2) Jarak dari rumah ke tempat pelajar?
Ya berbaloi.
Assalamualaikum, sy seorang guru tuition utk sekolah rendah dan menengah. Sy ingin bertanya berapakah bayaran utk subjek maths dan sains sek rendah.private tution . Brp dikenakan ikut jam? Harap diberikn nasihat. terima kasih
hi MY,saya ni budak lepasan stpm 2010.sekarang saya keja kt kindergarten di area Miri Sarawak.then gaji kt kindergarten boleh dikatakan sedikit sbab kita ni duduk kt bandar..maklum lah smua barang dh naik harga. Then ada terfikir juga saya nak buat home tuition sblh mlm.kalau mnurut MY,layak ka saya buat home tuition dgn hanya ada klayakan stpm? thanks.pls give some advice.really appreaciate it.
Hai Teacher Dorothy. Untuk menjadi Cikgu Tuisyen, tiada had kelayakan tertentu sebenarnya. Jika teacher boleh mengajar mengikut silibus semasa, maka tidak timbul isu. Yang penting mengajar mengikut silibus apa yang student belajar disekolah.
Mulakan sahaja niat murni cikgu, daripada situ cikgu akan dapat mengatasi segalanya. Percayalah kata-kata saya ini. Selagi kita tak bermula, selagi itu kita tak rasai bestnya mengajar tuisyen.
Good Luck!
Hiii… awak dok kat mana di miri.. saya perlukan cikgu utk mengajar anak saya bm & bi… klo sejam rm15/perhour… sbb saya ada 2 org lagi anak buah yg berminat utk tuisyen seorg darjah 3 & seorg darjah 5…
assalamualaikum
saya pelajar degree applied math usm dan akan grad bulan 10 ni..sy sgt minat nak jadi seorang guru..pada saya kerjaya seorang guru sangat mulia..cuma takde rezeki..lepas spm n matrik ada mintak..tp tak dpt..
saya terpikir nak wat home tuition lepas final mei ni..tp takut tak dpt smbutan sbb takde bckground dlm mengajar..kelebihan sy cuma sy suka mengajar and senang nak dekati budak2(sekolah rendah)..
nak mintak kerja government cam susah..sy majoring statistik..tak byk kj yg ada..nak masuk sektor industri sy tak minat
ada tips yg berguna tak untuk beginner cam sy ni?
Waalaikumussalam. Terima kasih dengan komen ini.
Dulu saya juga bermula dengan langsung tiada pengalaman. Dulu juga saya mulakan dengan langsung tiada keyakinan. Tetapi dengan minat dan niat yang ada, saya lawan semua ketakutan tersebut. Akhirnya saya sampai hingga ke tahap ini. Selagi saya tak bermula (dulu), selagi itu saya tak akan rasa nikmatnya kerjaya murni ini pada hari ini.
Tip berguna daripada saya ‘Mulakan Hari Ini’. Boleh dapatkan buku saya ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’ sebagai rujukan.
Semoga terus berjaya!
slm..sy merupakan cikgu yg agak berpengalaman. sblm ni sy mengajar math form 3 di tuition centre. rm60 dikenakan kepada setiap pelajar oleh management. kelas sgt ramai. sekarang, student minta sy mengajar secara peribadi “home tuition”. berapakah harga yg sesuai? harga minyak perjalanan rm20
Terima kasih Cikgu Am sudi singgah ke blog ini. Isu harga sebenarnya tidak timbul apabila kedua-dua pihak bersetuju. Jika cikgu letakkan berapa harga sekalipun berdasarkan pengalaman dan teknik yang cuba cikgu terapkan, dan ibu bapa pelajar setuju untuk membayarnya, maka ianya tidak timbul isu tersebut. Setiap cikgu sebenarnya kena tahu harga perkhidmatan masing-masing. Ianya berdasarkan kepakaran dan pengalaman. Lagi banyak pengalaman, maka lebih tinggilah harganya 🙂
Semoga cikgu terus sukses!
tahniah diucapkan
Terima kasih Cik Shima Malek 🙂
Salam lagi skali My. Utk pengetahuan saya akan mengajar di area Putrajaya sahaja. (berpenduduk sebanyak 70000 org dan setiap precint ada sekolah menengah masing2). Harap guru2 tuition lain boleh beri sama komen. Wassalam.
Salam Cikgu Mat.tahniah kerana sudah menghadiri kursus.
Sudah buat profile di laman web yang dinyatakan didalam buku cikgutuisyen.com?
Maksud Cikgu Farhan, profile berserta resume ye dalam laman2 web yg berkenaan? Itu saya belum buat lagi. Saya masih sedang cuba mengulangkaji syllabus utk subjek matematik ini setakat ini…..
Saya ada kongsikan teknik dan perkara ini dalam buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’. Ianya telah banyak digunapakai oleh cikgu-cikgu tuisyen seluruh Malaysia 🙂
Putrajaya antara kawasan yang hot permintaan tuisyennya. Besar kawasan sana dan market masih fresh.
Salam MY. saya adalah salah satru drpd peserta kursus my pd akhir 2010. Saya nak tahu ini….. saya ada lihat dalam nota slaid yang my sertakan, ada tertulis yg kita jgn lah terkejut krn ada org yg mengambil tuition utk matapelajaran bm, bi, p. islam pun. Saya nak tanya adakah ia begitu juga utk matapelajaran matematik? Saya bercadang utk menjadi guru tuition matematik utk tingkatan 1-3. Adakah saya akan mendapat sambutan dan boleh buat duit sebanyak 5 hingga 6k juga jika saya rajin? Maksud saya ada begitu banyakkah permintaan utk matematik f1 hingga f3? Ataupun saya terpaksa mengajar matematik f4 n f5 sekali termasuk matematik tambahan utk mencapai gaji sebegitu?
Soalan kedua pula, slalunya bila mengajar subjek matematik nih, guru tuition patut mengajar menjawab soalan atau mengajar sama seperti di dalam kelas iaitu pada mulanya mengajar dan selepas habis sillabus topik itu baru buat soalan? Saya tak tahu bagaimana guru-guru tuition mengajar subjek ini, harapkan ada yg memberitahu. T.q.
W’slm. Setiap subjek ada permintaan masing-masing. Kita banyak buat andaian yang negatif disebabkan kita masih belum mencubanya. Bila dah cuba maka kita akan rasa betapa nikmatnya dan banyak permintaan tersebut. Jangan lupa sifir hikmat saya ‘Redah Jer’, maka kita akan tahu keputusan dihadapannya nanti. Nak capai pendapatan angka yang besar ada 2 tip utama, iaitu kena kreatif dan istiqomah. Hasil pasti akan menjelma.
Kedua, setiap cikgu cara pengajarannya berbeza-beza. Kan saya ada kongsikan dalam seminar cara yang paling efektif untuk kendalikan kelas tuisyen kita kan? Jika dah lupa, saya ingat nak buat satu video supaya boleh refresh di kemudian hari 🙂
Selamat maju jaya!
selamat untuk semua cikgu2 tusyen MY sy nak bukak tusyen kat kk tapi kurang keyakinan ape kate my bukak branch kat kk,sabah saye volunteer nak tolong + share nie…
salam.master yus,sy ni baru je grad degree.sy sgt2 berminat utk wat home tuition ataupn personal tusyen ni,tp masalahnye,sy x tau macam mana nak pasarkan diri sy ni.sbbnye di kelantan,,parents mcm cenderung utk anta anak diorg ke pusat tusyen,mmg penuh la pusat tusyen kat tempat sy.smpai jadi traffic jam time waktu peak hours die.adakah sy kena wat iklan2 cm flyers ke cmne?minta tunjuk ajar.sy betul2 berminat utk mengajar.mane2 cikgu kat sini,,sy minta tunjuk ajar ye.tq.salam
W’slm. Terima kasih Cikgu Farid sudi singgah ke blog ini.
Ya, untuk orang kenal bahawa kita jalankan khidmat tuisyen, maka kita kena beritahu khidmat tuisyen kita. Kita kena buat promosi diri. Cara paling efektif untuk memperkenalkan diri dan khidmat tuisyen kita, ada saya kongsikan dalam buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’. Cikgu boleh dapatkannya di MPH atau secara online di http://CikguTuisyen.com
Selamat maju jaya!
Salam kepada Cikgu Naina. Tidak semua pelajar menghadiri KAFA kerana pelajar sekolah menengah tidak menghadiri KAFA. Biasanya 2 atau 3 kelas boleh diadakan pada hari sekolah.
Jika pada waktu cuti ataupun pada hari Sabtu dan Ahad, 3 ataupun 4 kelas boleh diadakan
Terima kasih Cikgu Farhan, ini tip daripada seorang yang dah berpengalaman mengendalikan tuisyen 🙂
asslkum master Yus,sy baru je jmpa website ni,mmg menarik minat sy..sy mmg seorg guru skolah rendah swasta,sblum ni sy ada anak2 kecil yg perlukan perhatian..tp skrg ni sy dah bleh menarik nafas lega kerana anak saya dah besar2..so sy pun nak cuba buat home tuition ni…cuma kemushkilan sy..home tuition ni kita buat time yang mana?????pagi dia orang sekolah,tngahari diaorang pergi kafa plak..buat wktu malam je ke????abiss tu satu hari cuma bleh dapat 1 student je la…
harap jasa baik master Yus tolong explainkan sy..supaya sy tak pening2 kepala……tkasih.
W’slm Cikgu Naina. Terima kasih dengan pertanyaan ini.
Pengurusan masa adalah masing-masing punya pengendalian. Ada student yang tuisyen petang. Ada juga yang nak malam. Ada yang nak hujung minggu. Dan ada juga yang tuisyen waktu pagi (bagi yang sekolah petang). Berapa ramai student juga bergantung kepada konsep tuisyen yang hendak kita jalankan. Dan kesemua ini ada saya kongsikan dalam SeminarTuisyen.com
Pengurusan masa sangat penting dalam industri ini sebab kita akan berkejar dari satu rumah ke rumah yang lain untuk jalankan tuisyen. Selamat maju jaya!
salam my…, saya nak tanya berapakah harga berpatutan bagi satu jam yang harus di kenakan keatas pelajar untuk subjek addmath dimana satu sesi selama 2 jam seramai 10-12 orang persesi, home tuisyen di kawasan perumahan kota bharu, kelantan. terima kasih.
W’slm. Di luar kawasan KL harga caj tuisyen lebih kurang sahaja. Yang paling penting persetujuan antara ‘parents’ dengan tutor. Subjek AddMath RM40-60 per jam. Jika ‘group’ tuisyen, harga boleh caj mengikut pelajar. Sebagai contoh, seorang kita caj RM50 sebulan. Jika 10 orang = RM500 sebulan.
Seperti yang saya kongsikan dalam post diatas, harga kita boleh caj berdasarkan pengalaman, bahan mengajar, modul dan kepakaran. Dan ianya tiada isu bila kedua-dua pihak (parent dan tutor) bersetuju dengan harga yang kita tetapkan.
Selamat maju jaya!
Salam master yus, saya search di yahoo dan jumpa website ni, sbnrnya dalam fikiran saya nak buka pusat tueisyen, tapi terjumpa home tuition… banyak maklumat kat sini.
Thanks, nanti saya nak cari buku master yus kat popular lah!
W’slm. Terima kasih sudi singgah disini.
Untuk info tentang Bisnes Pusat Tuisyen, saudari boleh dapat info disini. Saya akan terus menulis berkenaan industri tuisyen dan pusat tuisyen di blog ini. Untuk lebih lanjut tentang memulakan Bisnes Pusat Tuisyen, boleh dapatkan buku ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’ di http://www.UsahawanTuisyen.com atau boleh ke bengkel saya di http://www.GuruTuisyen.com pada Disember nanti.
Selamat maju jaya!
Salam en Yus, terima kasih ye atas kata2 yg menyuntik semangat saya utk bergerak dalam bidang ini. Saya menceburi bidang ini pun secara kebetulan (drp tawaran parent).
Boleh en berikan emel supaya saya boleh bertanyakan sebarang soalan yg mengkin menjadi tanda tanya saya mengenai home tuition service ni (maklumlah masih hijau)?
I think It’s easier 4 me if I can get ur feedback thru my email. Thanks so much. And 1 more thing, in case, u r so bz wif ur bussiness n can’t reply my Q a.s.a.p, can u give another person’s (ur trusted protege) email to refer? Tq.
W’slm Cikgu Raudhah. Sama-sama, semoga apa yang cikgu lakukan mendapat kepuasan dalam kehidupan harian.
Boleh emel saya di admin@seminartuisyen.com. Selamat maju jaya!
Salam en Yus, saya pelajar tahun 2 d UPM. Alhamdulillah, dalam sibuk2 belajar, saya dtawarkan utk menjadi home tuition teacher drp sorg parents utk math n science(menengah rendah). Ini adalah pertama kali saya mendapat job ini dan tiada pengalaman langsung. Bolehkah en Yus memberikan tips2 ringkas n praktikal utk saya?Sebelum ini, saya pernah bekerja sbg guru tadika d sbuah tdika Islam. Mohon En dpt membantu saya. Semoga Allah merahmatimu.
W’slm. Terima kasih sudi singgah di teratak buruk ini.
Syabas, dalam masa bergelar pelajar dah mula ditawarkan untuk mengajar. Inilah yang dinamakan peluang. Dan tak ramai yang boleh terima peluang seperti ini.
Perkara pertama kali memang seronok dan mencabar. Dan daripada situ banyak yang kita akan belajar. Secara ringkasnya, saudari boleh mulakannya dengan cara saudari sendiri. Maksud saya, mengajar dengan ‘talent’ yang ada. Untuk terangkan secara praktikal, di blog ini kurang sesuai. Namun saudari boleh dapatkan buku pertama saya bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’ di kedai-kedai buku MPH atau boleh dapatkan secara online di http://www.CikguTuisyen.com. Dalam buku tersebut ada saya kongsikan bagaimana orang baru (tiada pengalaman) memulakan kerjaya tuisyennya.
Dan daripada pengalaman saudari sebagai cikgu tadika, saya merasakan yang tidak akan timbul masalah besar dalam bab pengajaran. Ini merupakan satu kelebihan yang perlu diketengahkan.
Selamat maju jaya!
a’kum master yus, area rumah saya sangat demand untuk mendapatkan yang murah dan tidak ingin harga tuiton yang kira sejam. Yang mereka ingin kan murah.. adakah berbaloi pada masa n zaman sekrang ni 3 subject rm 50? saya sangat keliru…
W’slm Cikgu Nisa. Terima kasih kerana bertanya dan tahniah kerana cikgu telah memulakan tuisyen.
Tiada masalah untuk meletakkan harga. Yang penting cikgu rasa ianya berbaloi dan pihak pelajar/parents berpuas hati dengan khidmat tuisyen cikgu. Jika tanya saya harga tersebut, saya akan kata “jangan buat kerja yang pulangannya tidak berbaloi”. Tidak perlu keliru, lakukan sahaja!
Selamat maju jaya! Besh!
Salam, Moga2 boleh berkongsi dengan Cikgu Wan…Patutlah Allah murahkan rezeki…Cikgu Wan ni sendiri memang pemurah….Offer cikgu Wan nak berkongsi modul tu … Saya beratur belakang cikgu Hazar lah nak menuntut dari Cikgu Wan juga….lepas menuntut dari Master Yus…menuntut dari Cikgu Wan pulak…boleh cikgu?
Wah, Cikgu Salina sampai menuntut-nuntut. Takut saya dengar. Harapnya tak tuntut apa-apa dari saya di akhirat nanti lah ya!
saya sudah balas e mel cikgu- ada gambar sekali saya attachkan… apa yang saya ada kita boleh kongsi bersama…
Syabas Cikgu Wan sudi untuk berkongsi!
Salam…sekadar berkongsi pengalaman. saya merupakan seorang guru sekolah menengah dan part time guru tuisyen di kajang. Saya bermula dengan home tuisyen di rumah rakan kira kira 5 tahun yang lalu… benar seperti kata master yus pada permulaan kita kena rendahkan dahulu kadar yuran – 5 thn lalu saya bermula dengan rm25 per jam – setelah mendapat kepercayaan ibu bapa, ekoran keputusan cemerlang pelajar, saya kini hanya membuat tuisyen di rumah dalam group seramai 20 – 25 orang untuk setiap group.Setiap orang saya ambil rm 100 untuk 3 subjek – bm, geografi dan sejarah di peringkat pmr dan bm n sejarah di peringkat spm. alhamdulilah pendapatan saya mencecah rm15 000 sebulan dan kadang-kadang lebih…untuk home tuisyen jika terdesak saja saya akan pergi kadar saya rm150 per jam. sesungguhnya bagi saya tuisyen boleh dijadikan kerjaya oleh seseorang individu…
W’slm. Terima kasih Cikgu Wan yang sudi berkongsi info dan secebis pengalaman sebagai seorang pendidik. Dengan pendedahan ikhlas dan eksklusif ini, maka terbuktilah ada insan hebat diluar sana yang telah menikmati habuan emas sebagai seorang cikgu tuisyen walaupun secara sambilan.
Dengan hasil pendapatan mencecah RM15,000 sebulan adalah suatu yang boleh dijadikan contoh terbaik setakat ini. Ini bermakna industri tuisyen ini benar-benar mampu memberikan pulangan yang amat berbaloi kepada sesiapa sahaja yang terlibat. Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Wan dengan pencapaian yang amat hebat ini. Saya suka dan sungguh teruja dengan pengakuan ikhlas ini.
Selamat maju jaya! Besh! 🙂
alhamdulilah…rezeki Allah beri…jika ingin nota atau modul yang telah saya buat boleh kita kongsi bersama –
cikgu_izanorliza@hotmail.com.. ilmu kita tidak boleh lokek… kita kena ikhlas dengan pelajar kita… saya juga adalah penanda bm pmr dan spm… jika ada yang tidak memahami atau ada kemusykilan boleh tanya saya melalui e mel…
Apabila tawaran telah dibuka, yang tak ambilnya amat rugi 🙂
Rezki tuhan banyak melimpah ruah dimuka bumiNya. Ada yang nampak, ada yang tak perasan dan ada juga yang buat-buat tak nampak. Ada yang nampak tapi kurang jelas. Dan nak lebih penjelasan, perlulah bersemuka dengan mereka yang telah lakukannya!
Wow, dasyatnya income tu…Tahniah Cikgu Wan…Teruskan…Harap-harap dapat mengeteh dengan Cikgu Wan satu hari nanti…InsyaALLAH…
Saya ada hantar emel kepada subscriber berkenaan info hebat ini. Dan ramai yang respon kepada saya. Ada yang tak percaya pun ada. Namun saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan bukti yang ada dalam post blog ini. Siapa yang tak percaya, boleh berkongsi disini. Semoga perbincangan yang bermanfaat dapat dilahirkan.
insyaallah boleh. contact saja saya melalui e mel…
hai cikgu wan, saya dari sarawak. saya telah membawa comment drpd cikgu. saya amat kagum dengan cikgu, dan berharap dapat belajar daripada cikgu 1 day nanti, coz saya juga br nak berjinak-jinak untuk mengajar tuisyen…
Tq.
baru jumpa blog ni…nice…sy pun buat home tuition jg di rumah sendiri, kwsn luar bandar. mohon kpli pun x dpt2, nilah penggantinya. nak sgt jd gurukan…buat keja ni ada pasang surutnya…hem…apapun akan kuteruskan jua…
Terima kasih sudi singgah teratak buruk ini. Tak salah mula secara kecil-kecilan. InsyaAllah nanti akan berkembang juga. Selamat maju jaya!
Salam Master Yus,
Saya bekas guru Bahasa Inggeris dan berpengalaman mengajar selama 14 tahun. Saya baru sahaja meletakkan jawatan atas sebab2 peribadi. Sekarang ini saya tinggal di kawasan Setiawangsa dan berminat untuk mengadakan tuisyen di rumah sendiri. Dan saya ingin menghadiri seminar Master Yus. Bilakan tarikh seminar yang seterusnya. Harap maklumkan kepada saya. terima kasih.
W’slm Cikgu Norehan.
Seminar akan datang pada 31 Oktober 2010. Cikgu boleh lihat di website. Terima kasih dengan minat untuk hadir.
Selamat maju jaya!
Pandangan yg baik. Sbg seorang yg masih baru dlm bidang kepakaran tuan MY, sy kira sy perlukan kedua2nya. Harap tuan berkesudian menjadi mentor sy.
Semoga kita bertemu.
Teruskan niat dan usaha yang baik. Semoga diberi peluang dan jalan yang sebaiknya. Saya juga ingin belajar daripada tuan.
Selamat maju jaya!
Salam tuan,
Sy menaruh minat yg mendalam ttg tuisyen ini setelah meneliti pengalaman & perkongsian hebat tuan MY di web2 tuan. Soalan ringkas sy..memadaikah sekadar memiliki buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’, atau perlukah juga sy turut serta dlm seminar yg dianjurkan?? (jika tak silap bakal dilangsungkan ahad terdekat ini). Mohon bg pandangan peribadi..
W’slm Tuan Fazwan. Terima kasih sudi singgah di teratak buruk ini.
Jawapan ringkas dan ikhlas daripada saya. Tak perlu dapatkan buku dan hadiri seminar pun boleh mulakan tuisyen. Ya benar, ini sebenarnya bergantung kepada apa keperluan seseorang itu sebelum bermula. Jika perlu baca buku, maka dapatkanlah buku. Jika masih tak cukup dengan buku, maka datanglah seminar.
Fungsi saya jalankan seminar, bukan untuk buat duit daripada seminar. Jika saya tak buat seminar pun, saya masih lakukan tuisyen dan jana income daripada tuisyen. Saya jalankan seminar untuk berkongsi secara ‘Live’ kepada peserta. Dan disitu berlakunya dua hala perbincangan.
Fungsi buku pula adalah untuk mereka yang berada di Sabah, Sarawak, Brunei dan lain-lain. Saya nak sebarkan perkongsian dan pengalaman saya dalam bidang tuisyen dengan lebih meluas. Ianya juga boleh membantu.
Harap jawapan ini membantu. Selamat maju jaya!
salam MY, saya dari swk, saya akan cuba dptkan buku MY untuk panduan masa hadapan, saya bercadang nak dapatkan dengan segera, kalau tak dapt segera drpd kedai buku saya akan buat order thr.online….
saya amt kagum dengan kejayaan MY dan yang lain nya dlm blog ini yang telah berjaya sbg. guru tuisyen..
tahniah utk semua..
Akum master YUS, saya tertarik dan berminat nak buka servis “home tuition” kepada pelanggan2 dan komuniti saya. Macam mana kita nak uruskan sebuag “Center HomeTuition” ? Bagaimana nak charge customer? Bagaimana nak berurusan dgn ibu bapa? Bagaimana nak amik komisyen daripada tutor? dan perlukah ader peraturan2 yang kita perlu kenakan pada customer atau tutor?
W’slm Cikgu Naza. Bagus idea tersebut.
Baik cara yang mudah seperti ini. Orang memang dah kenal dan tahu pusat tuisyen cikgu. Jadi kadang-kadang ada ibu bapa yang bertanya sekiranya kita ada juga khidmat untuk ‘home tuition’. Maka disini, kita juga boleh jalankan khidmat tersebut.
Mulakan dengan mengumpul ‘database’ dan dengan serentak boleh mulakan khidmat ‘home tuition’ tersebut. Boleh juga wujudkan ‘personal tuition’ di ‘centre’ kita. Pembayaran pelajar, komisyen tutor dan sistem tersebut kita yang perlu wujudkan.
Pendekatan promosi dan pemasaran, sama seperti yang saya kongsikan dalam seminar. Selamat maju jaya!
salam MY..sy ada degree English dan diploma pendidikan.. sy mmg minat mengajar dan pernah mengajar di sekolah rendah sbg guru KPLI tetapi berhenti atas sbb2 tertentu.. sy ingin mula mengajar semula tetapi tak tau mcm mn nk market diri..
harap MY boleh bantu..
W’slm saudari Ellyn. Saya nampak saudari ada talent dan pengalaman. Jadi banyak permintaan di luar sana yang perlukan cikgu seperti saudari.
Nak mula boleh beritahu jiran, saudara mara, kenalan yang saudari ada khidmat tuisyen. Nak mula memang agak susah, tapi bila dah mula memang susah pula hendak berhenti.
Ada dapatkan buku saya ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’? Dalam buku tersebut saya kongsikan dengan panjang lebar bagaimana untuk mula perkenalkan diri sebagai cikgu tuisyen.
Selamat maju jaya!
Jika Encik Yus ingin buka tuition centre di Kota Kinabalu, i want to be a part of it. I’m a S’porean living here plus a tutor as well. Gaji boleh runding. Minimum RM1000.
Mungkin boleh dipertimbangkan untuk buka bisnes di Sabah nanti ya saudari Maz 🙂
sgt2 membantu… terima kasih…
Sama-sama.
Terima kasih atas info yang diberikan..
Lupa pula nk tanye pasal syarat ape yang diperlukan jika nak buat part time tuisyen di rumah sendiri ni?
Contohnye perlu ke kita minta permit/lesen dari mana2 jabatan? saya mungkin akan mengedarkan flyers, atau post iklan di website tapi agak risau jika dipertikaikan tentang permit atau lesen..
TQ
Tiada sebarang syarat yang diperlukan jika lakukan tuisyen dari rumah. Tak perlu minta lesen/permit. Dan tiada isu disini melainkan ada premis perniagaan dan tiada lesen, itu memang salah. Rumah bukannya premis perniagaan.
Harap membantu. Terima kasih.
saya graduated (diploma) dan sekarang meneruskan pengajian diperingkat ijazah dan masih belum selesai pengajian (tahun terakhir),sambil belajar, saya ingin menjalankn kerja sambilan sbg guru tuisyen dirumah saya sendiri (area shahalam)
tp belum pernah m’punyai pengalaman mengajar tuisyen.. mungkin ingin mengajar beberapa subjek untuk pelajar sekolah rendah.. brapa rate yg sesuai sy berikan per jam? apa lg keperluan di rumah yg perlu saya sediakan? dan berapa pelajar yg disarankan/sesuai diajar dalam satu masa2 tertentu.. TQ
Terima kasih she sudi singgah disini.
Untuk rate sekolah rendah, sekitar RM10-RM30 per jam. Namun ianya mungkin boleh jadi lebih tinggi dan rendah bergantung kepada perbincangan dan persetujuan antara pihak parent dengan tutor.
Keperluan seperti meja, kerusi, kipas, papan putih, buku latihan dan lain-lain peralatan yang dirasakan perlu dan sesuai untuk digunakan.
Bilangan pelajar, dinasihatkan sekitar 3-5 orang untuk sesuatu sesi. Untuk personal mentoring, paling ramai adalah 2 orang.
Harap dapat membantu!
Salam,
Tima kasih MY sebab reply cepat, yelah nak buat macammana ye, takde rezeki.
Insyaallah, betul jugak tu kalau kita tak mencuba selamanya kita tak tahu kebolehan diri.
Terima kasih ye MY, semoga MY beroleh rezeki dan diberkati Allah s.w.t. sentiasa.
Doakan saya berjaya ye!
W’slm saudari.
Saya percaya rezki tuhan amat banyak dan luas. Saya juga percaya rezki tuhan akan jatuh melimpah ruah kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas.
Selamat maju jaya!
Salam,
MY, saya nak tanya…saya amat2 berminat nak jadi cikgu tapi takde rezeki dah 10 kali mintak KPLI tapi tak dapat jugak, bagi memenuhi impian nak jadi cikgu saya ingat nak buat tuisyen di rumah, tapi saya tak yakin dengan diri sendiri. Buat pengetahuan MY, saya kelulusan Ijazah Perbankan Islam UiTM dan penah keje di Kementerian Pelajaran dan sekarang nie dah menganggur selama 5 tahun.
Apa nasihat MY?…saya memang nak sangat jadi cikgu nak curahkan ilmu.
Terima kasih MY.
W’slm.
Oh dasat tu dah 10 kali minta tak dapat-dapat. Nampak sangat ada kekejaman disitu. Saya sendiri pernah 2 kali hendak mohon, namun setiap kali hendak mohon, tarikh telah tutup. Memang sangat frust, salah saya juga lambat bertindak 🙂
Namun, cikgu tuisyenlah sebagai penggantinya hingga hari ini.
Nak jadi apa sekalipun perlu ada keyakinan sendiri. Jika tak, susah jadinya.
Nasihat saya, cuba sahaja lakukan dan mulakan. Selagi ianya tak bermula, maka kita susah hendak menilai potensi sebenar yang ada pada diri masing-masing.
Jangan takut kepada kegagalan, kerana ianya amat membantu dalam membina kejayaan.
Semoga saudari terus berjaya dengan apa yang sedang dilakukan sekarang.
Cikgu,
Alhamdulillah..berkat kesabaran, saya telah mendapat panggilan telefon dari seorang ibu yang meminta saya untuk mengajar anaknya.
Walaupun masih belum pasti saya akan menjadi tutor kepada anaknya, tetapi saya yakin peluang untuk mengajar masih ada.
Cuma saya ingin meminta nasihat dan tips dari cikgu, bagaimana saya ingin letakkan harga kepada situasi berikut:
1. Saiz kumpulan 3 orang
2. Subjek – 4 jenis ( 3 subjek PMR dan 1 subjek SPM).
3. Tiga orang pelajar berlainan tahap ( seorang f3, f4, dan f5).
Adakah wajar saya meletak harga per sesi dan mengajar 3 orang serentak? ( walaupun tidak sesuai, tetapi murah).
Ataupun..meletak harga berlainan, dan mengajar setiap orang berlainan sesi? (seorang per sesi)
Mungkin cikgu boleh membantu saya berdasarkan pengalaman cikgu yang ada.
Terima kasih
Tahniah Cikgu Azrul telah diberi kepercayaan untuk mengajar tuisyen.
Ini kes adik beradik?
Ok begini, cikgu boleh asingkan yang PMR dengan f4 & f5. Buat 2 sesi. Harga mengikut jam mengajar. Perlu diingatkan disini, khidmat ‘home tuition’ akan dibayar mengikut jam.
Namun sekiranya berlaku kes berkumpulan, maka perundingan harga boleh dilakukan. Dan ianya bergantung kepada cikgu sama ada berbaloi atau sebaliknya.
Dan bagi saya, tak salah untuk cikgu laksanakan apa sahaja yang cikgu rasakan perlu. Sekiranya kurang sesuai, pasti cikgu akan jadikannya sebagai pengajaran di masa akan datang.
Semoga berjaya!
salam MasterYus… saya baru posting sebagai guru, lulusan luar negara, awal bulan ni saya mula adakan home tuition di rumah sendiri… mengajar di kawasan pekan kecil.
saya mengadakan home tuition pun atas permintaan students n parents. 1 minggu hanya sekali selama 2jam untuk subject maths.
hari ni selepas hntar tuition, parents tanya saya tentang bayaran…saya memang letakkan harga sendiri (bukan parents y cakap nk bayar berapa). saya kata..saya ambil RM5 satu jam…. 1minggu=2jam, 1bulan=8jam so 8×5=rm40 seorang… mula2 parents smua kata ok…tp bl dh ambil anak masing2 n sampai rumah(i think;) seorang penjaga msg saya dan minta kurangkan dari RM40 ke RM30 sebulan… bagaimanakan cara untuk saya menjelaskan kepada mereka dengan ayat yang baik dan sopan untuk meletakkan harga rm40 dan tiada pengurangan?
W’slm Cikgu Anis. Pertamanya tahniah kerana telah berjaya memulakan tuisyen hanya dari rumah.
Berkenaan dengan harga, cikgu perlu beritahu dengan jelas apa yang cikgu bakal berikan kepada anak-anak mereka dengan harga tersebut. Apa kelainan & kelebihan Cikgu Anis jika hendak dibandingkan belajar dengan cikgu lain. Dan kenapa mereka perlu membayar khidmat tuisyen dengan harga yang setimpal dengan ilmu yang bakal diajarkan.
Apabila keyakinan mereka timbul, maka tiada isu dalam pengurangan harga.
Selamat maju jaya!
Assalamualaikum MasterYus,
pertamanya saya nak mengucapkan terima kasih, sebab buku MasterYus antara buku pertama saya baca tentang cara membuat duit dengan membuat Home Tuition.
dan nyata terbukti selepas saya melaksanakannya! Alhamdulillah.
dan, saya ada soalan.
1. Tak salah ke kita charge yuran yang berbeza pada ibu bapa yang berbeza, Contoh parents A, kita charge Rm25/1 jam parents B, kita charge Rm30/1 jam.
MasterYus ada pengalaman tak di mana ibubapa mempertikai charge yang MasterYus bagi kat ibubapa yang lain.
kalau ‘kantoi’ kenakan yuran berlainan, camne tu?
Terima kasih, =)
Waalaikumussalam saudara Syafiq.
Tahniah dan terima kasih kerana telah mendapatkan buku saya, semoga perkongsian pengalaman dan ilmu dalam buku tersebut dapat membantu saudara dalam mengembangkan kerjaya tuisyen.
1. Tiada masalah jika kita caj harga berbeza kerana ibu/bapa tidak kenal antara satu sama lain (melainkan mereka saudara/jiran dsb).
Kantoi hanya apabila kita yang beritahunya dan pengalaman saya tak pernah berlaku perkara ini kerana persetujuan harga antara saya dengan ibu/bapa tersebut. Tiada pertikaian jika mereka setuju.
Saya bru terjumpa dgn website ni, bru saya tahu cikgu tuition juga blh di jadikan kerjaya. Saya nak tanya apakah kelayakn yg diperlukan utk memulakn job in? Perlukah apa2 sijil/ approval drpd pihak kementerian pendidikan? Atau hanya perlukn pengalaman atau kemahiran dlm sesuatu subjek itu shj sudah memadai? Berkenaan caj per jam seperti yg tlh diterangkan, berapa kali dlm semiggu/ sebulan kelas akan diadakan? Katakn sekali seminggu, bagaimana pengiraan nya? 4 jam x rm30 = rm120 sbln satu subjek? (cth rm30 sejam)
Dura, untuk pengetahuan anda, kelima-lima soalan yang diajukan semuanya ada saya jelaskan di dalam buku saya ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’, mungkin anda boleh dapatkan dipasaran atau pinjam sahaja rakan-rakan yang memilikinya 🙂
Namun saya akan kongsikan juga disini:
1. Kelayakan adalah anda tahu silibus dan topik subjek yang hendak diajar.
2. Tidak perlu sijil kahs untuk menjadi Cikgu Tuisyen.
3. Pengalaman dan kemahiran adalah 2 aspek yang berbeza dan ianya boleh dipupuk.
4. Kelas bergantung kepada persetujuan antara pihak ibu/bapa pelajar dan cikgu tuisyen tersebut.
5. Katakan seminggu kelas 2 kali selama 8 jam dan sejam kita caj RM40. Maka caj bulanan adalah 8jam x RM40 x 4minggu = RM 1,280 pendapatan sebulan.
Terima kasih.
Cikgu,
Saya merupakan bekas guru (Gstt) dan sekarang berkhidmat sebagai eksekutif di kawasan taman tun. Saya dah cuba untuk memasarkan tuisyen saya melalui online, tapi hampa.
Saya memang berminat dengan home tuition sebagai extra income saya, tetapi bagaimana cara terbaik untuk saya memasarkan kemahiran saya? ini kerana ibubapa lebih gemar mengambil tutor yang berpengalaman
Saudara Azrul, memang benar dalam apa kerjaya sekalipun, pengalaman adalah menjadi pilihan utama. Namun kita perlu lihat dari sudut yang berbeza, apa kelebihan dan kekuatan yang kita ada jika nak dibandingkan dengan yang berpengalaman? Ini yang pertama.
Keduanya, teknik pemasaran adalah satu seni yang perlu kita belajar dan lakukan secara berterusan. Bukan istilah hampa, namun belum kena cara yang berkesan. Pemasar yang hebat adalah apabila mereka telah menjumpai cara yang paling mudah dan berkesan. Itulah yang dinamakan seni yang perlu dilakar.
Farhan: Dalam kes dua pelajar, pendapat MY itu sangat praktikal dan saya gunakannya…walaubagaimanapun pastikan parent pelajar bayar terus kepada kita dan bukan melalui parent perantara (biasanya tuan rumah)…
Am: Cuba hubungi pusat tuisyen berhampiran dan tanya owner pusat tuisyen berapa bayaran yang mereka bagi pada cikgu-cikgu mereka…
Nor Azlina: Sepatutnya job banyak pendapatan pun banyak…mungkin apa yg anda maksudkan adalah pendapatan selepas tolak kos utilities bulanan anda…Saya pernah mendapat RM2800 sebulan secara sambilan pada tahun 2008 dengan hanya 6 job sahaja…jika anda buat full time mungkin boleh mendapat job yang banyak sehingga 15 job seminggu atau lebih dan pendapatan juga boleh mencapai RM5k hingga RM7k…kalah gaji engineer petronas…he he
Cikgu Hazar : Dalam kes 2 pelajar, saya ingat hendak mengenakan bayaran awal bulan. Maksudnya sebelum kelas bermula. Praktikal ke?
Farhan, sebaiknya bayaran diambil selepas sesi mengajar. Kita ajar dahulu, hasil kemudian.
Assalamualaikum MY,
Saya dah berkecimpung dlm bidang tuisyen dah hampir sepuluh tahun. Saya boleh mengajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dlm subjek matematik, science, english dan bm. Student saya pun ada yang sudah mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, dan PMR. Soalnya, pendapatan saya terlalu kurang berbanding dengan job. Adakah sebab yuran saya murah atau lokasi tak sesuai?
Waalaikumussalam saudari Nor Azlina. Terima kasih dengan soalan yang bagus ini.
Pertamanya, tahniah saudari seorang yang amat berpengalaman dalam bidang tuisyen. 10 tahun adalah satu jangkamasa yang sangat lama dan pastinya banyak pengalaman manis & pahit saudari telah temui.
Berkenaan dengan kenyataan saudari, ada perkara yang saya kurang jelas iaitu ‘Pendapatan saya terlalu kurang berbanding dengan job’. Mungkin saudari boleh jelaskan/detailkan apa yang saudari hendak maksudkan?
Pendapat saya, jika kita banyak job tuisyen, maka pendapatan ‘posible’ untuk tinggi. Pengalaman saya sendiri pernah terima 12 job tuisyen di tempat yang berlainan. Jadi pada waktu itu ‘income’ memang tinggi.
Berkenaan dengan lokasi, saya telah nyatakan di post diatas.
Terima kasih.
Salam…sy bercadang utk berpindh ke kulim n membuat kelas tuisyen di sana..pd pendapat master yus berapa bayaran yg bleh dikenakan utk individu atau sec berkumpulan…utk pengetahuan master yus sthn dua ini saya sudah berjinak2 mengadakan hometuition bg subjek math n add math n insyaAllah selepas ni sy ingin kembangkan kepada subjek2 lain seperti sains,sej dan bahasa melayu pula..
W’slm Am.
Pendapat saya telah dinyatakan di post atas :), ianya bergantung kepada kawasan sekitar dan sama ada Am rasa berbaloi atau sebaliknya.
Tiada salah untuk melakukan percubaan harga. Ianya akan memberikan gambaran kepada kita ‘market’ dikawasan tersebut.
Selamat maju jaya Am!
Salam.
MY,saya mengenakan caj RM45 sejam bagi subjek matematik tambahan.Adakah jika ada 2 pelajar yang ingin mengambil khidmat saya,bolehkah saya mengenakan caj RM90 sejam?
W’slm Farhan. Ya boleh.
Namun cadangan saya, apabila ada penambahan pelajar, kita boleh kurangkan caj per jamnya. Contoh, Jika seorang kita caj RM45/jam, apabila ada penambahan seorang pelajar, maka kita buat tawaran RM35-40 per jam seorang. Dan apabil tambah seorang lagi, boleh berikan ‘less’ RM5 lagi.
Kita masih untung besar apabila buat cara ini :), semoga berjaya!
pernah dulu ngajar add math juga..parent tu invite anak rakan..sy terus beri rate diskaun..dia pulak nasihatkan sy..biasanya tutor dtg rumah tak buat gitu..biasanya dia kata kurangkan pada total amaun..al maklum masa tu belajar di uia lagi..