Salam Kemerdekaan ke-52 & Tips Tuisyen di Bulan Ramadhan

Share

Sedar tak sedar hari ini dah masuk bulan September. Dan hari ni juga telah masuk 11 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Kini dah masuk fasa ke-2 Ramadhan. Jika kita buat renungan semula, bagaimana prestasi semasa puasa kita? Semoga ada la peningkatan prestasi pahala ye tak? Jangan perut sahaja yang makin menaik :-)

Selamat Hari Merdeka yang ke-52! Khas saya tujukan kepada Rakyat Malaysia. Ini hanya sekadar laungan dan tulisan. Kita sebagai rakyat negara ini perlu berbangga dan gembira. Semoga pemikiran kita juga bebas daripada jajahan ‘Minda Sempit & Negatif’.

September, ini dah dikira masuk fasa ke-3 untuk tahun ini. Bagaimana pula pencapaian kerja/bisnes yang kita usahakan? Ada kurang daripada 4 bulan lagi, tahun 2009 akan berakhir. Apa ni Master Yus? Apa yang MY nak kongsikan ni? Sabar kawan, teruskan membaca tulisan saya hari ini.

Bagi Cikgu Tuisyen seperti saya, bermula minggu lepas dan minggu ini adalah minggu untuk ‘collect fees’ tuisyen. Dan saya percaya, cikgu tuisyen diseluruh negara pun sama juga. Bagi yang berkerja dengan majikan tu, mesti tersenyum lebar dengan gaji yang diterima.

Ahad lepas saya berkesempatan ‘Dating’ dengan perempuan yang bernama ‘Isteri’ di KL. Kami park kereta di Sogo dan memulakan 1st destination di sekitar JMI (Jalan Masjid India). Sebelum itu kami ke PWTC window shopping untuk Pemeran Dekorasi Rumah. Kat sana terserempaklah dengan ND Lala dengan family dia (wife, 2org anak laki, si Shiela n si Shada). Jeles betul tengok dorang dok belek-belek untuk dekorasi rumah. pssttt family tu kan Jutawan…

Punyalah ramai orang di sekitar KL bershopping, walaupun dimomokkan dengan wabak H1N1, tetapi langsung mereka tak takut. Kami punyalah pakai ‘mask’, risau gak berkeliaran dalam kesesakan lautan manusia. Isteri saya shopping sakan, beli koleksi tudung RATU sahaja berhabis 300++ waduhh.. At last saya yang tak sempat beli apa yang dihajat. Dun worry MY, later akan kembali lagi di Jln TAR.

Sebenarnya saya nak kongsikan kepada pembaca tentang ‘Market Tuisyen di bulan Puasa‘. Semakin melalut MY bercerita plak. Ini kerana ada beberapa orang yang menghantar emel bertanyakan hal ini. Bagi saya cuti sekolah minggu lepas saya gunakan dengan sebaiknya. Terutama untuk pelajar UPSR yang semakin getir dengan kehadiran tarikh keramat 8 September 2009. Budak yang periksa, ada sesetengah cikgu yang beriya-iya macam mereka pula yang akan menduduki peperiksaan. Tapi inilah lumrah cikgu yang mengajar sungguh bersemangat untuk membantu pelajar mereka berjaya dengan cemerlang.

Setiap tahun pada bulan puasa sebenarnya memang akan ada sedikit terjejas masa tuisyen. Ye la, siang letih puasa malam pula berterawikh. Disini pengurusan masa amat penting. Saya akan cadangkan kepada pelajar untuk mula tuisyen lebih awal. Sebagai contoh jika hari biasa start tuisyen jam 3.30petang, hari puasa boleh mulakan jam 2-2.30petang. Ini kerana mereka pulang lebih awal ketika puasa. Malam pula jika start 8malam, dibulan puasa boleh mulakan jam 9-9.15 selepas terawikh 8 rakaat.

Sabtu dan Ahad pula tiada masalah. Jadi sebenarnya tiada kesan besar tuisyen dalam bulan puasa ni. Cuma kita pandai atau tidak menguruskan masa dan pelajar kita. Alasan letih, penat, lesu dan seangkatan dengannya tidak akan timbul jika kita bagi sebab yang munasabah terutamanya kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar. Bagi pelajar biasa juga tidak kurang dengan periksa akhir tahun mereka.

Dan bagi pelajar bukan Islam, jadual mereka seperti biasa. Cuma kita sahaja yang mungkin perlu buat sedikit perubahan/pengurusan masa disebabkan waktu berbuka dan bertarawikh.

Pernah beberapa tahun lalu masa bulan puasa, setiap hari saya berbuka puasa dirumah student. Lepas terawikh (rumah depan masjid di Seksyen 18 Shah Alam), terus mulakan tuisyen. Bulan itu sahaja saya terima hampir 2k daripada parents tersebut.

Kesimpulan disini, memang tiada kesan besar (walaupun memang ada kesan) jika kita pandai menguruskan masa dan maklumkan segala perubahan tersebut kepada pelajar kita. Saya sendiri yang telah bertahun-tahun lakukan tuisyen di bulan puasa sudah tak timbul lagi persoalan tentangnya. Cuma cara kita tangani yang menjadi persoalan. Yang betul-betul mencabar adalah ketika raya. Biasanya pelajar akan bercuti 1-2minggu. So tuisyen pun memang kena cuti, melainkan jika kita ambil pelajar yang nak periksa besar PMR & SPM. Student seperti ini memang tiada istilah cuti bagi mereka. So tuisyen berjalan seperti biasa selepas 4-5 hari berhari raya.

Saya harap tips kali ini jelas kepada cikgu-cikgu tuisyen sekalian. Jika ada pertanyaan boleh kemukakan diruangan komen, insyaAllah saya akan bantu.

Share

Related Posts

About The Author

10 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.