Membina Kualiti ‘Branding’ Diri dan Produk Kita!

Share

Salam hormat pembaca yang saya hormati.

Saya rasa terpanggil untuk menulis topik penting ini. Walaupun topik ini banyak yang telah dibincangkan, namun masih ramai yang tidak mengambil perhatian tentang kepentingan dan kekuatan ‘branding‘ dalam diri dan perniagaan yang kita jalankan.

Baiklah, bagi diri saya sendiri, apabila sesuatu itu penting maka saya akan utamakannya. Saya akan kejar isu yang penting itu. Sebabnya paling mudah, kita nak bertapak lama dalam industri. Maka perkara asas yang penting ini, saya akan bina dengan kukuh terlebih dahulu.

Bila kita bertanya, siapakah Jutawan Internet Malaysia? Siapakah Jutawan Hartanah? Siapakah empunya Air Asia? Siapakah Otai Ebay/Lelong Malaysia? Penerbit Buku Berbahasa Melayu Terbesar? Usahawan Internet yang Berjaya? Siapakah Jutawan Berani Gagal? Apakah itu Colgate? Siapakah Ramly? Aminah Hassan?

Saya taknak jawab soalan-soalan tersebut. Saya rasakan pembaca lebih bijak untuk menjawabnya.

Soalan bonus daripada saya. Siapakah Pelopor Industri Tuisyen di Malaysia? (tepuk bahu jawab sendiri ya)  :)

Saya sering diajukan soalan-soalan seperti;
‘Master Yus, bagaimana orang nak kenal kita sebagai seorang Cikgu Tuisyen?’

‘Saya dah lakukan tuisyen sejak 2 tahun yang lalu, tapi tiada peningkatan dari segi bilangan pelajar dan pendapatan bulanan. Bagaimana untuk menambah baik hal ini?’

‘Job tuisyen yang saya terima sangat sedikit lah. Bagaimana nak tambah job ya?’

‘Bagaimanakah cara promosi produk kita yang paling berkesan? Saya ada produk, tapi susah nak jual.’

bla..bla..bla..bla..bla banyak lagi soalan yang hampir sama diajukan.

Jawapan yang paling mudah adalah disebabkan masalah ‘Branding’.

Baiklah, cuba pula kita lihat hasil daripada protege-protege yang saya telah stresskan hal ini kepada mereka.

(p/s: Ada antara blog/minisite diatas yang tidak update atau pun belum siap sepenuhnya. Saya ingin bertindak sedikit kejam untuk memastikannya update dan menaikkan nama pemilik blog/website tersebut. Jangan marah saya ya)

Ada antara website/minisite/blog diatas yang telah banyak membantu menaikkan nama dan branding masing-masing. Ini adalah salah satu cara bagaimana kita mudah dikenali. Itu sebab saya amat streskan kepada protege-protege saya agar mempunyai blog/website dot com sendiri.

Percaya atau tidak, hal ini adalah salah satu cara bagaimana untuk menjawab persoalan-persoalan diatas tadi. Dan hal ini juga akan menyebabkan pelanggan akan datang mencari anda. Malah bukan sahaja pelanggan yang datang, media, kenalan lama, projek-projek baru akan datang menadah kepada anda menawarkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan poket anda. Tak percaya? Cubalah…

Hari ini kita sibuk menghabiskan masa untuk menaikkan nama Bos kita. Kita memperuntukkan 3/4 masa kita untuk mereka. 1/4 lagi kita menghabiskan masa dengan urusan kita yang lain. Malah kadang-kadang kita boleh kata “Aku tak ada masa lah nak buat/update benda ni”. Sebenarnya, kita yang tiada masa atau masa yang tiada kita?

Selepas 2,3 tahun kita masih di tahap yang sama, sedangkan 2,3 tahun juga ada kawan-kawan kita yang telah sukses dengan branding mereka. Jadi apa yang hendak kita tunggu lagi? ….

Cuba fikir-fikirkan…

branding

MasterYus.com

Share

Related Posts

About The Author

5 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.