Selamat Hari Lahir Buat Kekasih Hatiku, Teman Sejati.

Share

Selama Ini Ku Mencari-cari, Teman Yang Sejati,

Buat Menemani Perjuangan Suci,

Bersyukur Kini PadaMu Illahi, Teman Yang Dicari,

Selama Ini, Telah Ku Temui….

Layan jiwang sikit post kali ini. Tiba-tiba hati saya teringin untuk mendedikasikan khas penulisan blog kali ini buat insan yang banyak membantu dalam kehidupan saya. Beliau adalah seorang teman dikala kesunyian, mentor dikala pengajaran, penasihat dikala kesepian, kawan baik tempat untuk berbincang dan meluahkan perasaan, pendidik kepada anak-anak dan permaisuri yang sentiasa menghiburkan hati ini. Beliaulah isteriku yang tersayang.

“Selamat Hari Lahir wahai buah hatiku”. Dengan peningkatan umur ini, mudah-mudahan ilmu dan kebahagian rumah tangga kita juga akan bertambah serinya. “Aku Cinta Padamu”.

Mungkin penulisan kali ini ada yang jeles, ada yang meluat dan ada yang kurang senang. Mungkin juga ada yang tak sabar-sabar untuk melangkah ke gerbang perkahwinan (tentunya si bujang-bujang senang). Biarlah mereka gembira dengan apa yang mereka hendak katakan. Ini blog saya, maka suka hati jantung saya lah untuk menulis. Kan bermanfaat mempunyai blog dot com sendiri. Boleh luahkan apa yang kita rasa :).

Bersempena dengan hari bersejarah buah hati saya, maka dengan rasa rendah diri dan berbesar hati untuk memberikan sesuatu kepada pembaca blog ini. Untuk berlaku adil kepada semua. Apa yang istimewa sangat tu Master Yus?

  1. Kupon Diskaun RM50 untuk menghadiri seminar-seminar saya iaitu SeminarTuisyen.Com dan GuruTuisyen.Com.

    SeminarTuisyen.com memberikan pendedahan bagaimana untuk memulakan tuisyen secara sambilan atau sepenuh masa. Ianya lebih kepada ‘personal tuition’ dan mengajar tuisyen di pusat tuisyen.
    GuruTuisyen.com pula adalah bengkel persediaan untuk memulakan bisnes pusat tuisyen. Objektifnya lebih kepada membina empayar perniagaan pusat tuisyen sendiri.

    Kupon ini hanya sah bermula 1 Julai hingga 15 Julai 2010 sahaja. Ketika membuat pembayaran, sila nyatakan di form web ‘Kupon RM50 Besday Wife MY’.

  2. Beli 2 buku saya dengan 1 harga. Hanya RM50 untuk dapatkan buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ dengan buku terbaru saya iaitu ‘Rahsia Usahawan Tuisyen‘. Cuma tambah kos pos ekspress RM5 (Total RM55) dan saya berikan percuma ‘bookmark + signature exclusive‘ hanya daripada MY. Sila klik pada link di tajuk buku tersebut.
  3. Kupon diskaun RM20 untuk Kelas Tuisyen MY. Sila nyatakan ‘Kupon RM20 Besday Wife MY’.
  4. Hanya RM10 sahaja untuk dapatkan ebook ‘Panduan Lengkap Bagaimana Menulis Karya Fiksyen vs Non-Fiksyen‘ di www.KerjaSendiri.com/penulisan. Harga jualan di web adalah RM20.
  5. Berkawan dengan saya :)

Suka untuk saya berkongsi perasaan gembira mempunyai teman hidup yang amat memahami diri saya kepada pembaca semua. Bukan untuk tujuan promosi, tetapi kan best jika kegembiraan kami ini dikongsikan dengan tuan & puan sekalian. Tak gitu?

Semoga tawaran ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Sebarang tawaran ada tarikh luputnya. Samalah jika ada Jualan Mega di Jusco dari xxx hingga xxx. Jika tamat jualan mega tersebut, maka kita kena tunggu tawaran yang berikutnya.

InsyaAllah saya akan terus untuk berkongsi artikel-artikel percuma yang bermanfaat dalam bidang tuisyen. Sejak dua menjak ini, kesibukan harian dirangkumkan sekali dengan pindah ke rumah baru membataskan saya untuk lebih banyak berkongsi artikel yang fresh dan terbaru. Saya janji pada diri saya untuk terus menulis selagi terdaya. Semoga hasil penulisan ini memberikan manfaat kepada pembaca semua. Doakan saya ya!

Penulis;
Master Yus

Share

Related Posts

About The Author

14 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.