Trend bisnes 2015 lebih mencabar

Share

Baru-baru ni aku jumpa geng-geng lama dalam industri hartanah. Seronok aku tengok dorang makin super sukses.

Berpuluh rumah, berekar tanah, bertingkek-tingkek bangunan dorang dah ada. Semuanya bermula dari bawah.

Sungguhpun dah masuk 4 tahun aku tinggalkan industri tersebut, namun hatiku masih terpaut dengannya.

Bila dah jumpa, memang sembang tak habis. Dari topik ekonomi hinggalah ke tepi pantai.

Namun apa yang aku suka nak share kat sini adalah betapa besar cabaran bagi pemilik bisnes pada tahun 2015.

Kesengsaraan bermula April 2015. Dimana semua urusniaga bisnes dikenakan GST. Even penjual sayur pasar malam pun kena.

Sekarang paling kritikal kejatuhan ringgit ke paras menggerunkan. Oil dunia jatuh. Emas jatuh. Komoditi jatuh. Saham jatuh. Senang nak tulis semua jatuhlah. Ohhoooooiiiii……

So apa option bisnes yang boleh dibuat 2015 ni?

Kata kuncinya, tanpa premis tanpa staff tanpa produk tanpa inventori dan tanpa modal permulaan yang besar.

Hasil input dari chit chat dengan dorang, aku listkan senarai bisnes yang boleh dibuat ;

1. Ejen hartanah
2. Ejen takaful/insuran
3. Ejen unit trust
4. Ejen MLM
5. Ejen jual kereta
6. Ejen dropship
7. Ejen bibik
8. Ejen travel
9. Ejen affiliate
10. Ejen tuisyen

Then apa lagi, just dapatkan network senarai diatas. Pergi jumpa mereka yang dah lama (atleast lebih 5 tahun) dan ajak dorang lepak. Jika dorang ada buat kelas, spend masa untuk hadir.

Jadikan dorang sifu, cikgu, coach, mentor anda. Buang ego untuk belajar dengan mereka.

Kena ingat, semakin hari kos hidup semakin mencabar. Tiada jalan pintas selain perlu berusaha lebih keras.

Semoga perkongsian ini membuka neutron idea korang yang membaca coretan cabuk ni.

Psstttttt…kebetulan pula bila aku skrol facebook mentor Dr. Hj. Azizan Osman juga ada laporan artikel dari Harian Metro tentang topik diatas.

– MY –

image

image

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.