Kepuasan peserta SeminarTuisyen.Com pada 8 November 2009

Share

Pertamanya saya mohon jutaan kemaafan atas kelewatan post kali ini yang sepatutnya saya upload pada 9 November sehari selepas SeminarTuisyen.Com berlangsung. Kelewatan update blog ini disebabkan saya terpaksa kendalikan satu kursus khas keusahawanan untuk Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah tajaan Jabatan Tenaga Manusia selama 4 hari berturut-turut bermula 9 – 12 November. Jadi sepanjang kursus saya terpaksa memberikan sepenuh perhatian terhadap progres perjalanan program tersebut.

Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Norhafizah (dari Batu Pahat), Cikgu Noorhanis (dari Kerteh Terengganu), Cikgu Rohaini (akan membuka pusat tuisyen sendiri di Taman Melati KL), Cikgu Juliana (dari Kluang Johor), Cikgu Nor Azliza (dari Shah Alam), Cikgu Izmil dari Bandar Baru Bangi, Cikgu Yusof dari Putrajaya, Cikgu Nurhayati dari Jalan Klang Lama, Cikgu Asmidah dari Jempol Negeri Sembilan, Cikgu Noor Hidayah dari Johor Bahru, Cikgu Norradiah dari Melaka dan Cikgu Ummu Fadhilah dari Dengkil Selangor. Komitmen dan pengorbanan anda semua amat saya hargai.

Seminar pada kali ini sungguh bermakna bagi diri saya. Ini kerana rata-rata peserta yang hadir adalah dari luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Ini membuktikan industri tuisyen telah merebak dan menular di negeri-negeri lain dengan sungguh pesat.

Antara komen protege seminar pada kali ini yang hadir:

“Sangat bagus dan memberi semangat kepada saya untuk tuisyen sambilan ini.” – Cikgu Norhafizah –

“Menarik. Banyak informasi pasal bisnes tuisyen yang tak pernah saya ketahui sebelum ini. Dan ada juga formula-formula baru yang diperoleh.” – Cikgu Noorhanis –

“Semua OK” – Cikgu Rohaini¬†–

“Sangat memberangsangkan. Banyak info tentang tuisyen telah dikongsikan. Saya sangat teruja untuk memulakan tuisyen selepas ini. Alhamdulillah saya dapat mengetahui seminar ini. Terima kasih Master Yus.” – Cikgu Juliana –

“Seminar yang bagus untuk orang yang baru nak bermula seperti saya. Diharap Master Yus dapat teruskan seminar ini dan dapat follow up dengan protege yang lepas supaya masing – masing rasa berbaloi di samping usaha dari diri sendiri. Terima kasih di atas langkah awal yang ditunjukkan” – Cikgu Nor Azliza –

“Maklumat yang cukup baik” – Cikgu Mohammad Izmil –

“Alhamdulillah, saya semakin bersemangat untuk membuat tuition. Banyak info yang saya tahu daripada seminar ini” – Cikgu Muhammad Yusof –

“Bagus dan menarik serta pendedahan yang bagus untuk tuisyen” – Cikgu Nurhayati –

“Banyak memberikan input tentang home tuition. Di samping membuka mata tentang permintaan home tuition” – Cikgu Asmidah –

“Amat baik dan bermanfaat.” – Cikgu Noor Hidayah –

“Bagus dan usaha lagi yang terbaik untuk bangsa Melayu.” – Cikgu Norradiah –

“Cukup bagus bagi yang berminat dengan yang hendak memulakan tuisyen.” – Cikgu Ummu Fadhilah –

Saya doakan semua protege yang telah hadir berjaya dengan langkah pertama dalam dunia tuisyen. Selamat maju jaya kepada semua. Saya bersyukur dan berpuas hati dapat berkongsi pengalaman kepada semua protege.

p/s: Sebarang komen boleh tinggalkan diruangan bawah blog MasterYus.Com ini. Terima kasih.

Penulis,
Master Yus
Jumaat, 13 November 2009

Antara gambar yang sempat jurufoto rakamkan:

Share

Related Posts

About The Author

7 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.