Barisan Billionaire Malaysia di BAHTERA 2015 KLCC

Share

Rabu 19 Ogos 2015 sempatlah aku berlari-lari anak ke Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) untuk hadir ke program BAHTERA 2015.

Sekitar jam 10.15 pagi sampai je di perkarangan KLCC aku nampak orang ramai beratur panjang untuk pendaftaran.

Namun berbekalkan teknik ‘malu bertanya sesat jalan’ maka aku dapat masuk ke Hall 1 tanpa perlu beratur mendaftar.

Sampai di Hall 1 semua kerusi telah penuh. Dan berpusu-pusu manusia berdiri dibahagian tepi (tak dapat duduk).

Kali ini aku menggunakan teknik ‘Alpha Brain Wave’ yang aku pernah belajar di IMKK dan RKMJ beberapa tahun lalu.

Hasilnya, aku dapat duduk dibahagian VIP walaupun hanya berbaju T-Shirt tanpa blazer dan berseluar jeans (means aku bukan VIP laa).

So duduklah aku dengan gembiranya mendengar perkongsian pengalaman dan nasihat berguna dari insan-insan hebat.

Siapakah yang bercakap atas stage depan mata kepala aku ketika tu?

Sesi pertama oleh mentor kesayangan ramai, Dr. Hj. Azizan Osman.

30 perkara penting yang hadirin belajar dari beliau.

1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.

2. Mengubah manusia perkara yang paling mencabar, ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.

3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.

4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.

5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.

6. Hasil kajian, 100 orang yang berjaya di dunia, 68% dari mereka tidak mempunyai markah CGPA yang tinggi.

7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa “lecturer” mereka.

8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.

9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat, segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.

10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.

11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya, mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat jelas yang mahu dicapai.

12. Apabila “down” cari kata-kata pembakar semangat. (yang mengutuk kita, yang merendahkan kita)
Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik. (Burning desire)

13. Cari ‘big why’ yang kuat dalam diri.
Kenapa aku nak berjaya?
Untuk apa aku nak berjaya?

14. Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri.
(Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur)

15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri. Apabila dalaman kuat, segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.

16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas. Masa? Untuk? Tujuan?

17. Gunakan sebaik mungkin teknologi yang ada. (Internet, gajet)

18. Bina ‘networking’ untuk menjana kumpulan yang terbaik.
(Mastemind group with Quality people)

19. Masa itu emas, jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.

20. Bila mahukan sesuatu, mesti dapat dengan apa cara sekalipun.
(Bukan beri alasan).

21. Kenali diri, sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.

22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan. Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.

23. Berterus terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan.

24. Pemilik bisnes perlu ‘faham’ tentang Marketing, Sales, HR dan Operation bisnes mereka.

25. Teruskan belajar, sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnya.

26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.

27. Fokus pada apa yang mahu dicapai. Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.

28. Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka. (Bukan teori semata-mata)

29. Jika tidak dapat belajar dengan mereka, berkuli dengan mereka. (Mentor)

30. Cara lain untuk merapati mentor adalah berkhidmat kepada mereka.
———————————————————–

Sesi kedua pula membariskan billionaire Malaysia iaitu ;

Tan Sri Shahril Shamsuddin ( Sapura Kencana ).

1. Niat paling penting.
2. Build trust with client.
3. Team
Good team,
Identifiying a good team,
Trust value : beri peluang pada bumiputera dan bina kecemerlangan.
Sense of purpose.
Menjadi sebuah syarikat yang boleh memberi semula kepada masyarakat.

Tan Sri Azman Yahya ( Dana Harta )

Ikhlas.
Ihsan.
Istiqamah.
Karektor kepimpinan – Act on it and encourage your team.
1st team (ambik orang yang dikenal). Core team.
Clear guidance.
Firm And Fair.
If you want to run fast, u run alone.
If you want to run far, u run together.
Do the right thing, with the right way and the right people to get right result.
U must know your cash flow.
Work with the team.

Datuk Kamaruddin Meranun ( Air Asia ).

Be passionate.
Start business with little money.
Challengers is always be there.
Before you start, make sure your passionate and strength.
Understand each other.
Based on equalization.
Look at the cash flow.

Tuntut Ilmu dan Practice.
Do not take what is not yours.
Ikhlas to partner/team.
Allah is the Ultimate Partner.
Contribute back.
Key to success (infaq ke jalan Allah).

Passionate.
If u love something, u will do until success.
Build Passion in team.
Get them involve the business.
Love the business.
Passionate of the business.
The people make different.
Always be the best.
Better to try.

– MY –
www.MasterYus.com

image

image

image

image

image

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.