Master Yus ke Filipina? Biar betul? Buat apa disana?
Inilah antara respon yang saya terima. Ya betul, saya memang ke Filipina bukannya Jepun. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana atas urusan bisnes. Saya ke sana bukan untuk makan angin, mahupun shopping sakan. Semuanya ada urusan perniagaan yang perlu diselesaikan.
Urusan bisnes apa pula ni?
Inilah yang menjadi perbualan dan gosip hangat setibanya saya pulang ke tanah air. Tak salah kan jika seorang Cikgu Tuisyen menjalankan perniagaan yang bukan dalam bidang tuisyen? 🙂
Buat masa ini, tidak perlu lah saya nyatakan bisnes apa yang saya uruskan itu. Aik marah ke?
Apa pun bisnes yang kita lakukan, pastikan ianya berjalan lancar dan mendatangkan keuntungan. Tak salah untuk kita ceburi beberapa bidang perniagaan lain selagi ianya tidak melanggar undang-undang dan batasan agama. Tak gitu kawan-kawan?
Cuma saya boleh kongsikan budaya dan sosioekonomi disana berbanding di negara kita.
Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan pemandangan serta keindahan negara Filipina. Sungguhpun negara kita lebih maju berbanding mereka, namun keunikan bangunan dan binaan mereka yang lain daripada yang lain. Ketika saya berada di Makati (salah satu bandar di Manila), keunikannya adalah bangunan pejabat mereka sangat hampir dengan laut dan pemandangannya cukup indah berlantaikan laut yang terbentang luas.
Pengalaman yang saya tak boleh lupakan sampai bila-bila adalah semasa saya melawat sebuah Masjid di Taguig City, saya dapat melihat depan mata kepala saya sendiri bagaimana seorang lelaki Kristian telah memeluk agama Islam. Saya sendiri sebagai saksi kepada pengIslaman ini. MasyaAllah sungguh besar kasih sayang Allah. Lelaki tersebut yang telah 30 tahun lebih mengamalkan agama Kristian, dengan bertindik di telinga, bertatu di badan namun terbuka hati untuk menerima Islam. Saya sungguh takjub dan benar-benar insaf ketika itu.
Cuma ketika waktu malam agak seram sedikit. Sebab? Pertama memanglah gelap, namun dalam kemeriahan warna warni lampu yang gemerlapan, kewujudan pub dan disko bagaikan kita berada di Bukit Bintang. Malah ianya lebih hebat lagi. Jika Iman tidak kuat didada, rasanya boleh gugur juga helaian janggut di dagu saya ini.
Sempatlah juga saya ronda-ronda di kedai-kedai sekitar bandaraya Manila. Walaupun sekadar cuci mata, apa yang saya lihat harga barangan mereka tidak jauh beza dengan harga disini. Saya hanya sempat membeli sedikit buah tangan untuk keluarga tersayang.
InsyaAllah ada rezki, saya akan berkunjung kembali ke sana untuk mengembangkan bisnes (masih menjadi tanda tanya buat anda) yang sedang saya uruskan.
Pembaca boleh lihat gambar-gambar kenangan di Facebook saya yang sempat saya ambil ketika berada disana. Ini sahaja buat masa ini. Kita jumpa lagi di pengembaraan yang lain di negara lain 🙂