Bengkel Mulakan Bisnes Pusat Tuisyen di www.GuruTuisyen.com

Share

Salam ukhwah kepada pemerhati dan pembaca sekalian.

Maafkan saya yang agak lama membiarkan blog ini tanpa khabar berita. Sebenarnya sebulan dua ini, saya sibuk menguruskan rumah baru kami. Pasang itulah, ‘renovate’ inilah. Dengan kelas dan seminar lagi, jadi agak terabai hartanah yang satu ini.

Namun apa-apa pun saya tak akan biarkan ianya berhabuk dan tak diupdate. Saya tak nak lalang tumbuh dengan sewenang-wenangnya. Kepada kaki bola, jangan sampai demam layan bola ya. Berpada-padalah, melainkan negara Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA 2010 tersebut.

Saya nak sampaikan kepada pembaca dan peminat industri tuisyen di Malaysia, bahawa saya akan anjurkan satu bengkel bagi memulakan bisnes pusat tuisyen. Modul yang bakal dikongsikan adalah;

Modul 1 : ‘Mind Setting’, kenapa kita perlu menjadi Usahawan yang Terbilang.

Modul 2 : Perancangan modal, keperluan penting & persediaan fizikal yang bakal dilaksanakan sebelum berbisnes.

Modul 3 : Pencarian lokasi, pemilihan bangunan, peralatan penting dan strategi bisnes.

Modul 4 : Cara pendaftaran & penubuhan syarikat, mendapatkan lesen pusat tuisyen.

Modul 5 : Pengurusan kewangan & perniagaan.

Modul 6 : Mensistemkan bisnes, mengurus model bisnes & merencanakan protokol.

Modul 7 : Penjadualan pelajar, cikgu-cikgu & pengurusan pelanggan.

Modul 8 : Teknik efektif Kuasa Iklan, Promosi & Pemasaran SMART.

Modul 9 : Strategi ‘networking’, teknik ‘JV (join venture)’ & ‘win-win situation’.

Modul 10 : Petua menjadi Usahawan Tuisyen yang Gemilang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh, masa dan tempat, boleh terus ke www.GuruTuisyen.com. Harga yuran yang tertera adalah sebagai pengenalan.

Kepada anda diluar sana yang bercita-cita dan berniat untuk memulakan langkah pertama sebagai seorang Usahawan Tuisyen, bengkel ini memang diwujudkan untuk anda. Bagi yang sekadar ingin tahu dan belajar ianya juga sesuai untuk anda. Saya nak tekankan, ianya kepada yang benar-benar serius dan bakal memberikan komitmen untuk menjadi Usahawan Tuisyen sahaja ya!

Semoga ianya bakal memberi manfaat dan pendedahan kepada anda yang telah memasang niat yang agak lama untuk bergelar Pengusaha Pusat Tuisyen. Tiada lagi diluar sana bengkel seperti ini. Inilah yang pertama dan insyaAllah akan dikembangkan dan diperluaskan seperti apa yang telah berlaku pada SeminarTuisyen.com

InsyaAllah pada bengkel yang julung kali diadakan ini, saya bakal memberikan beberapa kejutan kepada peserta. Pastinya saya akan menitik beratkan komitmen dan kualiti apa yang bakal peserta terima selepas bengkel sehari tersebut. Ianya bukan sekadar berhenti setakat bengkel tersebut sahaja, saya akan cuba pastikan apa yang mereka inginkan akan menjadi kenyataan.

Salam Usahawan Tuisyen kepada semua!

Penulis;
MasterYus.com

Share

Related Posts

About The Author

21 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.