Memulakan bisnes dengan modal yang murah dan rendah. Anda pernah dengar kenyataan seperti ini?
Menjual buku orang lain. Menjual buku yang mendapat permintaan yang tinggi.
Untuk pengetahuan semua, inilah juga bisnes yang aku sendiri buat hingga hari ini.
Dah alang-alang kita baca untuk diri sendiri, kan lebih bagus kita share juga dengan orang lain.
Bagaimana caranya?
Ok macam ni, mudah je.
1. Google apa tajuk buku atau penulis yang kita sendiri suka. Sebagai contoh penulis Azizi Ali. Aku sendiri memang suka baca buku-buku beliau.
2. Hubungi pihak publisher dan tanya mereka berapa bilangan minima dan harga borong yang boleh dapat.
Jika harga offer boleh dapat 30-40% daripada harga buku, itu sangat cun. Malah ada yang boleh bagi hingga 50-60% ( kena rajin cari ).
3. Mula buat page di FB. Contoh seperti page Mudahnya Pelaburan Saham. Dan aktifkan page tersebut dengan informasi tentang buku-buku tersebut. Dan tulis satu posting tentang buku-buku tersebut di blog.
4. Pastikan anda mudahkan pembeli dengan menyediakan arahan cara bayaran, nombor akaun bank dan borang maklumat pembeli. ( boleh guna google form ).
5. Mula kenalkan page atau posting anda diatas. Boleh gunakan pos ekspres dan pos Malaysia sebagai medium penghantaran.
Mudah kan?
Hasil dari jualan buku-buku tersebut, boleh lah buat beli jajan anak-anak. Walaupun tak besar tapi konsisten.
– MY –
www.MasterYus.com