ESQ Training Angkatan 85 KL

Share

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Berkali-kali juga ‘rakan sebilik’ aku ajak ke training ini namun bermacam-macam alasan keluar. Bermacam-macam program lain bertindih.

Namun tarikh 5 – 7 Jun 2015 menjadi saksi tiada lagi alasan yang mampu dicipta.

Bertempat di Flamingo Hotel Ampang, aku bersama ‘teman sebilik’ menghadirkan sepenuh jiwa selama 3 hari tanpa gagal. 3 hari aku duduk paling depan dan paling hampir dengan stage.

Dikendalikan penuh oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, Pak Iman, Pak Firdaus, Pak Faizi dan beberapa trainer yang lain.

Jika ada orang tanya, apa itu ESQ Training maka aku tak dapat jawab secara spesifik. Lebih lagi jika ada yang tanya apa yang aku belajar di ESQ, juga aku susah nak explen dengan detail.

Ianya seumpama orang tanya aku “apa rasa durian musang king?”. Susah aku nak jawab melainkan yang bertanya itu rasakan sendiri keenakan durian tersebut.

Cuma apa yang aku boleh gambarkan disini adalah bagaimana selama 3 hari ini, aku dibawa ke sebuah perjalanan untuk kenal diri sendiri dan apa tujuan aku hidup dimuka bumi ini.

Disokong dengan video yang hidup dan audio yang mampu menggetarkan hati dan tubuh badan, setiap sesi yang berlangsung sungguh menusuk kalbu.

Ianya umpama menonton di panggung wayang.

Lebih 200 orang yang hadir dari seluruh negara termasuk negara jiran. Ada orang penting organisasi. Ada agensi kerajaan. Ada artis (Neelofa, Diana Rafar, Zamarul Hisham pun ada beb).

Memang susah aku nak cerita lebih. Korang harus rasai sendiri pengalaman dan perjalanan dalam ESQ ini.

Alhamdulillah…. Alhamdulillah…. Alhamdulillah.

– MY –

image

image

image

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.