Kebebasan masa idaman setiap orang?

Share

Saya amat bersyukur dengan rezeki yang telah tuhan kurniakan. Tak dapat nak gambarkan kegembiraan ini. Confirm pada 7 Julai saya akan meraikan sambutan tarikh lahir isteri saya di Solo/Jogjakarta/Borobodur. Tiket telah ditempah. Seorang dewasa RM1499 x 3 orang. Anak saya yang kecik hanya dikenakan tambang flight dalam RM300.

SeminarTuisyen.Com akan berlangsung pada 5 Julai dan selang sehari saya bersama isteri dan 2orang anak-anak saya akan bertolak ke Indonesia pula. 4 hari 3 malam kami akan berada disana.

Awal tahun lalu iaitu pada 24-27 Februari 2009, saya dan keluarga berkesempatan melawat Medan & Danau Toba. Kawan-kawan boleh lihat gambar-gambar tersebut disini : http://seminartuisyen.com/holiday.html

InsyaAllah pada hujung tahun pula, saya sekeluarga akan ke Beijing. Tarikh dan tiket penerbangan telah ditempah. Musim salji disana. Nanti saya akan maklumkan kepada anda tentang hal ini.

Ada juga kawan-kawan saya bertanya “Tak boring ke asyik melancong je?” “Bagaimana merancang masa kerja dengan bercuti?” “Tak sayang duit ke asyik menghabiskan duit je?”.

Saya tahu, bulan Julai adalah bulan kesibukan saya dengan tuisyen yang semakin pack. Namun inilah yang dinamakan perancangan. Saya telah maklumkan kepada student saya tentang percutian saya. Ini tidak menjadi masalah kerana saya akan cover semula kelas tersebut.

Inilah antara keistimewaan lakukan tuisyen yang ramai orang tak sedar. Kebebasan masa. Saya bebas untuk merancang dan menguruskan masa saya bersama keluarga. Keluarga juga amat penting disamping kerja-kerja yang tak pernah habis. Tiada kongkongan, tiada sekatan dan tiada tekanan.

Setiap perancangan tahunan saya telah catatkan dan saya akan letak target untuk capainya. Saya berpegang kepada “Kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal“. Dengan kata-kata ini saya telah meletakkan sasaran jangka pendek dan sasaran jangka masa panjang. Ini memang amat penting. Alhamdulillah saya telah praktikkan sejak beberapa tahun lalu dan hasilnya cukup mengagumkan. Dalam kehidupan saya, perancangan masa amat saya titik beratkan.

Saya idamkan kebebasan masa saya bersama keluarga. Saya inginkan masa saya tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun. Saya tak akan izinkan masa saya dicuri oleh orang lain. Masa saya adalah kehidupan saya. Saya telah banyak menghabiskan masa saya sewaktu di universiti, tetapi bila keluar terbeban dengan hutang (PTPTN). Saya taknak sia-siakan masa saya.

Bila saya buka topik kebebasan masa, apa yang anda hendak daripadanya? Ada orang inginkan duduk rumah bersama keluarga, ada orang nak pergi bercuti selalu, ada orang nak bebas kesana-sini tanpa kongkongan, ada orang yang nak uruskan perniagaan mereka, ada orang yang nak gunakan masa mereka untuk tidur dengan nyenyaknya..Anda?

Saya lakukan tuisyen, kerana saya rasakan masa dibawah penguasaan saya. Income juga saya boleh target. Saya taknak pening-pening menguruskan hal yang tak perlu saya fikirkan. Saya nak kan sesuatu yang seronok apabila saya lakukannya. Saya seronok mengajar pelajar saya. Saya seronok berkongsi dengan mereka. Saya gembira bila mereka faham apa yang saya ajarkan. Saya puas hati bila mereka ada peningkatan dalam pelajaran. Kesimpulannya, saya memang seronok lakukan tuisyen dalam kehidupan saya.

Dan keseronokan ini saya perlu kongsikan juga dengan keluarga saya. Itu sebab saya perlu bawa mereka pergi keluar melancong untuk melihat sendiri keindahan dan kecantikan negara orang lain. Untuk setakat ini, saya masih menjadikan Indonesia sebagai destinasi pelancongan. Kenapa?

Pertama, budget ke sana lebih murah. Kedua, barang-barang mereka juga amat murah & berkualiti untuk tujuan shopping. Ketiga, tempat pelancongan mereka memang menarik dan terkenal di dunia. Keempat, makanan mereka hampir sama dengan makanan kita. Kelima, perantaraan bahasa yang mudah untuk kami berkomunikasi.

Siapa kata lakukan tuisyen, duit tak cukup? Meh beritahu saya :-).

Untuk tatapan anda semua, ini dia jadual apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga di Solo/Jogjakarta pada 7 – 10 Julai 2009 nanti.

HARI 01 LCCT / SOLO / JOGJAKARTA ( MT / MM )

Berkumpul di Terminal LCCT 2½ jam sebelum berlepas. Tiba di Lapangan terbang Solo disambut oleh wakil kami dan akan dibawa untuk City-tour, Shopping di Grand Mall. Makan tengah hari di restoran tempatan. Dalam perjalanan ke Jogjakarta, singgah di kilang perabot fabric, Kraf tangan dan cenderahati yang di perbuat daripada buluh. Check-in hotel Grand Quality. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 02 BOROBODUR / JOGJAKARTA ( SP / MT / MM )

Sarapan pagi di hotel. Melawat Chandi Borobodur. Bergambar di Universitas Gadjah Mada, melawat Royal Palace – Kraton, Silver Smith di Kotagede, kilang batik dan Pasar Bringharjo. Makan tengah hari di restoran tempatan, sebelum ke Kasongan (clay pottery) dan shopping di Malioboro. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 03 JOGJAKARTA / SOLO ( SP / MT / MM )

Sarapan pagi di hotel. Check-out dan terus ke Kampung Kaliadem – melihat gunung berapi Merapi. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian melawat Istana Mangkunegaran Solo.

Shopping di PGS Klewer. Check in hotel di Solo. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 04 SOLO / LCCT ( SP )

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Sila tinggalkan komen apa yang anda idamkan untuk kebebasan masa anda?

Share

Related Posts

About The Author

15 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.