Salam hormat pembaca sekalian. Perkongsian ini aku copy n paste dari group whatsapp yang aku juga ada dalam group tersebut.
Muzakarah ini berlaku antara Ustaz Rusdi Alias dari Kuala Kangsar bersama Mufti Negeri Perak, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.
🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍
BERIKUT LAPORAN PENUH SESI MUZAKARAH SAYA BERSAMA MUFTI NEGERI PERAK (YBHG. TAN SRI DATO’ SERI (DR) HJ. HARUSSANI BIN HJ. ZAKARIA.
Sesi yang dirancang 45 minit tetapi berlanjutan lebih 1 jam setengah, ini berikutan respon yang positif yang ditunjukkan oleh tan sri mufti bila berkaitan ekonomi Melayu Islam menjadi fokos perbincangan, dalam sesi awal mufti membari ta’ruf kepentingan orang Islam Melayu sentiasa berusaha meningkatkan sosioekonomi kerana dengan itu ramai orang Islam dapat dibela melalui zakat dan infaq.
Saya mulakan ta’ruf berkaitan air kangen dengan dimulakan pengenalan air alkali dan kepentingan pada tubuh manusia.
Sesi pengenalan komisyen dan bonus yang diperolehi dari konsep direct sale menjadi intipati muzakarah kami. Mufti memberi taklimat ringkas kaedah-kaedah Usul Fiqhiyah yang menjadikan sistem komisyen menjadi haram, harus atau mubah.
Saya memulakan sesi penghujahan perbezaan antara enagic dan sistem yang diharamkan oleh jumhur ulama’ fiqh. Setelah berpuashati dengan hujah dan dalil fiqhiyah maka Tan Sri mufti telah menyatakan bahawa asas komisyen yang dibayar oleh enagic bebas dari empat unsur yang haram :
1- Tiada unsur-unsur haram bathil
2- Tiada unsur-unsur gharaar
3- Tiada unsur-unsur zholim (penganiayaan)
4- Tiada unsur unsur syubhah (meragukan dalam aqad).
Setelah selesai sesi muzakarah Tan Sri mufti menyatakan bahawa beliau telah lebih 3 tahun menggunakan mesin kangen yang dibeli dari ejen berbangsa Cina berharga lebih 16k (mungkin super sd501).
Saya secara peribadinya sangat positif seandainya pihak pemimpin dan ketua-ketua memikirkan juga untuk mendapatkan pengiktirafan bertulis dari pihak mufti bukan hanya pengiktirafan lisan dari hasil muzakarah. Ini berikutan banyak pendapat diluar sana masih ragu-ragu hukum komisyen dari sumber MLM.
Wallahu a’lam 📝
p/s : Beberapa ejaan telah diperbetulkan, namun skrip dan penulisan masih asli.
– MY –
www.MasterYus.com
🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍