Assalamualaikum dan salam kecemerlangan buat semua.
‘Patah Tumbuh Hilang Berganti’. ‘Orang Dah Taknak, Carilah Yang Lain’. ‘Setiap Ujian Yang Menimpa, Adalah Signal Besar Untuk Kita Jadi Lebih Baik’.
Mungkin ungkapan diatas yang mampu saya luahkan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbuku didalam hati sanubari saya. Saya hanya mampu menadah doa dan terus menerus memohon petunjuk daripada Allah S.W.T untuk memberikan kehidupan yang terbaik dalam diri saya.
Setahun yang lalu, saya hanya menyembunyikan masalah peribadi dan rumahtangga yang berlaku. 8 bulan saya tidak bertemu dengan puteri-puteri kesayangan saya. Lebih 7 kilo berat saya pernah turun. Hampir sepanjang malam air mata ini gugur. Biarpun apabila bertemu kawan-kawan, saudara mara, pelanggan dan teman-teman dengan senyuman melebar, namun tidak seorang pun yang tahu ujian yang Allah berikan kepada saya ini. Alhamdulillah sepanjang ujian dan dugaan yang menimpa ini, saya dapat tempuhinya dengan sabar dan penuh redha.
Oktober 2011, saya ditakdirkan bertemu dengan insan ini di Renaissance Hotel bersempena satu jamuan makan malam bersama teman-teman perniagaan. Pada peringkat awal pertemuan, tidak sedetik pun rasa ingin mencari pengganti andai hubungan dengan bekas isteri tidak dapat diselamatkan. Saya hanya jalankan tugas saya dan insan ini juga hanya jalankan urusannya sebagai rakan perniagaan.
Namun inilah yang dinamakan Takdir dan Jodoh Pertemuan hanya Allah yang Layak tentukan. Selepas hati ini telah berkubur dengan kisah lalu, tiba-tiba hati ini ditegur untuk kembali bertaut dalam kasih sayang sebagai suami dan isteri.
Keputusan yang saya buat amat drastik. Dengan hanya perkenalan kurang dari setahun, dan masih lagi saling kenal antara satu dengan lain, akhirnya saya berani untuk mengungkapkan “Saya dah suka dengan awak. Saya nak jadikan awak isteri saya yang sah”.
Tanggal 1 Mei 2012, adalah hari Paling Bersejarah dalam Diari Baru saya. Saya bersama ahli keluarga terdekat (12 orang), berangkat ke Tenom, Sabah untuk menghubungkan Akad dan Nikah dengan Roslinah binti Laikoi, insan yang berjaya menjentik hati saya untuk kembali hidup berpasangan. Syukur Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan dan lancarkan. Ijab dan Qabul telah dilafazkan. Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah mengurniakan nikmat perkahwinan bersama Isteri Tersayang yang Baru dan Cantik iaitu Roslinah binti Laikoi.
Saya hanya mampu menadah tangan berdoa dan bersyukur kepada Yang Maha Esa dengan ketentuan ini. Saya mohon juga doa pembaca sekalian agar perkahwinan kami ini kali ini kekal hingga ke Syurga Yang Abadi, insyaAllah..
Dan Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk memilih bumi suci Mekah dan Madinah sebagai destinasi bulan madu kami. Syukur juga saya dapat membawa bersama Ibu dan Ayah menjadi tetamu Allah S.W.T dengan mengerjakan Ibadah Umrah disana. InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman kami selama 12 hari disana di post yang seterusnya ya!
Dan dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua andai kira saya tidak war-warkan pernikahan kami. Bukan niat untuk menyembunyikan perkara yang baik, tetapi kami ingin menyiapkan diri 100% sebelum menjadi tetamu Allah S.W.T (bukan sekadar berbulan madu sahaja ya).
Majlis jamuan makan secara tertutup juga telah kami laksanakan di pihak keluarga saya di Hulu Langat dan Palace Golden Horses pada 30 Jun yang lalu. Maafkan saya jika saya hanya menjemput keluarga dan kenalan-kenalan terdekat sahaja. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Dan hari ini kami menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri ibu dan ayah seperti biasa.
Saya mohon agar pembaca semua tidak mengada-adakan sebarang berita yang tidak sihat, mengata di belakang dan sebagainya. Saya mohon semua doakan kami agar dipermudahkan segala urusan kami dan diberikan kejayaan didunia dan akhirat. Kami juga tidak sesekali melupakan untuk mendoakan anda semua beroleh kecemerlangan dan kegemilangan didunia mahupun diakhirat. Nah, sedikit potret pernikahan kami yang tak seberapa =) ( InsyaAllah saya akan upload foto-foto kami lagi nanti ya! )
-MasterYus.com-
wah!..kagum dengan semangat & aura positif MY rupanya selama ni ada dugaan menimpa…anyway..tahniah!!…buat sy lebih semangat as ur protege!!..moga perkahwinan ini diberkati Allah selamnya…
Tahniah pd Yus dan Ros….Semoga perkahwinan kalian akan kekal abadi hingga ke syurga….insyaallah…semoga perkahwinan kalian dirahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.
tahniah, sungguh tak sangka, namun tumpang gembira.. papa rich n mama rich yeay! 🙂
Barakallahu la kuma wa baraka ‘alaikuma….Mudah2an bahgia hingga ke Jannah, amin, insyaALLAH
Selamat Pengantin Baru bro..=) Semoga berbahagia selalu..
Terima kasih bro. Aku tak akan lupakan segala bantuan dan sokongan kau BroZool =)
Sekali lagi, tahniah kepada MY dan pasang. Semoga buku lembaran baru dapat pergi lebih jauh. Amin.
Terima kasih Cikgu Nizam, insyaAllah projek baru kita bakal terlaksana tak lama lagi. Mood saya dah kembali ok untuk terus berkarya =)
Semoga berbahagia selamanya. Amiin 🙂
Terima kasih dengan doa tuan Rahman Basri, saya amat hargainya =)